window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lepas Axia D74A, Perodua mengesahkan sekurang-kurangnya satu lagi model baru - Aruz, Bezza atau Myvi 2023?

Faisal · Feb 14, 2023 07:00 PM

Lepas Axia D74A, Perodua mengesahkan sekurang-kurangnya satu lagi model baru - Aruz, Bezza atau Myvi 2023? 01

Sewaktu majlis pelancaran Perodua Axia 2023 berlangsung pagi tadi, Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya satu lagi model baharu akan dilancarkan pada tahun 2023.

Dalam acara tersebut, beliau ada berkata, “Nikmatilah pelancaran ini. Saya berharap agar dapat menemui anda di majlis seterusnya sewaktu kami melancarkan model baru yang mana saya belum boleh memberitahu apa-apa”.

Juga bacaPerodua Axia D74A 2023 dilancarkan di Malaysia - Harga dari RM 38.6k, 1.0L, D-CVT, 6 beg udara

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lepas Axia D74A, Perodua mengesahkan sekurang-kurangnya satu lagi model baru - Aruz, Bezza atau Myvi 2023? 01

Pada masa yang sama, CEO Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad pernah mengulas bahawa syarikat itu setiap tahun sekarang ada kapasiti untuk melancarkan 1 model baharu sepenuhnya (full-model change, FMC) dan 2 model kemaskini (minor change, MC).

Kalau anda nak tahu, sampai 2020, kapasiti Perodua di kedua-dua kilang Rawang mereka hanya terhad kepada 1 model FMC dan 1 model MC.

Lepas Axia D74A, Perodua mengesahkan sekurang-kurangnya satu lagi model baru - Aruz, Bezza atau Myvi 2023? 02

Sekarang pula, Perodua dalam fasa transformasi ketiga (Transformation Plan 3.0) yang dibimbing oleh falsafah ‘Smart Build’. Dalam erti kata lain, kereta kompak yang lebih canggih dan selamat, lebih menjimatkan minyak, lebih berkualiti, lebih ke arah komunikasi dan elektrifikasi serta dibangunkan oleh rakyat Malaysia untuk Malaysia. Secara teknikal, Perodua Axia 2023 adalah model ‘Smart Build’ ketiga mereka iaitu selepas Ativa 2021 dan Alza 2022.

Juga baca2022 Toyota Vios D92A didedah - perasan tak komponen yang dikongsi bersama Perodua?

Dalam fasa yang bermula pada tahun 2021 ini, mereka telah melancarkan Ativa, Myvi facelift (gaya baru, dengan D-CVT) dan Aruz (warna baru, spesifikasi yang dinaik taraf) dalam satu tahun. Tetapi, pendekatan ini tidak dapat mereka ikut untuk tahun 2022 kerana dibelenggu pengakhiran pengecualian cukai jualan SST Penjana yang mengakibatkan tunggakan tempahan tinggi. Perkara seperti kenaikan kes Covid-19 di negara yang Perodua ambil komponen serta isu banjir pada akhir 2021 yang menjejaskan pembekal juga menjadi faktor. Disebabkan kekurangan tenaga kerja di bahagian vendor juga, Perodua untuk tahun lepas hanya dapat melancarkan Alza baharu sahaja (model langganan Ativa Hybrid tidak dikira).

Apapun, Zainal telahpun mengesahkan bahawa cabaran-cabaran ini telah susut, sekaligus membolehkan jadual pelancaran model Perodua kembali seperti yang dirancang.

Mengenai identiti model yang seterusnya, ia mungkin di antara Bezza, Myvi dan Aruz. Antara ketiga-tiga model ini, dua daripadanya akan dikemaskini dalam tahun ini juga.

Lepas Axia D74A, Perodua mengesahkan sekurang-kurangnya satu lagi model baru - Aruz, Bezza atau Myvi 2023? 03

Untuk Aruz, SUV 7 tempat duduk ini dilancar pada tahun 2019 dan diberi kemaskini kecil pada tahun 2021. Dengan usia yang mencecah 4 tahun, model facelift buat Aruz dikira hanya menunggu masa sahaja. Lagipun, jualannya tidak lagi rancak macam dulu.

Lepas Axia D74A, Perodua mengesahkan sekurang-kurangnya satu lagi model baru - Aruz, Bezza atau Myvi 2023? 04

Myvi generasi sekarang pula dilancar pada November 2017 dan diberi kemaskini pada November 2021. Dengan usia yang menjangkau 6 tahun, model yang lebih baru buat Myvi semestinya dalam perancangan.

Berkenaan Bezza pula, sedan segmen A ini sudah berusia 7 tahun dan sekarang, ia adalah model tertua dalam barisan Perodua. Pada tahun 2020, sedan ini menerima satu kemaskini. Menariknya, terdapat khabar angin bahawa Bezza generasi baru akan tiba pada tahun 2024. Melihat kembali, Bezza diperkenalkan dua tahun selepas Axia generasi pertama dilancarkan (September 2014) iaitu pada Julai 2016.

Lepas Axia D74A, Perodua mengesahkan sekurang-kurangnya satu lagi model baru - Aruz, Bezza atau Myvi 2023? 05

Apapun, Bezza generasi baharu mungkin tidak akan diperkenalkan dalam tahun ini tetapi kalaulah Perodua nak memanjangkan lagi usia generasi sekarang, mereka perlu memperbaharui Bezza dalam tahun ini juga.

Untuk pengetahuan anda, Bezza adalah satu-satunya model Perodua berpacuan roda depan yang masih menggunakan transmisi automatik 4 kelajuan. Yang lain sudah diperbaharui dengan D-CVT.

Juga bacaD-CVT Perodua Myvi facelift 2022 – betul ke lagi baik dari transmisi 4-kelajuan automatik?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda