window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda CX-60 dilancar di Australia - hibrid sahaja, 328 PS/500 Nm, bakal tiba di Malaysia!

Faisal ยท Dec 1, 2022 03:00 PM

Mazda CX-60 dilancar di Australia - hibrid sahaja, 328 PS/500 Nm, bakal tiba di Malaysia! 01

SUV premium dari Mazda iaitu Mazda CX-60 kini baru sahaja beransur ke pasaran Australia. Dengan menggunakan platform Mazda terkini iaitu Large Product Group, CX-60 terkenal dengan format enjin depan yang berpacuan roda belakang (FR). Tetapi di Australia, CX-60 hanya ditawarkan dengan pacuan semua roda (AWD) sahaja.

Di sana, terdapat tiga pilihan enjin dan semuanya adalah hibrid. Kuasa disalurkan ke sistem i-Activ All-Wheel Drive yang menumpukan roda belakang melalui transmisi automatik 8 kelajuan.

Mazda CX-60 dilancar di Australia - hibrid sahaja, 328 PS/500 Nm, bakal tiba di Malaysia! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk makluman anda, varian permulaan buat CX-60 di Australia menggunakan enjin petrol 6 silinder 3.3L turbo e-SkyActiv-G. Huruf โ€˜eโ€™ itu bermaksud hibrid sederhana 48V yang membantu menghasilkan kuasa sehingga 284 PS dan 450 Nm tork. Pecutan 0 โ€“ 100 km/j pula mengambil masa 6.9 saat.

Seterusnya pula adalah enjin 3.3L 6 silinder turbodiesel e-SkyActiv-D yang juga lengkap dengan hibrid sederhana 48V. Outputnya menghembuskan 254 PS/550 Nm dan pecutan 0 โ€“ 100 km/j mengambil masa 7.3 saat. Sebagai sebuah diesel, kadar penggunaan bahan apinya adalah serendah 4.9 liter/100 km.

Mazda CX-60 dilancar di Australia - hibrid sahaja, 328 PS/500 Nm, bakal tiba di Malaysia! 01

Dan yang ketiga pula adalah untuk varian teratas sekali di mana ia menggunakan enjin 2.5L NA SkyActiv-G yang digabungkan dengan e-SkyActiv PHEV (hibrid plug-in) tetapi enjin yang telah beransur pada CX-5 ini ditukar kepada susunan longitudinal. Apa yang uniknya adalah ia dibantu oleh motor elektrik 100 kW dan output keseluruhannya mencecah 328 PS dan 500 Nm tork.

Secara teknikal, motor tersebut disokong oleh bateri ion-litium 17.8 kWj yang terletak antara axle depan dan belakang. Pengecasan AC boleh menyokong sehingga 7.2 kW dan jarak pandu elektrik boleh pergi sampai 76 km, iaitu pada kelajuan sehingga 100 km/j.

Mazda CX-60 dilancar di Australia - hibrid sahaja, 328 PS/500 Nm, bakal tiba di Malaysia! 02

Kalau anda nak tahu, CX-60 PHEV ini adalah model produksi Mazda yang paling berkuasa pernah dihasilkan. Pecutan 0 โ€“ 100 km/j pula hanya mengambil masa 5.9 saat.

Menariknya, Mazda CX-60 sememangnya akan tiba di pasaran Malaysia, iaitu pada tahun hadapan.

Mazda CX-60 dilancar di Australia - hibrid sahaja, 328 PS/500 Nm, bakal tiba di Malaysia! 03

Perkara ini disahkan sendiri oleh Bermaz yang mana jurucakapnya pernah berkata, โ€œKami tidak boleh memberikan sebarang komen mengenai CX-60 tetapi kalau anda lihat barisan model di Malaysia, semua model Mazda yang menggunakan format pandu belah kanan (RHD) ada ditawarkanโ€.

Lagi satu, barisan model Mazda Australia juga lebih kurang sama dengan kita.

Mazda CX-60 dilancar di Australia - hibrid sahaja, 328 PS/500 Nm, bakal tiba di Malaysia! 04

Persoalan sekarang ini adalah harga di Malaysia kerana CX-60 bukanlah murah. Walaupun tempat duduknya hanya ada 5 macam CX-5, harganya lebih dekat dengan CX-8 (6/7 tempat duduk) atau CX-9 (dari RM 329k). Itu pun bergantung dengan keputusan Bermaz untuk memasang secara lokal (CKD) atau import (CBU) dari Jepun.

Di Australia, harga Mazda CX-60 bermula dari 59,800 AUD โ€“ 87,252 AUD (~RM 179k โ€“ RM 262k). Sebagai konteks, harga CX-5 di sana adalah 53,680 AUD tetapi bertindih dengan CX-9 (45,990 AUD โ€“ 73,785 AUD). Apapun, penyerahan akan bermula pada Jun 2023.

Mazda CX-60 dilancar di Australia - hibrid sahaja, 328 PS/500 Nm, bakal tiba di Malaysia! 05

Secara amnya, CX-60 adalah pesaing kepada Toyota Harrier.

Mazda CX-60 dilancar di Australia - hibrid sahaja, 328 PS/500 Nm, bakal tiba di Malaysia! 06

Untuk mereka yang tidak mahu menguruskan penyakit yang selalu pemilik kereta Jerman kena hadap, inilah jawapannya. Lagi satu, Mazda mampu membangunkan kereta yang lebih elok dan interiornya juga rasa mahal.

Juga bacaMazda persiap Mazda CX-60 untuk melawan Harrier, harga sekitar RM 250k menyusul ke Malaysia?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mazda CX-60 Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda