Kini menghampiri usia 8 tahun, Toyota Alphard generasi AH30 dilihat agak lama dalam pasaran dan dijangka akan digantikan tidak lama lagi.
Terdahulu, kami melaporkan bahawa Toyota mungkin akan memperkenalkan Alphard generasi akan datang sejurus Mei ini. Sebelum itu, ini ialah tatapan imej lakaran model generasi seterusnya, dikatakan sudah hampir dengan versi pengeluaran.
Menurut portal automotif Jepun Creative311, lakaran ini berdasarkan "reka bentuk yang telah lulus semakan dalaman", yang membayangkan rupa versi pengeluaran apabila ia dilancarkan dalam masa beberapa bulan kelak.
Selain itu, dari segi penjana kuasa, model generasi akan datang dikatakan menerima enjin hibrid petrol-elektrik Toyota Dynamic Force, termasuk versi hibrid pengecas turbo.
Mula dipasang pada Toyota Crown crossover, hibrid petrol-elektrik ini memberikan output sistem gabungan sebanyak 340 PS dan 542 Nm.
Enjin petrol 4-silinder 2.4 liter turbocaj juga dikatakan menjadi pilihan untuk Alphard generasi seterusnya. Enjin turbocaj pilihan kedua ini membuat kemunculan sulung pada Lexus NX generasi AZ20, membangunkan 279 PS dan 430 Nm.
Baca: Toyota Alphard 2023 serba baru - ada pilihan 4WD, platform TNGA, Vellfire mungkin digugurkan!
Seperti model Toyota moden yang lain, Alphard generasi baharu akan dilengkapi dengan suite Toyota Safety Sense ADAS, yang mungkin mencerminkan sistem yang sudah ditawarkan pada Toyota Voxy baharu, menawarkan ciri-ciri seperti Proactive Driving Assist (PDA), Safe Exit Assist (SEA), serta sistem Toyota Teammate (Advanced Drive dan Advanced Park).
Pengedar rasmi Toyota di Malaysia, UMW Toyota Motor boleh memperkenalkan Alphard generasi seterusnya seawal akhir tahun ini. Malah, Toyota Alphard generasi AH30 semasa telah digugurkan dari laman web mereka.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}