window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bahagian interior Honda Civic FE 2021 serba baharu didedah secara rasmi – ringkas tetapi futuristik!

Faisal · Apr 28, 2021 04:00 PM

Bahagian interior Honda Civic FE 2021 serba baharu didedah secara rasmi – ringkas tetapi futuristik! 01

Reka bentuk luar untuk Honda Civic generasi seterusnya mungkin sudah bocor habis di dalam internet. Istimewa untuk peminat lambang “H” di luar sana, Honda kini telah mendedahkan lukisan yang memaparkan bahagian dalam Honda Civic FE 2021 serba baru.

Juga bacaHonda Civic FE 2022 serba baharu akan tembus pasaran Malaysia seawal tahun 2021!

Menurut Honda, bahagian interior Honda Civic generasi FE menerapkan unsur yang dikenali sebagai “simplicity and something”. Menariknya, falsafah ini akan turut diterapkan untuk model-model Honda yang akan datang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bahagian interior Honda Civic FE 2021 serba baharu didedah secara rasmi – ringkas tetapi futuristik! 01

Reka bentuk melintang yang kemas dan selari adalah trend Honda yang terkini.

Berbanding Civic generasi FC yang ada sekarang, model baru ini nampaknya hadir dengan skrin infotainment jenis berdiri seperti Honda Accord. Selain itu, lukisan ini turut memperlihatkan corong penyaman udara melintang yang seakan ghaib, sama seperti yang terdapat pada Honda HR-V 2021.

Juga bacaHonda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal!

Bahagian interior Honda Civic FE 2021 serba baharu didedah secara rasmi – ringkas tetapi futuristik! 02

Stereng yang baru dengan ciri paddle shifter.

Secara umumnya, reka bentuk yang baru ini masih kekal dengan falsafah Honda yang sinonim dengan “Man Maximum, Machine Minimum”. Bagi anda yang belum tahu, ia meletakkan fokus kepada susunan kabin yang lebih praktikal dan efisien.

Bahagian interior Honda Civic FE 2021 serba baharu didedah secara rasmi – ringkas tetapi futuristik! 03

Tiada unsur rumit, segalanya "straightforward".

Menurut Ketua Reka Bentuk Honda di Amerika, elemen “simplicity” yang bermaksud ringkas dan kemas memberikan kemudahan kepada pengguna. Untuk pengetahuan anda, reka bentuk yang diterapkan pada interior Honda Civic FE banyak diinspirasikan oleh model-model Honda yang lama.

Bahagian interior Honda Civic FE 2021 serba baharu didedah secara rasmi – ringkas tetapi futuristik! 04

Kebanyakan pengguna gemar kawalan penyaman udara dan infotainment jenis fizikal. Jadi, Honda tunaikan permintaan anda!

“and something” pula merujuk kepada karakter dan personaliti reka bentuk tersebut yang mana ia dicipta untuk menaikkan unsur emosi pengguna. Untuk maklumat anda, elemen ini diperlihatkan pada bahagian tombol dan kawalan yang mempunyai kemasan yang menawan.

Apapun, Honda akan memperkenalkan sedan segmen C yang baru pada minggu ini. Jadi, jangan lupa untuk ikuti kami!

Juga bacaSpyshot: Honda Civic FE tertiris seminggu sebelum pelancaran!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda