window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda persiap Mazda CX-60 untuk melawan Harrier, harga sekitar RM 250k menyusul ke Malaysia?

Haris Β· Jul 2, 2022 08:00 PM

Mazda persiap Mazda CX-60 untuk melawan Harrier, harga sekitar RM 250k menyusul ke Malaysia? 01

Model pasaran Jepun

Mazda CX-60 telah mula berkeliaran di Jepun dan Eropah, 2 pasaran awal untuk SUV mewah baharu dari Mazda ini. Bukan sekadar mewah, CX-60 juga merupakan SUV pacuan roda belakang (RWD) pertama Mazda bawah segmen Large Product Group yang terkini. Bagi saudaranya, Mazda CX-50 yang lebih kecil, ia terhad di Amerika Utara buat masa ini.

Mazda persiap Mazda CX-60 untuk melawan Harrier, harga sekitar RM 250k menyusul ke Malaysia? 02

Model pasaran Jepun

Walaupun pengenalan Mazda CX-60 di pasaran luar Jepun dan Eropah masih belum diumumkan, syarikat yang berpangkalan di Hiroshima itu juga tidak menafikan kemungkinan untuk perancangan sedemikian.

Baca: CX-5 RWD yang lebih sporty & premium: Bermaz sedang mempertimbangkan Mazda CX-60 untuk Malaysia

Mazda persiap Mazda CX-60 untuk melawan Harrier, harga sekitar RM 250k menyusul ke Malaysia? 03

Model pasaran Jepun

Berdasarkan sumber yang arif mengenai perkara itu, Mazda CX-60 kini sedang dikaji oleh Bermaz Motor, pengedar rasmi Mazda di Malaysia, untuk penampilan pertamanya di sini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di samping itu, jurucakap Bermaz Motor berkata, “Kami tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenai CX-60 tetapi jika anda melihat barisan model kami, anda akan melihat semua model Mazda pemanduan kanan yang tersedia untuk dijual ada di dalam pasaran Malaysia.”

Mazda persiap Mazda CX-60 untuk melawan Harrier, harga sekitar RM 250k menyusul ke Malaysia? 01

Logo Inline 6 dipasang pada fender varian atas CX-60

Apabila tiba di Malaysia, berapakah kemungkinan harga untuk Mazda CX-60?

Di Jepun, Mazda CX-60 berharga antara JPY 2.99 juta (~RM 96k) hingga JPY 6.26 juta (~RM 202k).

Varian asas Mazda CX-60 25S S dikuasakan oleh enjin petrol 2.5 liter 4-silinder aspirasi semula jadi yang tahan lasak dengan kuasa 188 PS dan 250 Nm. Disebabkan susun atur pacuan roda belakang (RWD) baharunya, Mazda telah memberikan varian atas CX-60 transmisi automatik penukar tork 8-kelajuan yang baharu.

Mazda persiap Mazda CX-60 untuk melawan Harrier, harga sekitar RM 250k menyusul ke Malaysia? 02

Bagi varian CX-60 PHEV Premium Modern berspesifikasi tinggi, Mazda masih belum mengumumkan butiran spesifikasi model pasaran Jepun.

Walau bagaimanapun, semakan pantas Mazda pasaran UK mendedahkan bahawa varian PHEV mendapat enjin 6-silinder 2.5 liter petrol-elektrik serba baharu yang digandingkan dengan motor elektrik, membolehkan output sistem gabungan sebanyak 327 PS dan 500 Nm.

Mazda persiap Mazda CX-60 untuk melawan Harrier, harga sekitar RM 250k menyusul ke Malaysia? 03

Hal ini bermakna harga Mazda CX-60 turut berada dalam julat harga Mazda CX-5 (JPY 2.67 juta / ~RM86k hingga JPY 4.05 juta / ~RM 131k) dan Mazda CX-8 (JPY 2.99 juta / ~RM 97k hingga JPY 4.83 juta / ~RM 156k).

Versi plug-in hybrid (PHEV) CX-60 adalah varian paling mahal yang dijual di Jepun, walaupun peluang model ini untuk ditawarkan di Malaysia adalah tipis.

Mazda persiap Mazda CX-60 untuk melawan Harrier, harga sekitar RM 250k menyusul ke Malaysia? 04

Di samping itu, harga Mazda CX-60 berada dalam lingkungan yang sama seperti Toyota Harrier pasaran Jepun, dijual antara JPY 2.99 juta (~RM 97k) hingga JPY 5.04 juta (~RM 163k).

Jurang harga yang besar adalah disebabkan oleh senarai luas ciri yang ditambahkan oleh varian CX-60 PHEV Premium Modern spesifikasi teratas berbanding varian terendah CX-60 25S S.

Mazda persiap Mazda CX-60 untuk melawan Harrier, harga sekitar RM 250k menyusul ke Malaysia? 05

Sebagai contoh, beberapa ciri yang ditambahkan pada varian spesifikasi teratas termasuk:

  • rim aloi 20-inci
  • Lampu depan LED automatik dan adaptif dengan lampu nyalaan siang (DRL)
  • Pintu belakang kuasa dengan kendalian kaki
  • Bumbung suria panoramik
  • Upholsteri kulit Nappa
  • Kemasan dalaman Platinum Satin
  • Tempat duduk hadapan boleh laras kuasa 10 hala dengan memori
  • Stereng boleh laras kuasa
  • Dwi paparan 12.3-inci (kelompok instrumen dan infotainmen)
  • Sistem audia Bose 12 pembesar suara
  • Kotak simpanan penumpang bercahaya LED
  • Suite penuh Mazda i-ActiveSense ADAS

Varian asas CX-60 juga tidaklah begitu asas dan ringkas jika dibandingkan dengan standard pasaran. Ia masih menawarkan:

  • Rim aloi 18-inci
  • Lampu depan LED dengan High Beam Control (HBC)
  • Monitor pandangan 360 darjah
  • Pemantauan Titik Buta (BSM)
  • Mazda Radar Cruise Control dengan Traffic Sign Recognition
  • Upholsteri fabrik
  • Kelompok instrumen digital 7-inci
  • Skrin infotainment 10.25 inci
  • 8 pembesar suara
  • Kawalan Postur Kinetik (KPC)
  • Mazda Intelligent Drive (Mi Drive) dengan mod Sport

Mazda persiap Mazda CX-60 untuk melawan Harrier, harga sekitar RM 250k menyusul ke Malaysia? 06

Jika Mazda CX-60 datang secara import (CBU), harga Mazda CX-60 di Malaysia mungkin akan cenderung kepada model Toyota Harrier, kerana Harrier yang dijual di Malaysia juga diimport (CBU) dari Jepun.

Mazda CX-5 dan CX-8 dipasang secara tempatan (CKD), oleh itu harga tersebut tersasar untuk CX-60. Malah, model import adalah lebih realistik jika difikirkan dengan permintaan pasaran yang rendah.

Toyota Harrier yang terkini dijual di Malaysia pada harga RM 250k (pengecualian SST 50 peratus, sah sehingga 30-Jun).

Mazda persiap Mazda CX-60 untuk melawan Harrier, harga sekitar RM 250k menyusul ke Malaysia? 07

Jika Mazda CX-60 menyusul ke Malaysia, terdapat peluang yang cerah untuk harga dalam kawasan yang sama di Harrier. Lagi pula, Mazda CX-60 mensasarkan demografi pembeli yang sama dengan Harrier, justeru logik bahawa Mazda akan dijual dengan harga yang sama.

Mazda persiap Mazda CX-60 untuk melawan Harrier, harga sekitar RM 250k menyusul ke Malaysia? 08

Harga tentatif RM 250k itu akan menempatkan Mazda CX-60 dengan selesa di antara Mazda CX-8 6-/7-penumpang dan Mazda CX-9 7-penumpang. Yang terakhir berharga antara RM 319k hingga RM 335k di sini.

Jadi, apa pendapat anda? Adakah anda akan mempertimbangkan Mazda CX-60 jika ia dilancarkan di sini?

Baca: Intipan ruang kabin Mazda CX-60 2022, akan tiba di Malaysia - CX-5 versi PHEV yang lebih mahal?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mazda CX-60 Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda