window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MPV Hyundai Stargazer 2022 terdedah - adik Staria yang akan bersaing dengan Alza & Veloz

Faisal Β· Jul 15, 2022 02:00 PM

MPV Hyundai Stargazer 2022 terdedah - adik Staria yang akan bersaing dengan Alza & Veloz 01

Setelah beberapa kali diintip dan diiklankan, MPV yang bakal masuk Malaysia iaitu Hyundai Stargazer 2022 telahpun terdedah melalui satu risalah jualan. Sekali pandang, ia betul-betul nampak macam adik kepada Hyundai Staria.

Melihat kepada sumber dari Indra Fathan ini, risalah itu menayangkan bahagian eksterior, interior dan ciri yang menarik. Antaranya seperti penawaran ADAS Hyundai SmartSense.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MPV Hyundai Stargazer 2022 terdedah - adik Staria yang akan bersaing dengan Alza & Veloz 01

Bercakap mengenai eksterior, bahagian bampar depan pada Stargazer nampaknya ada sentuhan lampu ala Mitsubishi Xpander.

Juga bacaHyundai Stargazer dedah siluet kabin dalaman, lebih cantik berbanding Alza, Veloz dan Xpander?

MPV Hyundai Stargazer 2022 terdedah - adik Staria yang akan bersaing dengan Alza & Veloz 02

Pada bahagian belakang pula, MPV ini memperlihatkan reka bentuk lampu yang menegak dan tulisan Stargazer yang terpampang megah di bawah bar merah yang dilihat seolah-olah boleh menyala.

MPV Hyundai Stargazer 2022 terdedah - adik Staria yang akan bersaing dengan Alza & Veloz 03

Masuk ke bahagian dalam, kabin Stargazer nampak cukup lapang. Antara elemen menarik yang dapat dilihat adalah sentuhan warna biru yang tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah trim atau lampu ambient light.

Satu lagi kalau anda perasan, ia datang dengan roda stereng sama yang diguna pada Hyundai Elantra.

MPV Hyundai Stargazer 2022 terdedah - adik Staria yang akan bersaing dengan Alza & Veloz 04

Antara ciri yang didedahkan pada risalah jualan itu termasuklah kluster digital 4.2 inci, infotainment 8 inci dan pengecas telefon tanpa wayar.

Mengenai ADAS yang kami sebutkan tadi, Stargazer nampaknya hadir dengan rangkuman ciri seperti Forward-Collision Avoidance assist (FCA), Lane Keeping Assist (LKA), blind spot assist dan RCTA.

MPV Hyundai Stargazer 2022 terdedah - adik Staria yang akan bersaing dengan Alza & Veloz 05

Setakat ini, makluman mengenai trenkuasa masih belum dikeluarkan tetapi ia dijangka menggunakan platform sama dari Kia Carens yang mana debutnya telah berlangsung pada tahun lepas iaitu di India.

Oleh kerana itu, MPV ini mungkin hadir dengan enjin 1.5L NA yang menghembuskan 115 PS dan 144 Nm tork. Kuasa pula dihantar ke roda depan.

Juga bacaKia Carens serba baharu 2022 membuat debut – kini ala SUV, Xpander, Aruz, BR-V boleh tercabar?

Jadi, apa pendapat anda? Menarik atau sebaliknya?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Kia Carens Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda