window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic FE 2022 naik harga di US - lagi mahal daripada Mazda 3?

Faisal · May 17, 2021 05:00 PM

Honda Civic FE 2022 naik harga di US - lagi mahal daripada Mazda 3? 01

Berdasarkan maklumat yang tertular di forum Civic XI, harga permulaan untuk Honda Civic FE 2022 di Amerika sebenarnya lebih tinggi berbanding Honda Civic FC yang terdahulu. Mahal, ia lebih mahal daripada harga permulaan Mazda 3.

Honda Civic FE 2022 naik harga di US - lagi mahal daripada Mazda 3? 02

Menurut imej yang ditularkan, varian pengenalan iaitu Honda Civic LX yang bermula dari $21,700 sebenarnya menyaksikan peningkatan harga sebanyak $450. Apapun, varian ini didatangkan standard dengan sokongan Apple CarPlay/Android Auto dan lampu depan jenis LED.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walau bagaimanapun, harga sebegini meletakkan Honda Civic sebagai pilihan yang paling mahal di pasaran Amerika, mengalahkan Toyota Corolla Altis dan juga Mazda 3.

Honda Civic FE 2022 naik harga di US - lagi mahal daripada Mazda 3? 01

Sebelum ini, Honda Civic sememang lebih mahal daripada Mazda 3 yang mana ia bermula dari harga $20,650. Perlu dimaklumkan juga bahawa varian pengenalan untuk Mazda 3 di sana hadir dengan enjin 2.0L, bukannya 1.5L seperti yang ditawarkan di Malaysia.

Honda Civic FE 2022 naik harga di US - lagi mahal daripada Mazda 3? 02

Berdasarkan maklumat yang telah bocor, Honda Civic FE 2022 bakal dilancarkan di Amerika pada 16 Jun depan.

Juga bacaRASMI: Honda Civic (FE) 2022 gen 11 membuat debut – enjin sama, Sensing terbaru, masuk Malaysia tahun ini juga?

Honda Civic FE 2022 naik harga di US - lagi mahal daripada Mazda 3? 03

Di Malaysia, Honda Malaysia telah memberikan tanda awal bahawa Honda Civic 2022 serba baru akan dipertonton seawal tahun ini sekiranya semua pelan berjalan dengan lancar.

Juga bacaHonda Civic FE 2022 serba baharu akan tembus pasaran Malaysia seawal tahun 2021!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda