window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Keputusan Anugerah Kereta Terbaik Wapcar 2020!

Haris · Jan 12, 2021 05:00 PM

Keputusan Anugerah Kereta Terbaik Wapcar 2020! 01

Wapcar.my telah membuka undian kepada pembaca yang bermula sejak bulan Disember 2020. Model kereta yang terpilih telah dilancarkan sebelum undian bermula pada bulan Disember dan pembaca Wapcar.my berbaik hati mengundi kenderaan kegemaran mereka!

Oleh itu, berikut adalah senarai model kereta yang telah memenangi undian pembaca!

Kereta Terbaik Wapcar 2020 Keseluruhan - Nissan Almera

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Keputusan Anugerah Kereta Terbaik Wapcar 2020! 01

Nissan Almera merangkul anugerah Kereta Terbaik Wapcar 2020 (Wapcar COTY 2020) yang telah diundi oleh pembaca Wapcar.my!

Dengan rekaan serba baharu yang jauh lebih agresif dan penjimatan minyak dan roadtax melalui enjin 1.0 liter Turbo, Nissan Almera menjadi pilihan nombor 1 pembaca Wapcar melalui undian (13,475 undian). Terima kasih kepada semua pembaca kami. 

Keputusan Anugerah Kereta Terbaik Wapcar 2020! 02

Bukan mudah untuk bersaing dalam segmen B yang sengit, malah, kebanyakan model segmen B yang dilancarkan di Malaysia mempunyai ciri unik bagi pasaran Malaysia. Pembeli di Malaysia jauh lebih mendesak dan hasilnya, kita mendapat model segmen B yang terbaik di ASEAN!

Kereta Terbaik Wapcar 2020 Pilihan Editor - Honda City

Keputusan Anugerah Kereta Terbaik Wapcar 2020! 03

Barisan penulis kami telah mengundi model Honda City untuk merangkul anugerah Kereta Pilihan Editor Wapcar 2020 (Wapcar Editor’s Choice 2020).

Honda City menawarkan pakej keseluruhan yang lebih lengkap, dari aspek dinamik pemanduan dan kelengkapan yang ditawarkan. Malah, Honda City 2020 ditawarkan dengan harga yang lebih rendah berbanding pesaing lain dalam segmennya!

Keputusan Anugerah Kereta Terbaik Wapcar 2020! 04

Harga memainkan peranan penting dalam penjualan kereta di Malaysia. Hal ini disokong oleh penjualan Honda City yang kukuh, lebih 10,000 unit terjual untuk tahun 2020 sedangkan baru sahaja dilancarkan pada bulan Oktober 2020.

Kereta Terbaik Wapcar 2020 (Penilaian) - Honda Accord

Keputusan Anugerah Kereta Terbaik Wapcar 2020! 05

Honda Accord telah merangkul anugerah Kereta Terbaik berdasarkan Penilaian Wapcar 2020 (Wapcar Ratings 2020).

Seperti yang anda sedia maklum, Penilaian Wapcar adalah hasil daripada ujian yang lebih mendalam pada setiap pandu uji dan rebiu kami. Kru Wapcar.my akan dibekalkan dengan instrumen pengukur seperti meter desibel, pengukur jurang panel kereta, pita pengukur, pengukur ketebalan cat, pengesan GPS dan lain-lain lagi.

Keputusan Anugerah Kereta Terbaik Wapcar 2020! 06

Honda Accord muncul pemenang dalam kategori ini disebabkan oleh kualiti binaan yang sangat baik, spesifikasi trenkuasa yang mantap dan dinamik pemanduan yang paling memuaskan.

Kereta Terbaik Wapcar 2020 (Keselesaan) - Toyota Camry

Keputusan Anugerah Kereta Terbaik Wapcar 2020! 07

Tanpa disangkal lagi, Toyota Camry telah merangkul anugerah Kereta Terbaik Wapcar 2020 (Keselesaan).

Pengunaan platform TNGA dengan gandingan sistem suspensi double wishbone pada bahagian belakang adalah sebuah resipi sempurna dalam sebuah sedan yang mementingkan keselesaan. Model Toyota Camry generasi terkini dilihat meneruskan legasi keselesaan pada tanda nama Camry tersebut.

Keputusan Anugerah Kereta Terbaik Wapcar 2020! 08

Pada harga serendah RM 188,763 (harga atas jalan tanpa SST, sah sehingga 30 Jun 2021), Toyota Camry menawarkan pembeli keselesaan dan keandalan Toyota pada harga yang lebih mesra umum.

Kereta Terbaik Wapcar 2020 (Jimat Minyak) - Nissan Almera

Keputusan Anugerah Kereta Terbaik Wapcar 2020! 09

Mengejutkan? Nissan Almera telah memenangi Anugerah Kereta Terbaik Wapcar 2020 dalam aspek penjimatan minyak.

Ujian pemanduan dunia nyata kami mendapati bahawa Nissan Almera mencatatkan sebanyak 5.85 liter / 100 km berbanding pesaing-pesaing lain (yang dilancarkan pada tahun 2020).

Keputusan Anugerah Kereta Terbaik Wapcar 2020! 10

Manakan tidak, enjin 3 silinder 1.0 liter Turbo pada Nissan Almera ini memang dicipta untuk menepati piawai pelepasan karbon di sesetengah negara, sudah tentu penggunaan bahan apinya juga rendah.

Kereta Terbaik Wapcar 20202 (Praktikaliti) - Mitsubishi Xpander

Keputusan Anugerah Kereta Terbaik Wapcar 2020! 11

Crossover 7 penumpang Mitsubishi Xpander memenangi Anugerah Kereta Terbaik Wapcar 2020 dari segi praktikaliti.

7 penumpang, 13 pemegang cawan, 2 tempat duduk yang boleh dibaringkan dan poket simpanan yang banyak telah meletakkan Mitsubishi Xpander sebagai pemenang Kereta Terbaik Wapcar 2020 dari segi praktikaliti.

Keputusan Anugerah Kereta Terbaik Wapcar 2020! 12

Tidak cukup dengan itu, Mitsubishi Xpander juga hadir dengan ruang but terbahagi dengan penutup serta dulang simpanan di bawah kaki pada bahagian penumpang hadapan, memberikan kemudahan kepada pemilik crossover ini.

Penutup

Keputusan Anugerah Kereta Terbaik Wapcar 2020! 13

Kesemua model yang disenaraikan adalah hasil daripada undian pembaca-pembaca Wapcar.my. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk memberikan pendapat anda dalam industri automotif Malaysia!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda