window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda HR-V 2021 nampak ‘kureng’? Ini aksesori rasmi yang boleh buat anda angau!

Faisal · Feb 24, 2021 10:00 AM

Honda HR-V 2021 nampak ‘kureng’? Ini aksesori rasmi yang boleh buat anda angau! 01

Honda HR-V diibarat seperti buah hati rakyat Malaysia. Dengan generasi baharu yang membuat debut global pada minggu lepas, sudah pasti ramai yang bergosip tentangnya. Penampilan yang berbeza untuk kali ini nampaknya telah menarik perhatian ramai.

Honda HR-V 2021 nampak ‘kureng’? Ini aksesori rasmi yang boleh buat anda angau! 02

Namun begitu, ada juga yang berpendapat bahawa Honda HR-V baru ini nampak ‘kureng’. Tetapi jangan risau kerana Honda juga mengeluarkan pakej aksesori tambahan yang rasmi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda HR-V 2021 nampak ‘kureng’? Ini aksesori rasmi yang boleh buat anda angau! 01

Bagi anda yang belum tahu, Honda HR-V 2021 (Honda Vezel) bakal dijual di Jepun bermula April ini. Secara umumnya, pembeli boleh dapatkan pakej aksesori rasmi untuk gaya yang lebih kena dengan jiwa masing-masing.

Honda HR-V 2021 nampak ‘kureng’? Ini aksesori rasmi yang boleh buat anda angau! 02

Pakej pertama dikenali sebagai Urban Style. Ia dikhususkan untuk pelanggan yang mahukan penampilan Honda HR-V yang lebih sporty. Di bahagian depan, ia tampil dengan:

  • Sisik gril yang berbentuk hexagon
  • Bingkai gril dengan sentuhan krom
  • Skirting dengan kemasan krom

Untuk pengetahuan anda, skirting tambahan dengan kemasan krom turut hadir pada bahagian sisi dan belakang.

Honda HR-V 2021 nampak ‘kureng’? Ini aksesori rasmi yang boleh buat anda angau! 03

Pada bahagian belakang, pakej ini turut dilengkapi dengan ciri spoiler yang lebih menyerlah.

Honda HR-V 2021 nampak ‘kureng’? Ini aksesori rasmi yang boleh buat anda angau! 04

Pakej aksesori yang kedua ialah Casual Style. Pakej ini sesuai untuk mereka yang lebih menggemari gaya bandar. Ia datang dengan sentuhan yang sama seperti Urban Style. Cumanya, kemasan krom diganti dengan sentuhan warna Copper Brown. Sejujurnya, kami lebih tertawan dengan pakej ini kerana ia nampak lebih matang.

Honda HR-V 2021 nampak ‘kureng’? Ini aksesori rasmi yang boleh buat anda angau! 05

Selain itu, sentuhan warna ini turut diterapkan pada bahagian perumah cermin sisi.

Honda HR-V 2021 nampak ‘kureng’? Ini aksesori rasmi yang boleh buat anda angau! 06

Secara global, Honda belum mengesahkan sebarang harga buat kedua-dua pakej aksesori ini. Apapun, mana pilihan anda?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda