window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cadangan perikatan Honda - Nissan gagal. Ini kisah disebaliknya!

Haris · Aug 17, 2020 05:00 PM

Cadangan perikatan Honda - Nissan gagal. Ini kisah disebaliknya! 01

Baru-baru ini, Financial Times telah melaporkan bahawa terdapat perancangan untuk menyatukan Honda Motor Co dengan Nissan Motor Co. Namun begitu perikatan tersebut telah pun digugurkan sebelum sebarang perbincangan dapat dibuat.

Saranan itu dibuat kepada kesemua pengeluar utama pada akhir tahun lalu, ketika persaingan dalam sektor automotif global semakin meningkat untuk peralihan ke arah kenderaan elektrik dan kenderaan pandu sendiri (swapandu) menurut laporan Financial Times.

Cadangan perikatan Honda - Nissan gagal. Ini kisah disebaliknya! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Idea untuk menyatukan Nissan dan Honda dikatakan berasal dari penasihat kepada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe. Hal ini kerana mereka bimbang dengan keadaan perikatan Nissan - Renault yang semakin terjejas sejak penangkapan Carlos Ghosn, pengerusi perikatan tersebut.

Pegawai penasihat tersebut khuatir bahawa hubungan Nissan dengan Renault merosot lalu mengakibatkan pakatan itu tumbang dan membiarkan syarikat Jepun terdedah lapor FT lagi. Perikatan tiga hala itu juga turut melibatkan Mitsubishi Motors Corp Jepun.

Cadangan perikatan Honda - Nissan gagal. Ini kisah disebaliknya! 01

Pihak pengurusan Honda, pengeluar kenderaan kedua terbesar di Jepun, menolak idea itu atas sebab struktur permodalan Nissan - Renault yang kompleks. Nissan, pengeluar kereta ketiga terbesar di negara itu juga menentang cadangan tersebut kerana syarikat itu lebih cenderung untuk menumpukan usaha mereka dalam mengembalikan perikatan itu ke landasannya, kata laporan itu.

Cadangan tersebut sememangnya agak tidak masuk akal dan sedikit berat sebelah terhadap campur tangan kerajaan dalam perniagaan. Nasib baik, cadangan tersebut digugurkan sebelum mana-mana pihak bersetuju untuk membuat perbincangan.

Cadangan perikatan Honda - Nissan gagal. Ini kisah disebaliknya! 02

Di antara 8 jenama kereta besar di Jepun, 4 daripadanya iaitu Mazda Motor Corp., Subaru Corp., Suzuki Motor Corp. dan Daihatsu Motor Co. disatukan oleh pegangan saham secara silang dengan Toyota Motor Corp., pengeluar kereta nombor 1 di Jepun. Hal ini menjadikan hanya Honda sahaja yang berdikari tanpa sebarang bantuan perikatan.

Peningkatan permintaan untuk kereta elektrik dan perbelanjaan teknologi telah membentuk trend gabungan atau pakatan dalam kalangan pengeluar kenderaan di seluruh dunia. Contohnya, PSA Group (Peugeot) bergabung dengan Fiat Chrysler Automobiles NV dan Ford.

Sumber: Japan Times

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda