Toyota Camry adalah sedan terlaris di pasaran Amerika Utara selama 2 dekad. Bermula sejak 40 tahun yang lalu, nama Camry begitu terkenal dan model generasi semasa Toyota Camry XV80 telah dinobatkan sebagai sedan terlaris sejak tahun 2017.
Hal ini bermakna, pasaran inilah yang berkemungkinan besar akan menentukan rekaan model mercu Toyota ini secara global. Berdasarkan kenyataan ini, portal Carscoops telah tampil dengan rekaan yang diilhamkan daripada model baharu dan model konsep Toyota.
Pertama sekali, tentulah rekaan lampu hadapan baharu. Rekaan ini sebenarnya telah ditampilkan pada model Toyota Prius generasi baharu dan serta merta dilihat menjadi penanda aras terbaharu model mercu Toyota.
Lampu hadapan berbentuk C tersebut bukan sahaja digunakan pada Toyota Prius generasi baharu, malah ia juga diletakkan pada model konsep yang dikatakan Toyota C-HR generasi baharu.
Satu lagi perincian moden yang sepatutnya diterapkan pada Toyota Camry adalah rekaan sedan 3-kotak tradisional. Kehadiran Toyota Crown dan Toyota Prius dengan rekaan SUV-esque atau Kammback / penggayaan fastback tentunya memberi petanda trend baharu dari bahagian rekaan Toyota.
Baca: Toyota Prius generasi 2023 debut - menambah 2.0L hibrid plug-in, 0 - 100 km/j sepantas 6.7 saat!
Sungguhpun begitu, melihat kepada penggayaan Honda Accord yang masih kekal dengan rekaan sedan 3-kotak, mungkin Toyota akan masih mengekalkan siluet tersebut bagi menarik pengguna Honda beralih ke Toyota.
Baca: Camry makin tercabar, Honda Accord generasi 2023 membuat debut; sarat dengan teknologi canggih!
Spekulasi terbaharu mendakwa Toyota Camry bakal menggunakan platform TNGA-K yang banyak digunakan dalam model mercu seperti Toyota Crown, Toyota RAV4 (SUV terlaris dunia) dan Toyota Harrier.
Kesemua model yang disebutkan turut sinonim dengan keselesaan penghuni dan umum mengetahui aspek ini adalah segala-galanya untuk Toyota Camry. Kredit imej lakaran: Carscoops
Baca: Ini harga Toyota Camry kenderaan rasmi PM-10 Anwar tanpa cukai, boleh buat pemimpin lain malu!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}