window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Beg bagasi Mazda ini boleh dipandu - enjin 33.6cc dua lejang & tahap kelajuan 30 km/j!

Zamil Syaheer · Aug 9, 2020 03:51 PM

Beg bagasi Mazda ini boleh dipandu - enjin 33.6cc dua lejang & tahap kelajuan 30 km/j! 01

Bayangkan jika anda turun dari kapal terbang, ambil barang dan tidak perlu lagi membuang masa untuk menunggu Grabcar atau menyewa kereta, sebaliknya anda cuma perlu buka beg bagasi anda dan pandu terus.

Inilah salah satu idea yang datang dari sebuah jurutera yang bekerja di Mazda. Pada tahun 1991, Mazda Engineering mengadakan sebuah pertandingan reka bentuk yang dipangil 'Fatasyard' di jabatan mereka.

Beg bagasi Mazda ini boleh dipandu - enjin 33.6cc dua lejang & tahap kelajuan 30 km/j! 02

Ni kalau check-in kat KLIA confirm lepas...ke tak?

Ketika itu, 1990-an adalah era keemasan bagi Mazda. Mazda telah berjaya menhangatkan semula pasaran roadster dengan Mazda MX-5 dan memenangi perlumbaan Le Mans 24 Jam dengan Mazda 787B. Oleh itu, memang ia adalah sebuah masa yang tepat untuk membina kereta sebegini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbekalkan semangat ini, sekumpulan tujuh orang jurutera dari bahagian Kumpulan Ujian dan Penyelidikan Transmisi Manual mengambil cabaran untuk mencipta kereta bag bagasi ini.

Beg bagasi Mazda ini boleh dipandu - enjin 33.6cc dua lejang & tahap kelajuan 30 km/j! 01

Mereka membeli beg bagasi jenama Samsonite yang paling besar dan sebuah motosikal mini (pocket bike) untuk dikecaikan bagi tujuan ini. Hasilnya, lahirlah Mazda Suitcase Car.

Beg bagasi Mazda ini boleh dipandu - enjin 33.6cc dua lejang & tahap kelajuan 30 km/j! 02

Antara gambar semasa pembinaannya. Gambar ihsan roadraceengineering.com.

Dikuasakan oleh enjin dua lejang berseseran 33.6cc dengan 1.7 PS, kereta ini menyimpan bahan bakar yang cukup untuk bertahan lebih kurang dua jam dengan tahap kelajuan 30 km/j! Ia dibina berasaskan casis keluli kecil dan dipandu oleh hendal.

Lebih menarik lagi, mereka juga memasang lampu depan untuk pemanduan waktu malam serta lampu brek dan lampu insyarat seperti kereta betul!

Beg bagasi Mazda ini boleh dipandu - enjin 33.6cc dua lejang & tahap kelajuan 30 km/j! 03

Ketika ianya dipandu oleh ketua PR Mazda pada masa itu, Mitch McCullough. Ini membawa kepada masalah terbesar dengan rekaan ini: ianya terlalu menyeronokkan! Gambar ihsan roadraceengineering.com.

Cara untuk memasang Mazda Suitcase Car ini mudah:

  1. Luncurkan rel pengunci untuk mengunci dua bahagian bersama
  2. Masukkan kedua roda belakang ke soket pemacu mereka
  3. Lipat roda depan dan batang pemegang kunci ke tempatnya
  4. Letakkan tempat duduk pada kedudukannya
  5. Hidupkan enjin dan jalan!

Menarik bukan? Walaupun prototaip asal bewarna seperti gambar di atas musnah secara tidak sengaja hanya beberapa bulan selepas pertandingan 'Fantasyard', masih ada satu lagi yang wujud sehingga kini. Malah, ia masih kekal berfungsi!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda