window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

7 sebab kereta boleh terbakar. Macam mana nak elak?

Mersita · Jan 24, 2021 06:00 PM

7 sebab kereta boleh terbakar. Macam mana nak elak? 01

Bayangkan kereta anda tiba-tiba berasap macam ada orang bakar sate dan mula ada percikan api. Bukannya tak pernah terjadi, ada saja pemandu malang yang terpaksa kelam-kabut lari keluar dari kereta lalu merenung pasrah melihat kereta kesayangan terkorban rentung begitu sahaja.

Kereta boleh terbakar disebabkan oleh beberapa faktor dan kebanyakannya boleh dielakkan. Sebagai panduan, kami senaraikan tujuh sebab-sebab kereta boleh terbakar dan bagaimana anda boleh mengelakkannya.

1. Kebocoran bahan api

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

7 sebab kereta boleh terbakar. Macam mana nak elak? 01

Gasolin atau petrol amat mudah terbakar. Ia hanya perlukan sedikit percikan untuk menyala. Kebocoran bahan api boleh disebabkan oleh sambungan yang telah longgar di dalam sistem bahan api kenderaan, hos-hos lama, penebat yang rosak, ataupun bahagian-bahagian lain yang sudah rosak.

S: Bagaimana kita boleh elakkan kebakaran akibat minyak bocor?

J: Kereta yang serba baru sepatutnya tiada isu ini, tapi anda harus sentiasa awas dengan bau minyak yang kuat.

7 sebab kereta boleh terbakar. Macam mana nak elak? 02

Kebocoran yang merbahaya dari ‘fuel pump’/pam minyak. Gabungkan ini dengan percikan elektrik, ia akan terbakar. Gambar: Oz Mechanics

Jika anda dah boleh jangka ada kebocoran minyak, perkara terbaik yang anda perlu lakukan ialah berhentikan kereta anda di kawasan yang selamat dan jangan dipandu lagi dah. ‘Tow’ saja ke pusat servis dan periksa jika ada kebocoran, baiki terus.

2. ‘Overheating’ atau terlampau panas

7 sebab kereta boleh terbakar. Macam mana nak elak? 03

Sentiasa beri perhatian kepada tolok suhu air. Gambar: Your Mechanic

Minyak petroleum akan terbakar dengan sendirinya pada suhu sekitar 300°C. Cecair brek pula terbakar pada suhu sekitar 280°C, manakala minyak ATF pada 320°C. Ini bermaksud cecair atau minyak ini boleh terbakar secara tiba-tiba tanpa sebarang percikan.

Jika kereta mengalami pemanasan melampau/'severe overheating’, tahap-tahap suhu ini amat mudah untuk tercapai. Gabungkannya dengan bendalir/cecair yang bocor, api boleh terbentuk.

Sebab-sebab ‘overheating’ termasuklah kegagalan ‘relay’, kipas radiator, radiator bocor, ataupun pam air/'water pump' yang rosak.

7 sebab kereta boleh terbakar. Macam mana nak elak? 04

In the event of overheating, allow your car to cool down first. It's not worth risking a fire. 

Apabila kereta anda ‘overheat', biarkan ia sejuk dengan sendirinya terlebih dahulu. Tak berbaloi ambil risiko kebakaran.

S: Bagaimana nak elak kebakaran disebabkan oleh ‘overheating’?

J: Pastikan sistem penyejukan kereta anda semuanya berada dalam keadaan baik dan sentiasa awas dengan perubahan suhu pada tolok suhu air di dalam kereta anda.

Jika ‘overheating’ berlaku, hentikan kereta anda di kawasan yang selamat dan biarkan ia sejuk dahulu. Jika anda teruskan memandu juga dengan enjin yang sudah terlampau panas, anda sebenarnya ambil risiko dimana kereta boleh terbakar pada bila-bila masa.

3. Kerja-kerja pendawaian/'wiring' yang teruk

7 sebab kereta boleh terbakar. Macam mana nak elak? 05

Gambar

Kerja-kerja pendawaian atau ‘wiring’ yang tak menepati standard boleh mendatangkan risiko kebakaran, walau di rumah mahupun di dalam kereta.

7 sebab kereta boleh terbakar. Macam mana nak elak? 06

Salah satu cara yang membuatkan perkara ini jadi satu punca kebakaran ialah percikan dari sambungan yang longgar. Wayar yang longgar boleh mengakibatkan percikan api.

Cara kedua pula ialah melalui arus elektrik berlebihan/'current overload'. Kadangkala, apabila fius kerap ‘blow’ atau rosak, satu solusi yang sebenarnya tak patut dilakukan ialah menggantikannya dengan fius yang mempunyai kadar/'rating' Amp lebih tinggi.

Ini akan menyebabkan aliran terlampau tinggi dan boleh mencairkan penebat wayar.

7 sebab kereta boleh terbakar. Macam mana nak elak? 07

Aliran berlebihan/'current overload' boleh menyebabkan kebakaran

S: Bagaimana nak elakkan kebarakan berpunca dari ‘wiring’ yang teruk?

J: Jawapan ringkasnya ialah jangan ubah langsung sistem ‘wiring’ kereta anda. Pastikan semua sambungan ketat di dalam sistem tersebut dan ganti fius mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

7 sebab kereta boleh terbakar. Macam mana nak elak? 08

Gunakan fius dengan ‘rating’ yang betul

4. Aksesori yang dipasang dengan cara salah

7 sebab kereta boleh terbakar. Macam mana nak elak? 09

Berkait  rapat dengan isu 'wiring', aksesori yang dipasang secara tak ‘ngam’ juga boleh jadi risiko kebakaran. Aksesori itu sendiri sepatutnya tak ada masalah; tapi laluan litar yang salah, memintas fius, dan menarik terlalu banyak aliran elektrik adalah antara punca-punca kebakaran di dalam kereta. Berhati-hatilah ketika mengubahsuai kenderaan anda.

S: Bagaimana kita boleh elak kebakaran dari kesilapan pemasangan aksesori?

J: Susun laluan litar anda elok-elok. Wayar yang bergesel dengan besi atau bahagian-bahagian yang panas akan menyebabkan penebatnya rosak dan ini boleh mendatangkan risiko.

5. Minyak enjin bocor

7 sebab kereta boleh terbakar. Macam mana nak elak? 10

Ya, memang minyak enjin tak mudah terbakar. Dalam kebanyakan kes-kes minyak enjin bocor, ia hanya akan mengakibatkan tompokan minyak di permukaan jalan dan anda kerugian minyak, itu saja.

Namun, apabila minyak enjin bocor dan menitik ke atas manifold ekzos yang sangat-sangat panas, ia akan terbakar dan boleh menyebabkan api yang besar.

7 sebab kereta boleh terbakar. Macam mana nak elak? 11

Minyak enjin yang bocor dan jatuh ke manifold ekzos boleh mengakibatkan kebakaran

S: Bagaimana kita boleh elak kebocoran minyak enjin?

J: Periksa dengan kerap untuk sebarang kebocoran. Ia selalunya cukup ketara jika dilihat.

6. Kemalangan

7 sebab kereta boleh terbakar. Macam mana nak elak? 12

Ada kemalangan kereta yang berakhir dengan kebakaran. Gambar

Dalam kes-kes kemalangan yang teruk, talian bahan api/’fuel lines’ (atau lebih teruk, tangki minyak) boleh menghadapi kerosakan dan menyebabkan kebakaran.

Walaupun kereta-kereta moden telah direka dengan mengambil kira risiko kemalangan dan diberi sistem bahan api yang cukup terlindung, kereta-kereta lama mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk terbakar di dalam kemalangan.

S: Bagaimana nak elakkan kebakaran dalam kemalangan?

J: Pandulah dengan selamat.

7. Rekaan dan kualiti binaan yang kurang baik

7 sebab kereta boleh terbakar. Macam mana nak elak? 13

Tangki minyak Ford Pinto sangat terdedah dengan kerosakan apabila perlanggaran dari arah belakang berlaku. Gambar

Bergantung pada nasib, ada beberapa kereta mempunyai binaan dan rekaan berkualiti rendah terus dari kilang dan ia mudah terdedah dengan risiko kebakaran.

Kes-kes yang terkenal bagi hal ini termasuklah Pontiac Fiero dan Ford Pinto. Pontiac Fiero sering mengalami kebocoran minyak ke atas manifold ekzos manakala tangki bahan api Ford Pinto pula terlalu terdedah dalam perlanggaran dari arah belakang. Hasilnya, kebakaran boleh berlaku.

7 sebab kereta boleh terbakar. Macam mana nak elak? 14

Rumusan

Seperti 7 akibat-akibat yang kami huraikan di atas, ada yang boleh dielakkan dengan hanya melakukan pemeriksaan yang kerap, penyelenggaraan yang elok serta pemanduan yang berhati-hati.

7 sebab kereta boleh terbakar. Macam mana nak elak? 15

Bila dah terbakar, tak banyak yang boleh diselamatkan

Berbeza dengan kerosakan yang disebabkan oleh banjir dan kemalangan biasa, kerosakan yang disebabkan oleh api lebih sukar untuk dibaiki. Bagi perlindungan tambahan, anda juga bolehlah simpan tangki pemadam api di dalam kereta anda sekiranya perkara tidak diingini ini berlaku.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda