window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ditipu RM 9,000 untuk Proton Satria Neo terpakai, polis buru scammer

Mersita · Jan 21, 2021 10:00 AM

Ditipu RM 9,000 untuk Proton Satria Neo terpakai, polis buru scammer 01

Siapa sangka perjalanan naik bas dari Teluk Intan sampailah ke Melaka semata-mata untuk mengambil kereta baru akhirnya bertukar tragedi.

Seorang lelaki berusia 24 tahun malangnya menjadi mangsa penipuan jualan sebuah Proton Satria Neo terpakai yang ditawarkan dengan harga RM 9,000 menerusi sebuah laman Facebook. Mangsa yang berminat melihat tawaran itu memutuskan untuk bertemu dengan ‘si penjual’ di sebuah bengkel di Tengkera, Melaka untuk berbincang dan memandu-uji kereta tersebut ditemani oleh adiknya.

Ditipu RM 9,000 untuk Proton Satria Neo terpakai, polis buru scammer 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Setelah berpuas hati dengan kereta dan tawaran yang diberi, mangsa kemudiannya mengeluarkan wang RM 9,000 lalu menyerahkannya kepada saspek. Mangsa mula curiga yang beliau telah ditipu apabila saspek didakwa berdalih untuk menyerahkan beberapa dokumen berkaitan Satria Neo terpakai itu.

Bagi memastikan kesahihan pembelian itu, mangsa bersama adiknya pergi semula ke bengkel tersebut dan mendapati orang yang berurusan dengan mereka pada mulanya bukanlah pemilik sebenar Satria Neo itu. Pemilik sebenar kereta itu mengakui mahu menjualnya pada harga kira-kira RM 15,000. Hakikatnya jualan kereta itu telah disalahgunakan oleh ‘scammer’ yang telah membawa lari wang RM 9,000 milik mangsa.

Ditipu RM 9,000 untuk Proton Satria Neo terpakai, polis buru scammer 01

Mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Tengkera pada malam hari kejadian sebelum pulang ke Teluk Intan menaiki bas dengan tangan kosong. Pihak polis membuka siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda