window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda WR-V 2023 akan debut pada 2 November di Indonesia, pesaing tegar buat Ativa bakal tiba!

Faisal ยท Oct 27, 2022 07:00 PM

Honda WR-V 2023 akan debut pada 2 November di Indonesia, pesaing tegar buat Ativa bakal tiba! 01

Nampaknya setelah berbulan-bulan menunggu, pengedar Honda Indonesia iaitu PT Honda Prospect Motor (HPM) mengesahkan bahawa mereka akan mendedahkan Honda WR-V 2023 serba baharu pada 2 November ini.

Honda WR-V 2023 akan debut pada 2 November di Indonesia, pesaing tegar buat Ativa bakal tiba! 02

Walaupun Honda belum lagi memberi nama rasmi buat pesaing kepada trio Perodua Ativa/Daihatsu Rocky/Toyota Raize ini, terdapat banyak petanda yang merujuk ke arah nama WR-V. Lagipun, iklan setakat ini banyak mendedahkan huruf W. Malah, unsur U kembar juga banyak ditekankan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda WR-V 2023 akan debut pada 2 November di Indonesia, pesaing tegar buat Ativa bakal tiba! 01

Apapun, reka bentuknya tidak akan lari jauh daripada SUV RS Concept yang dipertontonkan pada Gaikindo International Auto Show (GIIAS) 2021.

Juga bacaSpyshots: saingan Ativa; Honda SUV RS Concept 1.5L versi pengeluaran, akan dilancarkan pada 2023

Honda WR-V 2023 akan debut pada 2 November di Indonesia, pesaing tegar buat Ativa bakal tiba! 02

Perkara ini dapat dilihat berdasarkan samaran yang dipamerkan secara rasmi pada beberapa bulan yang lepas. Kalau anda perasan, reka bentuk Honda BR-V baharu juga nampak kurang sama dengan versi konsepnya iaitu Honda N7X Concept.

Honda WR-V 2023 akan debut pada 2 November di Indonesia, pesaing tegar buat Ativa bakal tiba! 03

Atas: Versi konsep, Bawah: Versi produksi.

Untuk makluman anda, WR-V baharu yang akan debut di Indonesia adalah generasi kedua. Generasi pertama yang ada di beberapa pasaran seperti India, Afrika Selatan dan Amerika Selatan selama ini pula merupakan sebuah Honda Jazz dengan kelegaan yang lebih banyak.

Honda WR-V 2023 akan debut pada 2 November di Indonesia, pesaing tegar buat Ativa bakal tiba! 04

Menurut rakan kami di AutoFun ID, WR-V serba baru mungkin menggunakan enjin 1.5L DOHC i-VTEC (121 PS,145 Nm) yang dipadankan sama ada dengan transmisi CVT atau manual 6 kelajuan.

Juga bacaHonda SUV RS Concept: Maklumat awal didedah, enjin 1.5L dengan CVT, ada varian manual!

Honda WR-V 2023 akan debut pada 2 November di Indonesia, pesaing tegar buat Ativa bakal tiba! 05

Di bahagian dalam pula, Indra Fathan dari media Indonesia memberitahu bahawa ia mungkin banyak mengambil insipirasi dari BR-V dan Brio RS, terutamanya BR-V kerana ia lebih baru.

Honda WR-V 2023 akan debut pada 2 November di Indonesia, pesaing tegar buat Ativa bakal tiba! 06

Selain itu, ciri keselamatan seperti ADAS Honda Sensing dan kamera LaneWatch juga dijangka ada dan ia memang boleh dilihat pada samaran yang didedahkan baru-baru ini.

Honda WR-V 2023 akan debut pada 2 November di Indonesia, pesaing tegar buat Ativa bakal tiba! 07

Secara amnya, jualan WR-V 2023 dijangka berlangsung pada tahun depan dan ia mungkin berharga dalam julat 250 juta rupiah โ€“ 350 juta rupiah (~RM 76k โ€“ RM 106k). Sebagai perbandingan, harga Toyota Raize di sana ditawarkan dari 230 juta rupiah โ€“ 305 juta rupiah (~RM 70k โ€“ RM 92k).

Juga bacaHonda WR-V 2023 akan tawar enjin turbo & hibrid pada harga City, Ativa boleh tergugat?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda