window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW 5 Series G30 facelift (LCI) 2021 dilancarkan - dari RM 334k, 530e & 530i, lampu Laserlight!

Faisal · May 28, 2021 12:00 PM

BMW 5 Series G30 facelift (LCI) 2021 dilancarkan - dari RM 334k, 530e & 530i, lampu Laserlight! 01

BMW Malaysia baru sahaja melancarkan BMW 5 Series G30 facelift (LCI) 2021 sebentar tadi. Keluaran terbaru buat sedan premium bersaiz eksekutif ini ditawarkan dengan varian 530e M Sport dan 530i M Sport dengan julat harga RM 340,800 ke RM 395,800 (harga CKD atas jalan, tanpa insurans, termasuk SST).

Sebelum pengecualian cukai SST tamat pada 30 Jun ini, julat harganya bermula dari RM 334,800 hingga RM 384,941.

Eksterior

BMW 5 Series G30 facelift (LCI) 2021 dilancarkan - dari RM 334k, 530e & 530i, lampu Laserlight! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pembaharuan visual yang paling ketara pada 5 Series facelift ialah gril Kidney yang lebih bersegi empat tepat dan lampu yang lebih tirus. Bercakap mengenainya, BMW 530e M Sport tampil dengan lampu Adaptive LED Matrix.

BMW 5 Series G30 facelift (LCI) 2021 dilancarkan - dari RM 334k, 530e & 530i, lampu Laserlight! 01

BMW 530i M Sport pula hadir dengan BMW Laserlight. Apapun, kedua-duanya dilengkapkan dengan ciri anti-silau BMW Selective Beam sekali dengan lampu selekoh jenis adaptif.

BMW 5 Series G30 facelift (LCI) 2021 dilancarkan - dari RM 334k, 530e & 530i, lampu Laserlight! 02

Seperti sebelum ini, BMW 530e M Sport menonjol dengan kemasan Shadow Line sekali dengan sentuhan hitam berkilat. BMW 530i M Sport pula menyerlah dengan BMW Individual Exterior Line Aluminium Satinated.

BMW 5 Series G30 facelift (LCI) 2021 dilancarkan - dari RM 334k, 530e & 530i, lampu Laserlight! 03

Di samping itu, kedua-dua varian hadir dengan Adaptive Suspension dan roda 19 inci bersusunan 'staggered'.

Interior

BMW 5 Series G30 facelift (LCI) 2021 dilancarkan - dari RM 334k, 530e & 530i, lampu Laserlight! 04

Pada bahagian dalam, kedua-dua varian hadir dengan trim aluminium, headliner hitam, kemasan Dakota Leather, dan ciri ambient lighting. Unik untuk BMW 530i M Sport ialah ciri bumbung suria.

BMW 5 Series G30 facelift (LCI) 2021 dilancarkan - dari RM 334k, 530e & 530i, lampu Laserlight! 05

Dari segi teknologi, bahagian kabin BMW 5 Series facelift didatangkan dengan BMW Live Cockpit Professional melalui sistem operasi BMW Operating System 7. Apa yang lebih jelas ialah skrin infotainment dan kluster instrumen bersaiz 12.3 inci. Walau bagaimanapun, sokongan Android Auto masih tidak didatangkan. Yang ada hanyalah sambungan Apple CarPlay. Itupun kalau pembeli melanggannya secara lifetime yang mana mereka akan dikenakan cas sebanyak RM 1,299.

BMW 5 Series G30 facelift (LCI) 2021 dilancarkan - dari RM 334k, 530e & 530i, lampu Laserlight! 06

Eksklusif untuk BMW 530i M Sport ialah ciri BMW Gesture Control, Head-Up Display, BMW Display Key, dan sistem bunyi sekeliling Harmon Kardon dengan 16 pembesar suara berkapasiti 464 watt. Sebagai perbandingan, BMW 530e M Sport hadir dengan sistem HiFi 205 watt dengan 12 pembesar suara.

BMW 5 Series G30 facelift (LCI) 2021 dilancarkan - dari RM 334k, 530e & 530i, lampu Laserlight! 07

Eksklusif untuk 5 Series kali ini ialah BMW Intelligent Personal Assistant. Pengguna boleh mengawal fungsi yang ada dengan memberi arahan suara sahaja.

Trenkuasa

BMW 5 Series G30 facelift (LCI) 2021 dilancarkan - dari RM 334k, 530e & 530i, lampu Laserlight! 08

BMW 530e M Sport dikuasaikan oleh gabungan elektrifikasi enjin 2.0L turbo dan fungsi XtraBoost yang memberi kuasa tambahan sementara sebanyak 40 PS. Keseluruhannya, trenkuasa ini menghasilkan 292 PS dan 420 Nm tork. Pecutan 0-100 km/j pula mengambil masa selama 5.9 saat.

BMW 5 Series G30 facelift (LCI) 2021 dilancarkan - dari RM 334k, 530e & 530i, lampu Laserlight! 09

Jarak pemanduan elektrik penuh untuk varian plug-in hybrid (PHEV) ini boleh mencecah 67 km.

Mengenai BMW 530i M Sport pula, varian konvensional ini menghasilkan kuasa sebanyak 252 PS dan 350 Nm tork. Pecutan 0-100 km/j pula mengambil masa selama 6.4 saat.

Ciri keselamatan

BMW 5 Series G30 facelift (LCI) 2021 dilancarkan - dari RM 334k, 530e & 530i, lampu Laserlight! 10

Kedua dua varian dilengkapkan dengan pakej Driving Assistant. Sistem bantuan keselamatan ini merangkumi ciri:

  • Lane Departure & Lane Change Warning
  • Front collision alert dengan brake intervention (AEB)
  • Rear collision prevention & crossing-traffic warning
  • Parking Assistant Plus untuk parkir melintang dan selari

Apa yang menarik untuk BMW 530i M Sport ialah ciri Active Cruise Control dengan fungsi Stop&Go.

BMW 5 Series G30 facelift (LCI) 2021 dilancarkan - dari RM 334k, 530e & 530i, lampu Laserlight! 11

Istimewa buat pembeli ialah kit tambahan BMW M Performance Parts yang bernilai RM 17,410.29. Tetapi sehingga akhir tahun ini, pelanggan boleh memilikinya dengan diskaun sehingga 10%.

BMW 5 Series G30 facelift (LCI) 2021 dilancarkan - dari RM 334k, 530e & 530i, lampu Laserlight! 12

 

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 BMW 5 Series 530e M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda