window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Enjin turbo kecil: Bagus atau tidak?

Mersita · Aug 14, 2020 02:00 PM

Enjin turbo kecil: Bagus atau tidak? 01

Semakin lama, enjin menjadi semakin kecil disebabkan oleh satu ciptaan yang dibina sejak tahun 1905 lagi – iaitu pengecas turbo. Pada mulanya digunakan dalam kapal terbang dengan enjin radial, pengecas turbo ini kemudiannya digunakan di dalam enjin diesel berbilang silinder yang besar, dan akhirnya digunakan pada kereta produksi pada tahun 1960-an.

Enjin turbo kecil: Bagus atau tidak? 02

Kalau struktur cukai kita berbeza, pasti akan ada lebih banyak penukaran LS. Gambar: Super Street

Di Malaysia, pengecas turbo adalah cara yang bagus untuk menjana kuasa lebih tanpa perlu membayar cukai jalan yang lebih mahal untuk enjin berkapasiti besar. Mungkin dalam beberapa tahun lagi, kita akan lihat enjin berpengecas turbo yang lebih kecil.

Contohnya, Nissan Almera dan Honda City hanya didatangkan dengan enjin turbo 1.0 L di Thailand. Perodua D55L juga mungkin akan didatangkan dengan enjin turbo 1.0 L. Salah satu enjin turbo 1.0 L yang terawal dipasang pada EcoBoost Ford Fiesta.

Enjin turbo kecil: Bagus atau tidak? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengapa enjin berpengecas turbo kecil semakin banyak digunakan? Sebabnya mudah; kerana undang-undang penghasilan gas rumah hijau yang semakin ketat. Enjin yang lebih kecil menghasilkan gas yang lebih berkurangan.

Walaupun pengecas turbo selalunya dikaitkan dengan prestasi tinggi, memadankannya dengan enjin berkapasiti kecil hanyalah satu kaedah untuk ‘menebus’ saiz enjinnya yang dikecilkan. Jika anda bandingkan dua enjin dengan kapasiti yang sama, enjin yang dipasang dengan pengecas turbo akan menghasilkan kuasa yang lebih tinggi.

Walaupun sebab utama penggunaannya adalah untuk mematuhi undang-undang pelepasan gas hijau, pengecas turbo sering digunakan untuk memerah lebih kuasa dari enjin kereta.

Enjin turbo kecil: Bagus atau tidak? 01

Trend penggunaan pengecas turbo yang dipasang di kilang pada enjin kecil mencetuskan debat dengan pendapat yang berbeza. Ada yang merasakan pengecas turbo lebih sukar untuk dijaga dan akan menyebabkan kos penjagaan yang lebih tinggi. Ada pula yang merasakan perkara ini tiada isunya. Oleh itu, adakah enjin turbo kecil elok atau tidak? Jom kita bincangkan.

S: Apa itu pengecas turbo?

J: Pengecas turbo ialah satu alat yang memaksa udara mampat masuk ke dalam port ‘intake’ enjin.

Enjin turbo kecil: Bagus atau tidak? 02

S: Bagaimanakah pengecas turbo berfungsi?

J: Gas ekzos memusingkan turbin. Turbin pula memusingkan pemampat (compressor). Pemampat ini memaksa lebih banyak angin mampat ke dalam enjin.

Enjin turbo kecil: Bagus atau tidak? 03

S: Adakah gas ekzos dipam semula ke dalam enjin?

J: Tidak. Tenaga daripada gas ekzoslah yang menggerakkan turbin pengecas turbo tersebut. Turbin ini memacu pemampat pengecas turbo tersebut. Tiada gas ekzos yang dipam ke dalam enjin.

S: Adakah ‘supercharger’ berfungsi dengan cara yang sama?

J: Ya. Perbezaannya adalah pengecas turbo dipacu oleh gas ekzos, manakala supercharger pula dipacu oleh engkol (crankshaft) itu sendiri (digerakkan oleh gear atau ‘belt’).

Enjin turbo kecil: Bagus atau tidak? 04

SkyActiv-X Mazda adalah salah satu enjin yang mempunyai supercharger jenis ‘roots’ yang dipasang kilang.

S: Apakah kelebihan pengecasan turbo?

J: Lebih kuasa. Ini adalah kelebihan pengecas turbo yang paling ketara.

Enjin turbo kecil: Bagus atau tidak? 05

Pengecas turbo menggunakan gas ekzos dengan sepenuhnya selain daripada melepaskannya saja ke udara.

Pengecas turbo membolehkan pengilang untuk menggunakan enjin turbo bersaiz kecil bagi menghasilkan penjanaan kuasa yang lebih tinggi berbanding enjin ‘naturally-aspirated’ (NA) berkapasiti besar. Penggunaan enjin yang lebih kecil membolehkan penghasilan gas rumah hijau yang lebih rendah.

Enjin turbo kecil: Bagus atau tidak? 06

Enjin turbo kecil: Bagus atau tidak? 07

Honda Civic 1.5 Turbo menghasilkan 173 PS dan 220 Nm. Versi NA 1.8 menghasilkan 141 PS dan 174 Nm sahaja

Bagaimana kuasa ekstra dihasilkan dengan penggunaan pengecas turbo?

Enjin dibekalkan dengan campuran udara dan bahan api yang lebih padat. Lebih oksigen dan bahan api dibakar pada satu-satu masa. Udara lebih mampat yang masuk ke dalam ‘intake’lah yang kita mahukan. Inilah juga sebabnya mengapa pengambilan udara sejuk juga satu perkara yang baik kerana udara sejuk lebih mampat.

Enjin turbo kecil: Bagus atau tidak? 08

Ingat tak topik ni masa belajar Sains di sekolah? Gambar: boldmethod.com

S: Tapi, pengecas turbo boleh capai suhu sehingga 1000 darjah Celsius. Adakah ini bagus atau tidak?

J: Tak, tak bagus. Inilah sebab mengapa kereta yang ada pengecas turbo didatangkan sekali dengan penyejuk dalaman (intercoolers). Ia membolehkan pengambilan udara mampat yang lebih tinggi. Tanpa penyejuk dalaman ini, udara panas dipam ke dalam enjin dan ini bukanlah sesuatu yang elok.

Enjin turbo kecil: Bagus atau tidak? 09

‘Hood scoop’ menunjukkan adanya penyejuk dalaman yang dipasang di atas enjin

S: Kalau pengecas turbo bagus sangat, kenapa tak banyak lagi kereta yang dipasang dengan turbo dari kilang itu sendiri?

J: Ini bergantung kepada negara masing-masing. Negara yang mempunyai undang-undang pelepasan gas rumah hijau yang lebih ketat mempunyai pasaran yang dibanjiri oleh enjin kecil berpengecas turbo dalam kereta-kereta biasa.

Enjin turbo kecil: Bagus atau tidak? 10

Bagi pemanduan harian biasa dengan kereta bandar bersaiz kecil, pengecas turbo bukanlah satu keperluan penting. Kalau ada undang-undang yang ketat, pengecas turbo tidak diperlukan untuk kereta bandar yang kecil.

Dalam aplikasi lain pula, pengecas turbo terbukti berguna dalam penjanaan kuasa yang lebih tinggi bagi meningkatkan prestasi enjin.

S: Adakah enjin berpengecas turbo memerlukan servis yang lebih kerap?

J: Ya.

S: Sebabnya?

J: Pengecas turbo memerlukan pelincir juga. Pelincir yang membuat kitaran dalam enjin juga digunakan untuk melincirkan pengecas turbo. Pengecas turbo boleh mencapai suhu sehingga 1000 darjah Celcius dan ia mengurangkan kebolehtahanan pelincir enjin dengan lebih cepat.

Enjin turbo kecil: Bagus atau tidak? 11

Proton X70 berpengecas turbo korang taklah sepanas ini. Gambar: autoexpert

Galas (bearing) dalam pengecas turbo lama-kelamaan pun boleh rosak.

S: Adakah enjin kecil itu bagus?

J: Jika anda mempunyai dua enjin ‘naturally aspirated’, enjin berkapasiti kecil akan menjana kuasa yang lebih sedikit. Enjin kecil juga selalunya jenis 3 silinder yang selalunya lebih besar gegarannya berbanding enjin 4 silinder. Tak kisah betapa majunya teknologi, fizik mudahnya ialah enjin dengan silinder bernombor ganjil lebih sukar untuk diseimbangkan dan ini menyebabkan gegaran.

S: Oleh itu, adakah enjin turbo kecil itu bagus?

J: Untuk kurangkan pelepasan gas, ya. Asasnya adalah enjin berkapasiti kecil menghasilkan gas rumah hijau yang lebih rendah. Enjin kecil yang kurang berkuasa ditambah kuasanya dengan pengecas turbo. Jika dipadankan dengan transmisi yang bagus, pemanduan akan jadi lebih bagus.

Samada kelebihan pengecas turbo itu lebih penting berbanding servis tambahan yang diperlukan, ia terpulang kepada pilihan masing-masing.

Kesimpulannya

Enjin turbo kecil: Bagus atau tidak? 12

1.Pengecas turbo bagus untuk memerah lebih tenaga dari enjin.

2. Enjin berpengecas turbo bersaiz kecil bagus untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

3. Enjin turbo kecil selalunya adalah enjin 3 silinder. Enjin 3 silinder lebih tinggi gegarannya berbanding enjin 4 silinder.

4. Sebab pengilang menghasilkan lebih banyak kereta biasa dengan enjin turbo hanyalah untuk mematuhi undang-undang pelepasan gas yang lebih ketat.

5. Enjin turbo memerlukan penjagaan dan servis yang lebih kerap berbanding enjin NA.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda