window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik?

Mersita · Sep 25, 2021 04:00 PM

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 01

Sama seperti adiknya, Honda Civic, Honda Accord ialah salah satu plat nama yang paling lama berada di pasaran dalam barisan tawaran Honda.

Dengan 10 generasi dalam garis masa 45 tahun, Accord semakin lama semakin membesar dan lebih elegan. Tapi, berbeza dengan Civic yang masih mempertahankan popularitinya, masa depan Accord nampak sedikit kelam.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malangnya, sedan sudah tidak sepopular dulu ketika Accord pertama mula diperkenalkan pada 1976.

Sejak 45 tahun lalu, apakah evolusi yang telah dilalui oleh Accord? Dalam entri kali ini, kami ingin mengimbau semula kesemua generasi-generasi sedan segmen D ini sebelum memilih Accord generasi paling hebat antara 10 generasi yang pernah dikeluarkan.

Baca juga: Honda Accord adalah sedan segmen D yang paling laris di Malaysia

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 01

Kami hanya akan tumpukan perhatian kepada model-model Accord yang pernah dijual secara rasmi di Malaysia. ini bermaksud Accord JDM pasaran Eropah tidak akan dinyatakan di sini.

Accord Generasi Pertama – Civic panjang

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 02

Kereta-kereta Honda pada mulanya dijual bersama dengan motosikal-motosikal Honda ketika syarikat itu baru mula menapak di Malaysia

Apabila Honda membuat keputusan untuk mengembangkan perniagaannya dalam bidang otomobil setelah mengecap kejayaan dengan motosikal, model-model pertama yang dijual kebanyakannya adalah kereta-kereta kecil seperti N600.

Walaubagaimanapun, menjelang tahun 1970-an, jenama itu cepat-cepat menubuhkan imej sebagai jenama yang dipercayai untuk kereta kompak mampu-milik.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 03

Tapi, Honda tidak mahu kekal berada dalam segmen kereta kecil. Mereka bercita-cita untuk menandingi pesaing-pesaing lebih besar seperti Volkswagen dan Toyota.

Memandangkan Civic ialah kereta paling besar yang ditawarkan Honda ketika itu, mereka merancang untuk membangunkan kereta bersaiz sederhana terbaru dengan menggunakan platform Civic.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 04

Pembangunan bagi model baru ini dimulakan dengan hatchback 3 pintu berserta rekaan yang diinspirasikan daripada Lotus Elite. Varian sedan ‘three-box’nya yang lebih dikenali akhirnya muncul selepas itu.

Baca juga: Mercedes-Benz: Sedan akan mati kerana elektrifikasi dan juga trend SUV - setuju?

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 05

Accord generasi pertama menayangkan sifat-sifat prestasi hebat ketika itu, termasuklah kotak gear manual 5 kelajuan apabila kebiasaan dalam pasaran ketika itu masih lagi jenis 4 kelajuan, ‘power steering’ ringan bagi membantu pengendalian, serta tayar radial yang kebanyakannya ditemui hanya pada kereta-kereta sport.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 06

Walaupun kereta ini dilengkapkan dengan pelbagai naiktaraf prestasi, kelebihan utama Accord ialah ciri-ciri keselesaannya. Ia didatangkan dengan penghawa dingin berintegrasi bagi pelarasan suhu yang lebih mudah dan stereng berkuasa yang dicadangkan oleh pengasasnya sendiri iaitu Soichiro Honda.

Pada zaman itu, penghawa dingin masih lagi dianggap sebagai kelengkapan tak wajib. Walaupun ia ditawarkan sebagai kelengkapan standard, ia seringkali dipasang di bawah papan pemuka. Malah, untuk pengudaraan lebih langsung, kipas akan dipasang sebagai ganti.

Accord Generasi Ke-2 – “The OG”

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 07

Accord pada asalnya dibangunkan sebagai hatchback dan variasi sedan ketika itu hanyalah satu kemungkinan kerana sudah ada banyak sedan bersaiz sederhana yang ditawarkan di Jepun, manakala warga Amerika Syarikat (AS) pula tidak gemarkan sedan kecil.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 08

Accord pertama merubah persepsi itu di pasaran AS dan oleh itu, Honda membuat keputusan untuk memberi lebih perhatian kepada variasi sedan ketika pembangunan generasi kedua.

Apabila varian sedan mula ditawarkan di AS, ia berjaya mengalahkan jualan varian hatchback dengan sekelip mata, dan ini akhirnya akan menjadi stail badan utama bagi Accord selepas itu.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 09

Accord generasi kedua diperkenalkan pada 1981 dan ia mudah dikenali dengan bentuk berkotaknya yang membuatkannya tampak seperti Volvo yang lebih kemas rupanya.

Ia juga sangat moden dengan model-model Jepun yang menawarkan Electro Gyrocator sebagai opsyen.

Ini dianggap sebagai sistem navigasi dibina-dalam pertama dunia yang boleh didapati secara komersial. Namun, ia tidak menggunakan satelit GPS sebagai panduan posisinya.

Sebaliknya, peta lutsinar diletakkan di dalam unit tersebut yang boleh ditatal bergantung kepada pergerakan kereta itu sendiri.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 10

Lupakan kulit – velour ialah lambang kemewahan sebenar ketika itu

Electro Gyrocator ialah satu pilihan yang mahal dengan harga hampir sesuku lebih tinggi berbanding harga Accord dan ia sangat tidak popular. Pasaran lain melengkapkannya dengan perincian mewah tapi tidak begitu moden ketika itu, contohnya kawalan peluncuran, pencuci lampu hadapan, dan sarung/lapik velour lembut.

Accord Generasi Ke-3 – “Pop-up”?

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 11

Sedang Accord memasuki generasi ketiga (CA5) pada 1985, nilai estetika zaman 80-an nyata menjadi inspirasi rekaannya. Accord tampak lebih kemas dengan rekaan aerodinamiknya dan lampu hadapan ‘pop-up’ yang nampak sangat-sangat ‘cool’.

Baca juga: 15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi!

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 12

Accord selepas tahun 1987 digelar sebagai CA di Jepun yang bermaksud ‘Continental Accord’

Yang menariknya, perincian ini ditawarkan hanya untuk pasaran-pasaran tertentu dan ada antaranya, termasuklah Malaysia, hanya menawarkan lampu hadapan konvensional pada Accord masing-masing. Malah, lampu hadapan dengan fungsi ‘pop-up’ besar kemungkinannya diimport dari Jepun walaupun ia model pra-1987.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 13

Accord CA5 menjadi kenderaan pertama Honda yang memaparkan ‘double wishbones’ pada bahagian hadapan dan belakang kereta bagi memberikan kestabilan dan pengendalian yang lebih baik.

Di Malaysia, enjin paling biasa digunakan untuk Accord generasi ini ialah enjin A20A2 2.0 liter 4 silinder (108 PS/159 Nm).

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 14

Ini jugalah generasi Accord terakhir yang memaparkan varian hatchback 3 pintu dalam bentuk Accord Aerodeck, namun ia tidak pernah dijual di Malaysia secara rasmi.

Accord Generasi Ke-4 – Accord mewah

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 15

Model generasi Accord yang berjaya membuat transformasi daripada kereta biasa kepada yang lebih mewah ialah Accord generasi keempat. Juga dikenali sebagai SM4, saiz sedan ini semakin besar namun ia mengekalkan rekaan badan rendah seperti generasi sebelumnya.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 16

Accord generasi ini juga melahirkan kembar di Jepun iaitu Honda Ascot yang tampak lebih mewah dan juga sedan ‘hardtop’ Honda Inspire yang lebih ‘sporty’.

Baca juga: Mercedes-Benz CLS bukanlah peneraju coupe 4-pintu namun, ia membuka jalan terhadap evolusinya

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 17

Pembesaran saiz SM4 juga adalah disebabkan oleh peningkatan populariti di pasaran global. Walaupun beberapa pasaran juga menjual model flagship Legend, termasuklah di Malaysia, kebanyakan pembeli mahukan kereta yang lebih murah dan akhirnya memilih Accord atas faktor harga.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 18

Unit dikarburet ditunjukkan

Di Malaysia, SM4 spesifikasi tempatan didatangkan samada dengan motor F20A 2.0 liter dikarburet (110 PS/115 Nm) untuk varian EX ataupun unit F20A5 2.0 liter ‘fuel-injected’ untuk varian EXi (133 PS/179 Nm).

Di Jepun, SM4 Accord ditawarkan dengan satu varian dilengkapi stereng empat roda (4WS) – satu kelengkapan yang diambil dari Prelude.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 19

Apa-apa pun, SM4 menawarkan pakej yang cukup mewah dan ia dianggap lebih lagi daripada Legend bajet. Ia mempunyai rekaan yang abadi dan ia cukup besar dengan ruang yang mencukupi untuk memuatkan penumpang berserta bagasi. Ia juga merupakan salah satu generasi yang paling banyak di sini, namun tidak sebanyak generasi seterusnya.

Accord Generasi Ke-5 – Accord Jerung

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 20

Selepas satu generasi yang mengutamakan keselesaan, Honda kembali ke aspek prestasi dan ‘sporty’ dengan Accord generasi kelima. Peminat tegar Honda menggelarnya SV4 berdasarkan kodnya. Tapi, di sini, Accord generasi ini amat terkenal dengan nama panggilan Accord Jerung.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 21

Walaupun rekaan SV4 pastinya cukup ‘sporty’ dan sesuai dengan nama gelaran Jerung dikalangan orang kita, pembangunannya mengharungi peringkat-peringkat berbeza bermula dari tahun 1989, iaitu sejurus selepas pelancaran SM4.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 22

Beberapa pengubahsuaian dibuat kepada rekaan muktamad yang ketika itu dipatenkan di Amerika Syarikat pada tahun 1992. SV4 dilancarkan pada 1993 dan pemasangan secara domestik (CKD) bermula pada penghujung tahun itu di kilang Oriental Assemblers di Johor Bharu.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 23

Pada mulanya, dua enjin SOHC ditawarkan untuk SV4 dalam bentuk 2.0 liter (135 PS/181 Nm) dan 2.2 liter (140 PS/200 Nm). Kedua-dua enjin ini dipadankan samada dengan kotak gear manual 5 kelajuan ataupun automatik 4 kelajuan.

Harganya bermula dari RM 110,000 pada tahun 1994, atau kira-kira RM 205,000 dalam konteks masa kini.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 24

Kemudiannya, SV4 diberi facelift dan ia memaparkan enjin VTEC F22B1 2.2 liter (145 PS/199 Nm). Inilah Accord pertama yang diberi enjin Honda dengan rev mantap, padan dengan rupa bentuk SV4 yang ‘sporty’ dan mengancam.

Baca juga: Apa yang membuatkan VTEC cukup istimewa?

Accord Generasi Ke-6 – ‘Simple’ aja

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 25

Mungkin agak kasar bunyinya jika kita katakan yang Accord generasi keenam nampak membosankan kerana Honda berpatah balik ke haluan aspek keselesaan bagi sedan paling larisnya ini.

Sama seperti generasi sebelumnya, Accord menayangkan rekaan berbeza bergantung kepada pasarannya.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 26

Accord Eropah muncul ketika sedan itu diberi lencana Type R, manakala Accord Jepun ketika itu diberi varian prestasinya yang tersendiri digelar Euro R.

Baca juga: Kereta Honda bertukar elektrik sepenuhnya menjelang 2040, VTEC & Type R jadi sejarah

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 27

Di samping itu, pasaran-pasaran negara lain menerima Accord yang biasa-biasa saja rupa bentuknya. Mereka yang berkemampuan akan mengimport Accord Jepun ke negara ini.

Tetapi, walaupun rupa bentuknya biasa-biasa saja, Accord masih lagi laku jualannya.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 28

Ia juga merupakan Accord pertama yang dipasang di kilang Honda Malaysia di Alor Gajah, Melaka. Walaupun enjin VTEC DOHC 2.0 liter (180 PS/196 Nm) merupakan varian paling banyak terjual, beberapa unit hadir dengan enjin 2.3 liter 4 silinder (148 PS/204 Nm).

Accord Generasi Ke-7 – Sangat-sangat selesa

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 29

Sekali lagi, keselesaan ialah satu lagi perincian yang diutamakan Honda untuk Accord generasi ketujuh.

Pada ketika ini, pesaing ketatnya ialah Toyota Camry dan kedua-dua model ini bersaing antara satu sama lain untuk menawan carta paling atas dalam pasaran sedan segmen D.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 30

Jika dibandingkan dengan generasi sebelumnya, Accord generasi ketujuh nampak lebih cantik dan sama seperti generasi-generasi Accord yang seterusnya, ia juga lebih besar dan masih nampak kemas.

Dilancarkan di Malaysia pada penghujung tahun 2003, Accord generasi ketujuh ini berjaya merangkul beberapa anugerah seperti Car of the Year 2003/2004 oleh Autocar ASEAN. Para pembeli juga berkongsi sentimen yang sama dan Accord berjaya merangkul takhta jualan tertinggi dalam segmen ini.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 31

Varian V6 didatangkan dengan ‘tailpipe’ berkembar

Satu model facelift diperkenalkan di sini pada tahun 2006 manakala opsyen enjin bagi generasi ini termasuklah:

  • K20A3 straight-4 2.0 liter (150 PS/186 Nm)
  • K24A straight-4 2.4 liter (Pra-facelift: 160 PS/218 Nm; Facelift: 170 PS/218 Nm)
  • J30A4 V6 3.0 liter (240 PS/287 Nm)

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 32

Antara tiga jenis enjin ini, V6 ialah yang paling ‘rare’ di Malaysia dan ia juga sangat digemari ramai. Ini ialah kali pertama Accord ditawarkan di Malaysia dengan enjin V6, tapi seperti yang anda akan lihat nanti, ini bukanlah kali terakhir enjin ini membuat kemunculan.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 33

Apa-apa pun, prestasi bukanlah perkara yang anda boleh jangkakan walaupun pada Accord V6. Ketiga-tiga varian ini didatangkan dengan ‘independent double wishbones’ berserta ‘coil spring’ dan penstabil di hadapan dan belakang.

Lagipun, keselesaan ialah kualiti yang membuatkan pembeli tertarik dengan Accord.

Accord Generasi Ke-8 – Accord besar

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 34

Honda Malaysia masih menawarkan enjin V6 pada Accord generasi kelapan. Dilancarkan pada 2008, Accord generasi kelapan juga ditawarkan dengan enjin 2.0 liter (156 PS/189 Nm) dan 2.4 liter (180 PS/222 Nm).

Selain daripada varian V6 yang diimport (CBU) dari Thailand, dua varian 4 silinder tersebut dipasang secara domestik (CKD) di kilang Honda Malaysia di Alor Gajah.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 35

Enjin V6 diberi anjakan kepada 3.5 liter, dan dengan ini juga kadar cukai jalan jadi lebih tinggi. Unit 6 silinder menjadi enjin paling berkuasa antara tiga varian yang ditawarkan - 275 PS dan 339 Nm.

Bagi aspek kecekapan minyak pula, pemilik mungkin boleh jimat beberapa ringgit disebabkan oleh Variable Cylinder Management yang berfungsi dalam tiga mode berbeza bergantung kepada beban enjin: mode 6 silinder untuk kuasa, mode 4 dan 3 silinder untuk kecekapan.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 36

Inilah satu contoh dimana posisi skrin di tengah-tengah kadangkala masuk akal

Walaupun ramai yang mengutuk Camry dengan mengatakannya ‘kereta pak haji’, Accord generasi kelapan pun padan dengan panggilan ini jika dilihat pada ruang dalamannya.

Papan pemukanya yang dipenuhi punat kawalan mungkin nampak terlalu analog bagi standard masa kini. Ia nampak lapuk dan kurang kemas.

Baca juga: Rebiu Pemilik: Kenapa saya membeli kereta 'uncle?' – Kisah saya membeli Toyota Camry

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 37

Walaubagaimanapun, bagi peminat tegar model Accord, ia cukup ringkas di mata mereka.

Pusat graviti Accord generasi kelapan adalah lebih rendah berbanding generasi sebelumnya dan ini mengurangkan ‘body roll’ sedan ini. Tahap keselesaan sebegini mungkin cukup bagus bagi ‘taiko’ dan pemilik-pemilik perniagaan kecil.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 38

‘Accordana’ gelaran diberi

Model generasi ini juga dilencanakan semula sebagai Proton Perdana yang ditawar secara eksklusif untuk kegunaan jabatan kerajaan. Namun, hari ini anda boleh dapatkannya di pasaran kereta terpakai dengan harga bawah RM 50,000.

Baca juga: Panduan membeli Proton Perdana ‘Accordana’ - kini serendah RM 50k, harga Proton ketahanan Honda?

Accord Generasi Ke-9 – Satu evolusi

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 39

Memandangkan prestasi jualan varian V6 sangat tidak memberangsangkan sejak dua generasi terdahulu, Honda Malaysia menggugurkan enjin 6 silinder untuk Accord generasi kesembilan.

Dilancarkan pada 2013, Accord generasi ini diberi hanya satu versi di seluruh dunia berikutan pemberhentian produksi model Eropah dan Jepun.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 40

Unit 2.4 liter

Accord spesifikasi Malaysia ditawarkan dengan hanya dua varian enjin – i-VTEC SOHC 2.0 liter (155 PS/190 Nm) dan i-VTEC Earth Dreams DOHC 2.4 liter (175 PS/225 Nm). Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan kotak gear automatik ‘torque converter’ 5 kelajuan.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 41

Satu model facelift kemudiannya dilancarkan pada 2016 dan ia didatangkan dengan sambungan Android Auto/Apple CarPlay berserta 6 beg udara sebagai standard. Generasi ini juga adalah Accord pertama di Malaysia yang didatangkan dengan kamera titik buta Honda LaneWatch.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 42

Secara keseluruhannya, Accord generasi ini didatangkan dengan ruang dalaman serta ruang but yang sangat besar, sama seperti generasi terdahulunya. Aspek keselesaan sebahagian besarnya dikekalkan bagi generasi ini dan jika anda mencari kereta yang cukup stabil pengendaliannya di jalan raya biasa dan lebuh raya, model ini mungkin sesuai untuk anda.

Baca juga: RM 60k saja untuk Toyota Camry, Honda Accord atau Mazda 6 ‘second’? Apa barang Myvi…

Accord Generasi Ke-10 – Accord terakhir?

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 43

Debut Honda Accord generasi kesepuluh di pasaran Malaysia amat ditunggu-tunggu oleh peminatnya. Pelancaran tempatannya dijalankan pada 2020 iaitu tiga tahun selepas debut antarabangsanya.

Baca juga: Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k!

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 44

Apa-apa pun, Accord masih kekal dengan saiz besarnya, tapi saiz enjinnya dikecilkan kepada enjin VTEC 1.5 liter berpengecas turbo yang juga ditawarkan di dalam Civic dan CR-V.

Ya, enjin ini menghasilkan janaan lebih tinggi iaitu 201 PS dan 260 Nm, dan menarik minat pelanggan dengan kadar cukai jalannya yang lebih rendah.

Walaupun nasib dan masa depan Accord masih belum jelas memandangkan jualan sedan di seluruh dunia sudah merudum jatuh, model generasi kesepuluh ini pastinya tampak lebih menonjol berbanding generasi sebelumnya.

Lagipun, Accord ialah salah satu model yang mendapat penilaian paling tinggi dalam WapCar Ratings kami dengan skor 192 mata daripada 250 mata keseluruhan.

Baca juga: Honda Accord vs Volkswagen Passat, sedan segmen D mana pilihan anda? COTY 2020

Ia juga antara kereta yang paling selamat pernah diuji oleh ASEAN NCAP dengan skor hampir sempurna iaitu 91.47 mata daripada 100 mata keseluruhan. Ini pastinya membuatkan Accord generasi kesepuluh layak digelar generasi terhebat diantara yang lain.

Baca juga: Skor ASEAN NCAP hampir penuh, Honda Accord kereta paling selamat untuk 2019-2020

Kesimpulan

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 45

Banyak model Honda Accord generasi lama yang hebat-hebat belaka. Model ini mengikut peredaran masa dan zaman dengan cukup baik – menawarkan pakej yang menepati kehendak serta trend pembeli sehingga mampu bertahan sebagai juara sedan segmen D sejak sekian lama.

Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik? 46

Kalau jumpa Accord Wagon, memang 'rare'

Apa pendapat anda? Generasi Honda Accord yang manakah paling hebat dan ‘best’? Jom kongsikan pandangan anda di ruangan komen Facebook WapCar – BM!

Baca juga: Kebaikan dan keburukan Honda Accord 2020 – luas tapi tak seronok dipandu

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda Accord Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda