window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan nafi spekulasi jual pegangan dalam Mitsubishi

Haris ยท Nov 17, 2020 04:00 PM

Nissan nafi spekulasi jual pegangan dalam Mitsubishi 01

Baru-baru ini, terdapat khabar angin yang bertiup kencang mengenai langkah Nissan yang sedang mempertimbangkan untuk menjual pegangan dalam Mitsubishi. Nissan mempunyai pegangan sebanyak 34% dalam Mitsubishi.

Nissan nafi spekulasi jual pegangan dalam Mitsubishi 02

Dalam usaha untuk bertahan dalam industri automotif, perikatan Renault - Nissan - Mitsubishi dilakukan bagi perkongsian platform, teknologi dan juga modal. Ketiga-tiga syarikat tersebut mempunyai kepakaran tersendiri dalam pasaran masing-masing.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nissan nafi spekulasi jual pegangan dalam Mitsubishi 01

Penjualan pegangan saham Mitsubishi tersebut telah dinafikan melalui kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Nissan Motor Corporation. Dalam kenyataan tersebut, Nissan dengan jelas menerangkan bahawa “bertentangan dengan kenyataan dalam artikel, tiada rancangan untuk mengubah struktur modal dengan Mitsubishi.

Nissan nafi spekulasi jual pegangan dalam Mitsubishi 02

Seperti "Nissan NEXT", kami memahami bahawa Mitsubishi Motors sedang merancang transformasi perniagaan “Small but Beautiful” yang diumumkannya pada bulan Julai. Adalah penting bagi setiap rakan Perikatan untuk menumpukan pada kepakaran masing-masing dan memaksimumkan penggunaan aset masing-masing untuk mencapai matlamat.

Nissan nafi spekulasi jual pegangan dalam Mitsubishi 03

Prinsip asas Perikatan adalah untuk bekerjasama dalam bidang yang saling menguntungkan, untuk kejayaan jenama dan strategi pertumbuhan. Nissan bekerjasama dengan Mitsubishi Motors tidak hanya dalam membangun dan mengeluarkan kereta kecil (kei car), tetapi juga dalam pembangunan platform dan trenkuasa.”

Nissan nafi spekulasi jual pegangan dalam Mitsubishi 04

Antara hasil usahasama perikatan tersebut yang dapat dilihat adalah pengumuman Nissan Navara yang akan rebadge daripada Mitsubishi Triton manakala Mitsubishi Outlander akan dibangunkan berasaskan Nissan X-Trail.

Nissan nafi spekulasi jual pegangan dalam Mitsubishi 05

Nissan Navara terakhir dibangunkan sepenuhnya oleh Nissan

Walaubagaimanapun, kerugian yang ditanggung Nissan berjumlah RM 27 bilion memberi ruang kepada spekulasi penjualan pegangan Mitsubishi digembar-gemburkan di samping spekulasi Nissan bergabung dengan Honda.

Sumber: Nissan Global

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda