window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

D-Max bantu Isuzu Malaysia pecah rekod baru - jualan 2022 seganda lagi banyak daripada 2021

Faisal · Jan 19, 2023 10:00 AM

D-Max bantu Isuzu Malaysia pecah rekod baru  - jualan 2022 seganda lagi banyak daripada 2021 01

Isuzu Malaysia nampaknya menutup tirai 2022 dengan prestasi jualan yang tertinggi setakat ini, melibatkan 9,211 unit terjual bagi model Isuzu D-Max dengan hanya kekurangan beberapa unit sahaja lagi untuk membolehkan syarikat mencatat jualan dua kali ganda lagi banyak daripada 2021. Sebelum ini, rekod yang mereka raih adalah pada tahun 2016 iaitu melibatkan jualan sebanyak 6,480 unit trak pikap.

D-Max bantu Isuzu Malaysia pecah rekod baru  - jualan 2022 seganda lagi banyak daripada 2021 02

Prestasi yang membanggakan ini disumbang oleh sambutan yang menggalakkan terhadap D-Max 1.9L yang telah terbukti mantap dan hanya melibatkan kos penggunaan yang rendah. Dalam masa yang sama juga, ia tampil cukup meyakinkan dari aspek rekaan, kelengkapan, prestasi dan keselamatan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengisi 79% daripada portfolio keseluruhan, D-Max varian 1.9L menjadi pilihan utama di Malaysia, terutama di Semenanjung Malaysia (merangkumi 55% daripada jualan).

D-Max bantu Isuzu Malaysia pecah rekod baru  - jualan 2022 seganda lagi banyak daripada 2021 01

Varian teratas (X-Terrain) juga semakin menarik perhatian pelanggan bagi segmen trak pikap gaya hidup. Walaupun masih baru dalam pasaran, sebanyak 877 unit telah diserahkan kepada pelanggan.

D-Max bantu Isuzu Malaysia pecah rekod baru  - jualan 2022 seganda lagi banyak daripada 2021 02

“Walaupun berdepan dengan kekurangan stok dari kilang, Isuzu D-Max mencapai tahap membanggakan dari segi penembusan pasaran. Ia benar-benar mewakili semangat sebuah trak pikap moden,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe.

Kehadiran Isuzu D-Max tidak hanya mengagumkan pemiliknya, bahkan media automotif juga turut merasai keunggulannya. Ia turut dinobatkan sebagai “Pick-Up Truck of the Year”.

D-Max bantu Isuzu Malaysia pecah rekod baru  - jualan 2022 seganda lagi banyak daripada 2021 03

Dengan penarafan 5 bintang untuk ASEAN NCAP, barisan Isuzu D-Max turut menawarkan kelegaan fikiran, terutama melalui varian X-Terrain yang diberikan jaminan tanpa had selama 7 tahun, yang pertama untuk trak pikap di Malaysia.

D-Max bantu Isuzu Malaysia pecah rekod baru  - jualan 2022 seganda lagi banyak daripada 2021 04

“Fokus kami tahun ini adalah untuk memastikan pengalaman pelanggan kekal positif dalam usaha kami untuk memendekkan tempoh menunggu dan memperluaskan rangkaian. Saya ingin berterima kasih kepada semua pelanggan di atas sokongan dan kesabaran mereka, serta kepada rakan niaga yang telah banyak membantu kami untuk menjadi pelopor walaupun berdepan cabaran bekalan kenderaan yang terhad,” ujar Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo.

Juga bacaIbarat bawa banglo off-road, Isuzu D-Max X-Terrain 'perform' kaw-kaw di Borneo Safari 2022!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda