window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Axia D74A 2023 dilancarkan di Malaysia - Harga dari RM 38.6k, 1.0L, D-CVT, 6 beg udara

Mersita Β· Feb 14, 2023 10:45 AM

Perodua Axia D74A 2023 dilancarkan di Malaysia - Harga dari RM 38.6k, 1.0L, D-CVT, 6 beg udara 01

Perodua baru saja melancarkan Perodua Axia D74A 2023 serba baharu di Malaysia dengan empat varian dan harga bermula dari RM 38,600. Tempahan bagi hatchback segmen A Perodua terbaru ini telah pun dibuka pada awal Februari dan syarikat berkenaan berjaya mengumpul 20,100 tempahan setakat 31 Januari 2023 - 13,600 daripadanya tempahan yang ditukar dari model terdahulu.

Perodua Axia D74A 2023 dilancarkan di Malaysia - Harga dari RM 38.6k, 1.0L, D-CVT, 6 beg udara 02

Dengan pelancaran ini, empat varian Perodua Axia generasi terbaru ini dijual pada harga:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • Axia 1.0 G: RM 38,600
  • Axia 1.0 X: RM 40,000
  • Axia 1.0 SE: RM 44,000
  • Axia 1.0 AV: RM 49,500

Perodua Axia D74A 2023 dilancarkan di Malaysia - Harga dari RM 38.6k, 1.0L, D-CVT, 6 beg udara 01

Perodua merancang untuk menjual kira-kira 5,700 unit Axia setiap bulan. Bagi mencapai sasaran ini, syarikat berkenaan menyasarkan penghasilan tahunan model ini mencapai lebih 82,000 unit.

Reka bentuk luaran Axia - betul-betul baru!

Perodua Axia D74A 2023 dilancarkan di Malaysia - Harga dari RM 38.6k, 1.0L, D-CVT, 6 beg udara 02

Axia 1.0 AV

Perodua Axia D74A kini dibina di atas platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan ialah model paling kecil menggunakan platform modular ini.

Juga baca: Perodua Axia 2023: Hampir semua tempahan tertunggak untuk model 2022 ditukar kepada model D74A baharu

Perodua Axia D74A 2023 dilancarkan di Malaysia - Harga dari RM 38.6k, 1.0L, D-CVT, 6 beg udara 03

Axia spesifikasi pertengahan, 1.0X

Ia kini 115 mm lebih panjang, 45 mm lebih lebar, dan 15 mm lebih rendah berbanding model generasi terdahulu. Secara keseluruhan, dimensinya ialah 3,760 mm panjang, 1,665 mm lebar, dan 1,495 mm tinggi.

Juga baca: Pelancaran peringkat rantau untuk Axia 2023, Toyota nampak Perodua lagi penting dari Daihatsu?

Perodua Axia D74A 2023 dilancarkan di Malaysia - Harga dari RM 38.6k, 1.0L, D-CVT, 6 beg udara 04

Axia 1.0 X ialah varian paling murah yang dilengkapi lampu depan LED

Hatchback segmen A baharu ini mempunyai jarak roda 60 mm lebih panjang berbanding model terdahulu - kini 2,525 mm panjangnya. Walaupun ukurannya berbeza, Perodua mengekalkan radius pusingan hatchback ini pada 4.5 meter.

Walaupun saiznya lebih besar, Perodua Axia D74A masih lagi lebih kecil daripada Perodua Myvi.

Perodua Axia D74A 2023 dilancarkan di Malaysia - Harga dari RM 38.6k, 1.0L, D-CVT, 6 beg udara 05

Semua varian Axia D74A dibekalkan dengan rim ini

Dari segi kelengkapannya pula, semua varian Perodua Axia D74A diberi rim aloi 14 inci berwarna perak. Lampu brek LED seperti model terdahulu juga sudah berubah sepenuhnya; kini lampu breknya jenis mentol.

Perodua Axia D74A 2023 dilancarkan di Malaysia - Harga dari RM 38.6k, 1.0L, D-CVT, 6 beg udara 06

Axia 1.0 AV spesifikasi tertinggi menawarkan lampu depan LED dan DRL LED

Varian tinggi juga diberi kelengkapan seperti lampu depan LED automatik dengan fungsi 'follow-me-home', penderia parkir hadapan, 'skirt' depan dan sisi, jejaring hadapan dengan kemasan krom, dan juga 'daytime running lights' (DRL) LED.

Perodua Axia D74A 2023 dilancarkan di Malaysia - Harga dari RM 38.6k, 1.0L, D-CVT, 6 beg udara 07

Axia 1.0 G, varian terendah

Perodua Axia D74A juga ditawarkan dengan pilihan lima warna - Coral Blue (warna baru). Granite Grey, Lava Red, Glittering Silver, dan Ivory White.

Ruang dalaman Axia - Pun baru!

Perodua Axia D74A 2023 dilancarkan di Malaysia - Harga dari RM 38.6k, 1.0L, D-CVT, 6 beg udara 08

Axia 1.0 AV

Di ruang kabinnya pula, Axia serba baharu ini cukup berbeza berbanding sebelumnya. Varian rendah 1.0 X dan 1.0 G diberi kawalan iklim jenis tombol dan meter analog, bagaimanapun varian lebih tinggi tampak seperti Perodua Ativa versi mini.

Perodua Axia D74A 2023 dilancarkan di Malaysia - Harga dari RM 38.6k, 1.0L, D-CVT, 6 beg udara 09

Kawalan digital sama seperti Alza D27A, tapi tanpa punat pemanas cermin belakang

Varian tertinggi Axia, 1.0 AV, didatangkan dengan skrin infotainment 9 inci jenis terapung, stereng bersarung kulit dengan kawalan audio, dan panel meter digital sepenuhnya. Axia 1.0 AV dan 1.0 SE juga dilengkapi dengan kawalan penghawa dingin jenis digital.

Perodua Axia D74A 2023 dilancarkan di Malaysia - Harga dari RM 38.6k, 1.0L, D-CVT, 6 beg udara 10

Dan buat julung kalinya, Perodua Axia D74A kini menawarkan leher stereng berkawalan penyenget (tilt) - satu naiktaraf besar dari model terdahulu dimana sterengnya tiada pelaras. Fungsi ini ditawarkan pada Axia 1.0 X dan ke atas.

Trenkuasa - 4.29 liter/100 km tanpa hibrid

Perodua Axia D74A 2023 dilancarkan di Malaysia - Harga dari RM 38.6k, 1.0L, D-CVT, 6 beg udara 11

Walaupun 'sepupu' Axia iaitu Toyota Agya diberi enjin petrol baru 1.2 liter 'naturally aspirated' (NA) 3 silinder WA-VE, model D74A kita masih lagi setia dengan enjin lama.

Enjin Axia D74A berkod nama 1KR-VE ini juga jenis NA 3 silinder, cuma kapasitinya lebih kecil iaitu 1.0 liter.

Perodua Axia D74A 2023 dilancarkan di Malaysia - Harga dari RM 38.6k, 1.0L, D-CVT, 6 beg udara 12

Perincian baharu dalam trenkuasa ini ialah Dual-mode CVTnya, atau nama pendeknya D-CVT. Ia menggantikan kotak gear Axia lama jenis 'torque converter' 4 kelajuan dan yang baharu ini menjanjikan penjimatan minyak lebih hebat berbanding sebelumnya.

Juga baca: Pandu uji ringkas Perodua Axia baharu 2023 - ini standard baru untuk kereta asas Malaysia?

Perodua Axia D74A 2023 dilancarkan di Malaysia - Harga dari RM 38.6k, 1.0L, D-CVT, 6 beg udara 13

Disebabkan D-CVT ini, Perodua mendakwa terdapat peningkatan 8 peratus berbanding kotak gear 4 kelajuan lama. Di bawah ujian baharu iaitu Malaysian Driving Cycle (MDC) yang dirangka berdasarkan ujian kitaran UNECE R101, Perodua mendakwa Axia D74A boleh memberi penjimatan petrol sehingga 4.29 liter/100 km (23.3 km/liter).

Selain itu, Perodua juga mengatakan yang mereka telah memberikan Axia D74A laluan 'air intake' baharu, kini dengan pembinaan labirin yang menghalang air daripada disedut ke dalam 'air intake' apabila kereta dipandu meredah air banjir.

Keselamatan - 6 beg udara dalam kereta bawah RM 50k?

Perodua Axia D74A 2023 dilancarkan di Malaysia - Harga dari RM 38.6k, 1.0L, D-CVT, 6 beg udara 14

Axia 1.0 X, spesifikasi tengah

Kelengkapan keselamatan Axia juga telah pun dinaiktaraf bagi model D74A serba baharu ini. Kawalan penstabilan kini didatangkan standard bagi semua varian Axia, namun hanya varian tertinggi sahaja yang diberi sebanyak 6 beg udara.

Juga baca: Inilah sebab kenapa Perodua Axia 2023 hanya dapat ASEAN NCAP 4 bintang, bukan 5 macam Bezza

@wapcar_zamil Amacam geng, mantap tak Axia baru? #tahukahanda #fypmalaysia #carmalaysia #malaysia #perodua #peroduaaxia #axia2023 #axiabaru ♬ original sound - Zamil_WapCar.my

Tambahan pula, Axia 1.0 AV sebagai varian tertinggi juga dilengkapi ADAS Perodua Smart Drive Assist (PSDA) termasuklah Auto High Beam (AHB), Lane Departure Warning (LDW), Lane Departure Prevention (LDP), Blind Spot Monitor (BSM), dan juga Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB), Front Departure Alert (FDA), serta Pedal Misoperation Control (PMC).

Berminat? Tonton video kami untuk 'tour' ringkas Perodua Axia 2023 D74A serba baru.

Juga baca: Perodua akan melancarkan 2 lagi model baru selepas Perodua Axia D74A 2023! Apakah 2 model tersebut?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda