window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Navara 2021 facelift dengan rekaan baru, trak pikap terakhir dengan DNA Nissan?

Haris · Nov 5, 2020 11:00 AM

Nissan Navara 2021 facelift dengan rekaan baru, trak pikap terakhir dengan DNA Nissan? 01

Nissan Australia telah melancarkan Nissan Navara 2021. Pasaran Australia sememangnya sangat menggemari trak pikap dan kehadiran trak pikap di negara benua terkecil ini boleh menjadi titik permulaan bagi pelancaran di rantau timur.

Nissan Navara 2021 facelift dengan rekaan baru, trak pikap terakhir dengan DNA Nissan? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model prestasi bagi Nissan Navara 2021 adalah Nissan Navara Warrior yang bersaing dengan model seangkatan seperti Ford Ranger Raptor dan Toyota Hilux Rogue. Sebagai sebuah trak pikap yang gagah, ia mempunyai kapasiti mengangkat berat sehingga 1.1 tan (998 kg) pada bahagian belakang dengan tambahan tangga bagi memudahkan tugas pengangkutan.

Nissan Navara 2021 facelift dengan rekaan baru, trak pikap terakhir dengan DNA Nissan? 01

Bagi varian standard, Nissan Navara 2021 mengekalkan enjin 2.3 liter turbo berkembar diesel dengan padanan transmisi automatik 7 kelajuan. Enjin ini mampu menjana sehingga 190 PS dan 450 Nm tork.

Nissan Navara 2021 facelift dengan rekaan baru, trak pikap terakhir dengan DNA Nissan? 02

Pada bahagian luar, Nissan Navara 2021 mengenakan rekaan gril interlock hadapan serba baru, lebih seiring dengan kebanyakan trak pikap yang lain. Menggunakan lampu hadapan LED sepenuhnya, rekaan V-Motion yang selalu digunakan Nissan diubah dengan gaya baru di mana jalur krom kini mengelilingi gril hadapan berwarna hitam.

Nissan Navara 2021 facelift dengan rekaan baru, trak pikap terakhir dengan DNA Nissan? 03

Lampu kabus turut direka semula dengan bentuk yang lebih tinggi dan langsing. Bahagian tayar turut mengenakan rim hitam gelap dengan sedikit warna perak yang lebih cantik berbanding rim multispoke sebelum ini.

Nissan Navara 2021 facelift dengan rekaan baru, trak pikap terakhir dengan DNA Nissan? 04

Bahagian belakang juga menerima rekaan yang lebih kemas dengan penggunaan lampu LED. Logo Nissan dengan garisan badan dan jenama Frontier yang timbul tampak mirip dengan gaya kenderaan penumpang biasa yang menggunakan jenama tulisan timbul bagi memberikan imej yang lebih mesra pengguna.

Nissan Navara 2021 facelift dengan rekaan baru, trak pikap terakhir dengan DNA Nissan? 05

Untuk bahagian dalam, Nissan Navara 2021 menggunakan kemasan kulit. Panel meter analog dipadankan dengan skrin digital bagi memberikan informasi yang lebih jelas kepada pemandu. Skrin infotainment 8 inci hadir dengan fungsi Apple Carplay.

Nissan Navara 2021 facelift dengan rekaan baru, trak pikap terakhir dengan DNA Nissan? 06

Walaubagaimanapun, kelebihan Nissan Navara adalah pada keselesaan pemanduannya. Trak pikap ini menggunakan sistem suspensi multi link pada bahagian belakang, menjadikan ia sebuah model yang lebih versatil. Nissan Intelligent Mobility turut dilengkapi pada model ini dengan fungsi seperti kamera 360 darjah, Amaran dan Pengawasan Titik Buta.

Nissan Navara 2021 facelift dengan rekaan baru, trak pikap terakhir dengan DNA Nissan? 07

Nissan Navara facelift ini berkemungkinan besar akan hadir di Malaysia pada tahun 2022. Trak pikap daripada Nissan ini terkenal dengan tawaran harga yang rendah dengan nilai yang berbaloi. 

Nissan Navara 2021 facelift dengan rekaan baru, trak pikap terakhir dengan DNA Nissan? 08

Ini mungkin akan menjadi Nissan Navara terakhir dengan DNA Nissan kerana ura-ura mengatakan bahawa Mitsubishi akan mengambil alih pembangunan trak pikap untuk pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi. Adakah ia akan menjadi sebuah model yang disambut baik atau tunggu sahaja Navara yang berasaskan Mitsubishi Triton?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Nissan Navara 2.5 V Black Edition

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda