window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hothatch terpantas kembali! Malaysia lancar Mercedes-AMG A45 S 2023 facelift - dari RM 509k

Faisal · Jun 14, 2023 11:59 AM

Hothatch terpantas kembali! Malaysia lancar Mercedes-AMG A45 S 2023 facelift - dari RM 509k 01

Selain A-Class Sedan facelift, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi juga melancarkan Mercedes-AMG A45 S 2023 facelift ke pasaran kita dengan harga RM 509,888, naik RM 7k berbanding sebelum ini.

Di samping itu, MBM turut memperkenalkan edisi terhad Street Style Edition yang berharga RM 539,888.

Hothatch terpantas kembali! Malaysia lancar Mercedes-AMG A45 S 2023 facelift - dari RM 509k 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada bahagian luar, penampilannya menyaksikan pembaharuan pada grafik lampu LED DRL, gril AMG dan emblem AMG baharu yang berbentuk bulat. 

Hothatch terpantas kembali! Malaysia lancar Mercedes-AMG A45 S 2023 facelift - dari RM 509k 01

Roda aloi 19-inci yang hadir untuk kali ini juga menampilkan reka bentuk baru dan pada bahagian belakang, lampunya memperlihatkan grafik yang lebih moden.

Hothatch terpantas kembali! Malaysia lancar Mercedes-AMG A45 S 2023 facelift - dari RM 509k 02

Sebagai sebuah hothatch, ia kekal dengan spoiler agresif dan ekzos kembar yang bermuncung sporty.

Edisi Street Style yang disebutkan datang eksklusif dengan warna Manufaktur Mountain Grey Magno dengan trim berwarna matt hitam/anthracite dan aksen berwarna oren flourescent.

Hothatch terpantas kembali! Malaysia lancar Mercedes-AMG A45 S 2023 facelift - dari RM 509k 03

Dari segi teknikal, spesifikasi enjinnya kekal sama dengan unit M139 2.0L turbo yang menghembuskan 421 PS dan 500 Nm tork. Kuasa dihantar ke semua roda (4Matic+) melalui transmisi DCT 8 kelajuan.

Pecutan 0 - 100 km/j pula hanya mengambil masa 3.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 270 km/j.

Hothatch terpantas kembali! Malaysia lancar Mercedes-AMG A45 S 2023 facelift - dari RM 509k 04

Masuk ke bahagian dalam, terdapat roda stereng AMG-Performance baru yang menampilkan butang jenis sesentuh dan beberapa tombol kawalan tambahan. Tempat duduk AMG untuk kali ini pula ada pilihan warna Saga Grey. Selain itu, kabin A45 S facelift didominasi oleh skrin kembar 10.25 inci yang kini didatangkan dengan pengesan cap jari dan sistem operasi kluster dan infotainmentnya diperbaharui dengan perisian Mercedes-Benz User Experience (MBUX) yang lebih baru. Istimewa untuk varian ini adalah paparan bacaan prestasi yang bertemakan AMG.

Hothatch terpantas kembali! Malaysia lancar Mercedes-AMG A45 S 2023 facelift - dari RM 509k 05

Secara amnya, sokongan Apple CarPlay/Android Auto turut dilengkapkan dan selain sistem audio Burmester, tombol kawalan infotainment pada bahagian tengah telah dibuang untuk memberi ruang menyimpan yang lebih banyak. Dalam masa yang sama, kuasa pengecasan USB-C juga telah ditambah.

Interior edisi Street Style pula datang eksklusif dengan jahitan berwarna oren dan trim aluminium AMG dengan aksen warna oren gelap.

Hothatch terpantas kembali! Malaysia lancar Mercedes-AMG A45 S 2023 facelift - dari RM 509k 06

Berkenaan aspek keselamatan, A45 S facelift ini lengkap dengan ADAS penuh yang hadir dengan ciri Active Brake Assist, Active Lane Keeping Assist, Active Parking Assist with Parktronic dan Blind Spot Assist.

Hothatch terpantas kembali! Malaysia lancar Mercedes-AMG A45 S 2023 facelift - dari RM 509k 07

Secara amnya, setiap pembelian datang dengan waranti 4 tahun tanpa had perbatuan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Mercedes-Benz AMG A-Class A35 4Matic Sedan

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda