window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kenapa dan bila anda perlu buat overhaul dan top overhaul enjin kereta?

Mersita · Oct 11, 2020 11:50 AM

Kenapa dan bila anda perlu buat overhaul dan top overhaul enjin kereta? 01

Overhaul enjin kereta melibatkan proses yang agak teliti dan rumit. Ia harus dilakukan dengan berhati-hati dan selalunya memakan kos yang agak besar, tapi perlu dilakukan demi menyelamatkan kereta tersayang. Jom kenali maksud overhaul enjin kereta, anggaran kos/upah overhaul enjin kereta, pantang selepas overhaul enjin kereta, dan lain-lain.

Apa maksud overhaul?

Maksud overhaul secara amnya ialah meleraikan enjin supaya mekanik boleh membaiki punca masalah itu secara terus dan langsung pada bahagian komponen yang bermasalah.

Setelah selesai mengganti komponen enjin yang patut diganti dan membersihkan enjin, ia perlu dipasang semula dengan betul. Lebih kurang seperti melengkapkan ‘jigsaw puzzle’, tapi silap sedikit akan mengakibatkan ‘penyakit’ enjin sama atau bertambah teruk.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kenapa dan bila anda perlu buat overhaul dan top overhaul enjin kereta? 01

Top overhaul Proton Saga FLX. Gambar: FB Bengkel Kereta Bergerak Jerteh,Besut & Sekitar

Apa perbezaan maksud top overhaul dan full overhaul?

Mekanik hanya perlu mencabut bahagian atas enjin untuk top overhaul tanpa mengeluarkan keseluruhan enjin dari badan kereta. Manakala keseluruhan enjin perlu diturunkan untuk melaksanakan full overhaul.

Tak semua enjin boleh dibuat top overhaul, contohnya enjin ‘boxer’ yang perlu diturunkan dari kereta. Top overhaul lebih mudah dan boleh dilakukan keatas enjin ‘inline’ dan ‘V block’. Melainkan anda memandu beberapa model Subaru atau Porsche, kebanyakan kereta-kereta biasa seperti Proton, Perodua, Toyota atau Honda boleh dibuat top overhaul saja.

Baca jugaEnjin jenis Inline, V, dan Boxer – apa maksudnya dan mana satu best?

Kenapa dan bila anda perlu buat overhaul dan top overhaul enjin kereta? 02

Masalah enjin kereta yang perlu overhaul

Sama seperti manusia, kadangkala ada penyakit kenalah di’operate’. Overhaul ini lebih kurang seperti ‘membedah’ enjin. Secara umumnya, masalah boleh dirasai apabila kereta anda memang terasa seperti kereta lama/buruk. Dan yang pastinya, panel instrumen anda akan keluarkan lampu amaran atau anda akan nampak meter suhu naik, oleh itu jangan buat-buat tak nampak pula.

Baca juga: Lampu amaran pada kereta anda, apakah maksudnya?

Kenapa dan bila anda perlu buat overhaul dan top overhaul enjin kereta? 03

Kalau boleh, janganlah biarkan enjin kereta anda rosak teruk sampai kena overhaul. Jika amaran suhu naik dan lampu amaran enjin tidak diendahkan dan anda tak pergi buat pemeriksaan, enjin kereta anda boleh 'crack', tiba-tiba dah tak boleh dipacu semasa memandu, dan akhirnya berasap di tepi jalan. Besar kemungkinan anda terpaksa buat overhaul. Elakkan!

Komponen yang terlibat dalam proses overhaul

Antara perkara-perkara yang menyebabkan anda terpaksa overhaul ialah:

  • Asap ekzos putih
  • Ada komponen yang patah atau retak
  • Ada kebocoran minyak hitam - bila periksa 'dipstick' tahap minyak selalu kurang
  • 'Timing belt' putus

Selalunya, masalah ini disebabkan oleh komponen yang rosak seperti ‘piston’, ‘piston ring’, ‘spark plug’, ‘timing belt’ haus, ataupun ada komponen yang patah, retak, bocor atau tersekat (selalunya disebabkan mendapan karbon).

Baca juga: Mana satu lagi bagus? Timing chain atau timing belt?

Kenapa dan bila anda perlu buat overhaul dan top overhaul enjin kereta? 04

'Rocker arm shaft' yang calar boleh merosakkan 'camshaft’. Gambar: hondatwins.net

Kerosakan komponen ini pula akan mengakibatkan benda-benda dalam kereta anda berada di tempat yang tak sepatutnya – seperti air atau minyak termasuk ke dalam silinder. Kadangkala, mekanik menggelarnya ‘enjin banjir’.

Video dibawah menunjukkan proses-proses top overhaul oleh mekanik bertauliah:

Antara komponen yang terlibat dalam top overhaul ialah ‘cylinder head’, injap, ‘distributor seal’, ‘rocker arm’, ‘head gasket’, dan skru silinder. Jika kereta anda menjalani top overhaul disebabkan kepanasan melampau/’overheat’, pastikan mekanik anda membuat ‘skim head’ iaitu meratakan permukaan ‘cylinder head’ supaya enjin anda kembali stabil.

Juga pastikan yang enjin dibersihkan dengan betul semasa proses overhaul kerana mendapan/kerak karbonlah yang sering menjadi punca masalah enjin.

Kenapa dan bila anda perlu buat overhaul dan top overhaul enjin kereta? 05

'Skim cylinder head' supaya rata dan kembalikan prestasi enjin. Gambar: performanceheadengineering.co.uk

Selalunya kesilapan sebegini akan menyebabkan anda betul-betul rasa tak puas hati setelah berbelanja ribuan ringgit kerana enjin masih bermasalah. Pastikan servis overhaul anda disertai waranti sekurang-kurangnya 3 atau 5 bulan.

Bila selalunya orang buat overhaul enjin kereta?

Bila kereta mula menunjukkan masalah, atau dah rosak dan bila dah ada duit. (:

Kenapa dan bila anda perlu buat overhaul dan top overhaul enjin kereta? 06

Masalah ini boleh dielakkan dengan membiasakan tabiat memeriksa enjin seminggu sekali, memberi perhatian pada panel instrumen dan bertindak pantas apabila ada lampu amaran. Anda boleh dapatkan nasihat daripada seorang ‘lejen’ yang keretanya dah jalan sejuta batu tapi masih ‘tip-top’.

Baca juga: Nak kereta anda tahan lasak sampai sejuta batu? Ambil nasihat daripada lelaki yang capai 3.2 juta batu

Di Singapura, pemilik kereta akan membuat overhaul setelah 5 atau 10 tahun kerana mereka mahu memanjangkan tempoh COE (Certificate of Entitlement) – lesen kuota untuk pemilikan dan penggunaan kenderaan di Singapura yang sah selama 10 tahun.

Kenapa dan bila anda perlu buat overhaul dan top overhaul enjin kereta? 07

Top overhaul Volvo V40 Wagon turbo. Gambar: motecmat.wordpress

Berapa anggaran kos top overhaul dan full overhaul di Malaysia?

Bergantung kepada berapa banyak bahagian yang perlu diganti, kerja-kerja top overhaul akan mempunyai kos atau upah yang berbeza. Kereta-kereta seperti Proton Wira, Persona, Saga, atau Perodua Kenari dan Kelisa selalunya memakan kos sekitar RM 800 – 3,000 untuk top overhaul.

Kos full overhaul selalunya bermula dari RM 4,000 atau RM 5,000 ke atas, bergantung pada model kereta.

Kenapa dan bila anda perlu buat overhaul dan top overhaul enjin kereta? 08

Kerja-kerja overhaul memerlukan alatan dan kemahiran yang betul. Semestinya satu kerja penyelenggaraan yang 'major', tak selalunya murah

Ada juga yang memutuskan untuk tidak melakukan overhaul dan menukar blok enjin terus. Berbincanglah dengan mekanik yang boleh dipercayai tentang jalan penyelesaian yang sebaik-baiknya.

Juga tak salah jika anda minta pendapat dari mekanik lain untuk ‘second opinion’ supaya anda boleh buat keputusan dengan baik.

Kesimpulan

Kenapa dan bila anda perlu buat overhaul dan top overhaul enjin kereta? 09

Rev perlahan dan cermat ketika tempoh 'running-in'

Pastikan anda hantar kereta anda ke mekanik yang dipercayai dan bertauliah untuk lakukan overhaul enjin kereta anda. Pantang selepas overhaul kereta ialah jangan lenjan kereta dan 'rev' terlalu kuat. Sama seperti enjin baru, enjin haruslah 'running in' terlebih dahulu bagi mengharmonikan kitaran minyak enjin dan mekanikal di dalamnya.

Dan yang paling penting, jangan amalkan lagi tabiat lama seperti tidak mengendahkan lampu amaran dan menangguh-nangguhkan kunjungan ke bengkel. Elok dibaiki awal-awal daripada menyesal di kemudian hari.

Baca juga: Cara ‘run-in’ kereta baru – Ini cara kami 'run-in' Ativa baru!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda