window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Intipan: Nissan Navara NP300 facelift selepas 6 tahun, bakal dilancarkan pada 2021?

Zamil Syaheer · Jul 6, 2020 02:30 PM

Intipan: Nissan Navara NP300 facelift selepas 6 tahun, bakal dilancarkan pada 2021? 01

Imej dari: Motorpassion Mexico

Trak pikap popular iaitu Nissan Navara NP300 bakal menerima suntikan imej baharu selepas 6 tahun bagi kekal kompetitif di dalam segmennya. Imej yang tular diatas menampakkan NP300 sedang diuji di Mexico.

Model facelift ini adalah salah satu daripada 12 model baharu yang akan dikeluarkan oleh Nissan, termasuk lah model Z sportscar terbaharu (lihat video disini).

Intipan: Nissan Navara NP300 facelift selepas 6 tahun, bakal dilancarkan pada 2021? 01

Imej dari: Motorpassion Mexico

Walaupun ia penuh dengan pelekat penyamaran, anda boleh lihat siluet asalnya dikekalkan dan hanya reka bentuk gril serta lampu depan baru (dengan rekaan DRL berbentuk bumerang) akan ditukar. Kemas kini baharu ini bakal membuatkan Navara 2021 ini lebih dekat dengan reka bentuk keluarga Nissan iaitu ‘V-Motion’.

Intipan: Nissan Navara NP300 facelift selepas 6 tahun, bakal dilancarkan pada 2021? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tren kuasa pula mungkin akan kekal sama seperti sediakala dengan enjin 2.5 liter turbodiesel menghasilkan 190 PS dan 450 Nm tork yang dipacu oleh transmisi 7-kelajuan. Walaupun NP300 bukan lagi peneraju kelasnya dari segi kuasa kuda, angka tersebut kekal kompetitif dalam segmennya.

Intipan: Nissan Navara NP300 facelift selepas 6 tahun, bakal dilancarkan pada 2021? 01

Imej dari: autoindustriya.com

Navara NP300 facelift ini mungkin akan dilancarkan secara global pada hujung tahun ini atau awal 2021. Adakah anda peminat setia Navara atau anda lebih sukakan Toyota Hilux, Ford Ranger, atau Mitsubishi Triton?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Nissan Navara 2.5 V Black Edition

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda