window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW 530i M Sport G30 2021 dengan lampu Laserlight, betul-betul macam dalam filem aksi?

Faisal · Jun 1, 2021 03:00 PM

BMW 530i M Sport G30 2021 dengan lampu Laserlight, betul-betul macam dalam filem aksi? 01

Pada tahun 2014, BMW Laserlight membuat debut pada BMW i8. Kini, ia beransur pada model teras seperti BMW 5 Series G30 facelift (LCI) 2021.

BMW 530i M Sport G30 2021 dengan lampu Laserlight, betul-betul macam dalam filem aksi? 02

Di Malaysia, BMW 5 Series facelift 2021 ditawarkan dengan varian 530e dan 530i. BMW 530i datang dengan kelengkapan yang lebih tinggi. Salah satu daripadanya ialah ciri Laserlight. Jadi apa sebenarnya Laserlight ini dan apa bezanya dengan lampu LED adaptif yang ada pada 530e?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaBMW 5 Series G30 facelift (LCI) 2021 dilancarkan - dari RM 334k, 530e & 530i, lampu Laserlight!

Senang cerita, ia juga lampu LED adaptif tapi dinaik taraf

BMW 530i M Sport G30 2021 dengan lampu Laserlight, betul-betul macam dalam filem aksi? 01

Untuk maklumat anda, sistem BMW Laserlight menambah modul laser dan fungsi matriks terhadap lampu LED adaptif yang sedia ada. Teknologi ini berupaya menghasilkan suluhan tinggi yang tidak silau. Malah bermula kelajuan 60 km/j, ia akan menyuluh berpandukan jalan itu sendiri.

Bagaimana BMW Laserlight berfungsi?

Menurut BMW, lampu Laserlight menggunakan laser biru monokrom dan koheren yang mana ia diproses untuk menghasilkan cahaya putih yang selamat. Untuk ini, lensa khas diguna untuk memantulkan 3 diod laser berprestasi tinggi pada bahan pendarfluor fosforus yang dikeluarkan oleh sumber cahaya laser.

BMW 530i M Sport G30 2021 dengan lampu Laserlight, betul-betul macam dalam filem aksi? 02

Selepas itu, bahan pendarfluor ini mengubah pantulan kepada cahaya putih. Walaupun berintensiti tinggi seperti siang hari, ia tetap selamat untuk dipandang. Cahaya putih ini kemudiannya dibiaskan ke depan oleh unit lampu itu sendiri.

BMW 530i M Sport G30 2021 dengan lampu Laserlight, betul-betul macam dalam filem aksi? 03

Hasil teknologi ini juga mampu mencipta suluhan cahaya sejauh 650 meter. Menariknya, unit lampu ini mempunyai elemen warna biru di bahagian atas. Tidak cukup dengan itu, tulisan “BMW Laser” juga ada untuk menandakan bahawa lampu ini adalah sesuatu yang istimewa.

BMW 530i M Sport G30 2021 dengan lampu Laserlight, betul-betul macam dalam filem aksi? 04

Selain Laserlight, varian 530i juga datang eksklusif dengan ciri:

  • BMW Gesture Control
  • Head-Up Display
  • BMW Display Key
  • Sistem bunyi sekeliling Harmon Kardon dengan 16 pembesar suara
  • Kawalan pelayaran adaptif dengan fungsi Stop & Go

BMW 530i M Sport G30 2021 dengan lampu Laserlight, betul-betul macam dalam filem aksi? 05

Kalau anda berminat, BMW 530i M Sport facelift ditawarkan pada harga RM 384,941 (harga di atas jalan, tanpa insurans dan SST, dengan pakej servis dan lanjutan waranti).

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 BMW 5 Series 530e M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda