Honda HR-V Hybrid 2021 diperbaharui di Malaysia, kini ada lampu LED, bermula RM 114k

Faisal · Aug 27, 2021 02:00 PM

Honda HR-V Hybrid 2021 diperbaharui di Malaysia, kini ada lampu LED, bermula RM 114k 01

Honda Malaysia baru sahaja melancarkan Honda HR-V Hybrid 2021 sebentar tadi. Kini, SUV segmen B itu didatangkan dengan lampu depan dan belakang jenis LED. Sentuhan yang sama turut beransur pada bahagian lampu kabus hadapan.

Honda HR-V Hybrid 2021 diperbaharui di Malaysia, kini ada lampu LED, bermula RM 114k 02

Selain itu, Honda HR-V Hybrid diperbaharui dengan sentuhan krom pada pemegang pintu bahagian luar. Pada masa yang sama, pilihan warna Platinum White Pearl juga didatangkan buat kali pertama. Antara pilihan warna lain yang ada pada HR-V Hybrid termasuklah Lunar Silver Metallic dan Modern SIeel Metallic.

Honda HR-V Hybrid 2021 diperbaharui di Malaysia, kini ada lampu LED, bermula RM 114k 01

Macam Honda HR-V RS.

Beralih ke bahagian dalam, ia dikemaskini dengan skrin infotainment 7 inci yang baru beserta dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Sama seperti HR-V RS yang diperbaharui tempoh hari, varian Hybrid 2021 juga menerima dua port USB yang diubah ke bahagian bawah pada konsol tengah.

Honda HR-V Hybrid 2021 diperbaharui di Malaysia, kini ada lampu LED, bermula RM 114k 02

Di samping itu, Honda HR-V Hybrid 2021 juga tampil dengan roda stereng kulit tiga jejari yang baru.

Juga bacaPanduan: Honda HR-V terpakai serendah RM 60k, SUV keluarga yang masih mantap?

Secara umumnya, Honda HR-V Hybrid 2021 ditawarkan pada harga RM 113,954 (atas jalan, tanpa insurans, termasuk pengecualian SST sehingga 31 Disember 2021). Sebelum ini, Honda HR-V Hybrid berharga RM 120,800, tetapi itu sekali dengan SST.

Varian dan harga Honda HR-V 2021 di Malaysia
Varian Harga
1.8 E RM 104,000.21
1.8 V RM 113,421.92
1.8 RS RM 118,581.81
1.5 Sport Hybrid RM 113,954.82
Harga atas jalan, tanpa insurans, termasuk pengecualian SST. Sah sehingga 31 December 2021.

Seperti sebelum ini, kuasanya disalurkan oleh enjin petrol 1.5L direct injection yang dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan. Sistem hibrid i-DCD pada Honda HR-V Hybrid menghasilkan output sebanyak 152 PS dam 190 Nm tork.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru