window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-AMG A35 Sedan 2023 facelift di Malaysia - MHEV, 8DCT, anggaran RM 354k

Faisal · Jun 14, 2023 02:54 PM

Mercedes-AMG A35 Sedan 2023 facelift di Malaysia - MHEV, 8DCT, anggaran RM 354k 01

Selain pelancaran A45 S dan A-Class facelift, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut merasmikan Mercedes-AMG A35 Sedan facelift. Sama seperti sebelum ini, ia dipasang lokal (CKD) dan mempunyai harga anggaran pada RM 354,000.

Mercedes-AMG A35 Sedan 2023 facelift di Malaysia - MHEV, 8DCT, anggaran RM 354k 02

Sama seperti A45 S, A35 Sedan facelift turut menyaksikan pembaharuan pada grafik lampu depan, gril Panamericana AMG dan emblem AMG baru yang berbentuk bulat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain itu, terdapat reka bentuk rim baru, spoiler belakang yang ada lidah tambahan, lampu belakang yang lebih moden dan muncung ekzos berbentuk bulat.

Juga bacaHothatch terpantas kembali! Malaysia lancar Mercedes-AMG A45 S 2023 facelift - dari RM 509k

Mercedes-AMG A35 Sedan 2023 facelift di Malaysia - MHEV, 8DCT, anggaran RM 354k 01

Dari segi kuasa, enjin 2.0L turbo M260 kini hadir dengan sistem hybrid sederhana 48V yang menggunakan starter generator (BSG). Sistem ini memberi lonjakan 14 PS ketika memecut pada kelajuan rendah tetapi dalam masa yang sama ia membantu berlayar secara melahu untuk meningkatkan tahap penjimatan minyak.

Menariknya, transmisi kali ini adalah jenis DCT 8 kelajuan, menggantikan unit 7 kelajuan yang diguna pada model sebelum ini. Apapun, output trenkuasa kekal sama pada 306 PS dan 400 Nm tork. Pecutan 0 – 100 km/j pula mengambil masa 4.7 saat.

Mercedes-AMG A35 Sedan 2023 facelift di Malaysia - MHEV, 8DCT, anggaran RM 354k 02

Masuk ke bahagian dalam, sistem MBUX terkini menampilkan paparan AMG dan tombol kawalan pada konsol tengah tidak lagi ada, sama seperti A-Class varian lain. Antara ciri yang dilengkapkan termasuklah sokongan Apple CarPlay/Android Auto dan sistem audio Burmester.

Bercakap mengenai ciri, antara kelengkapan standard yang didatangkan termasuklah penyaman udara dwi-zon, tempat duduk AMG Performance, lampu ambient lighting 64-warna, head-up display dan pengecas nirwayar.

Mercedes-AMG A35 Sedan 2023 facelift di Malaysia - MHEV, 8DCT, anggaran RM 354k 03

Dari segi keselamatan, ADAS pada Mercedes-AMG A35 Sedan facelift hadir dengan ciri Active Distance Assist Distronic, Active Brake Assist, Active Lane Keeping Assist, Lane Tracking Package, Active Parking Assist with 360-degree camera dan Blind Spot Assist.

Juga bacaMalaysia lancar Mercedes-Benz A200, A250 2023 Sedan facelift: dari RM 238k

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Mercedes-Benz AMG A-Class A35 4Matic Sedan

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda