window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Haoyue (Proton X90?) dilancarkan ke Arab Saudi, ada interior dwi-tona!

Faisal ยท Aug 30, 2021 06:00 PM

Geely Haoyue (Proton X90?) dilancarkan ke Arab Saudi, ada interior dwi-tona! 01

Geely Okavango, atau dikenali di China sebagai Geely Haoyue, baru sahaja dilancarkan ke Arab Saudi sebentar tadi. SUV 7 penumpang ini menembus pasaran Timur Tengah dengan enjin petrol 1.5L turbo 3 silinder, sama seperti Okavango di Filipina.

Geely Haoyue (Proton X90?) dilancarkan ke Arab Saudi, ada interior dwi-tona! 02

Untuk maklumat anda, ini adalah enjin sama yang menguasai Proton X50 tetapi yang berbeza pada Okavango adalah sistem hibrid-sederhana 48V yang mana ia meningkatkan output ke 190 PS dan 300 Nm tork. Sama seperti X50, enjin pada Okavango juga dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaSUV gergasi Geely Haoyue tiba di Filipina dengan nama pelik – Model baru Proton kah?

Geely Haoyue (Proton X90?) dilancarkan ke Arab Saudi, ada interior dwi-tona! 01

Bagi anda yang belum tahu, Okavango merupakan SUV paling besar dalam barisan model Geely. SUV ini menggunakan konfigurasi tempat duduk 2+3+2.

Juga bacaGeely Okavango – Janganlah Proton guna nama sama, nanti kena kecam!

Dari segi keselamatan, Geely Okavango di Arab Saudi lengkap dengan 6 beg udara, kamera 360 darjah Panoramic View, dan kawalan kestabilan. Walaupun bagaimanapun, ciri bantuan keselamatan ADAS tidak didatangkan sama sekali. Apapun, SUV ini lengkap dengan penapis udara kabin jenis CN95.

Juga bacaSelain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely

Geely Haoyue (Proton X90?) dilancarkan ke Arab Saudi, ada interior dwi-tona! 02

Bergantung pada varian, bahagian kabin Geely Okavango di Arab Saudi ditawarkan dengan pilihan infotainment 10.25 inci dan 12.3 inci. Kalau anda nak tahu, Arab Saudi merupakan negara pertama yang perkenalkan Okavango dengan interior dwi-tona. Selama ini, SUV ini hanya dispesifikasikan dengan kabin yang berwarna hitam sepenuhnya.

Juga bacaSpyshot: Proton X90 dah mendarat di Malaysia? Eh, Geely Haoyue!

Secara amnya, Geely Okavango membuat debut global pada tahun 2020 sebagai Geely Haoyue. Walaupun masih baru, Haoyue tidak menggunakan platform CMA. Sebaliknya, SUV ini datang dengan platform CV, sama seperti MPV Geely Jiaji.

Geely Haoyue (Proton X90?) dilancarkan ke Arab Saudi, ada interior dwi-tona! 03

Arab Saudi pula merupakan pasaran antarabangsa kedua yang menjual Geely Okavango, iaitu selepas Filipina.

Di Malaysia pula, SUV ini dikhabarkan tiba sebagai Proton X90.

Juga bacaProton tengah daftar nama Proton X80 dan Proton X90? Situasi yang baik untuk Proton bakal menjelma

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Geely Hao Yue 1.8TD+7DCT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda