window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Serena 2022 serba baru - enjin e-Power sahaja, S-Hybrid bakal digugurkan?

Faisal · May 4, 2021 09:00 AM

Nissan Serena 2022 serba baru - enjin e-Power sahaja, S-Hybrid bakal digugurkan? 01

Nissan Serena C27 generasi sekarang diperkenalkan di Jepun pada Julai 2016. Pada Mei 2018, varian CKD untuk Nissan Serena S-Hybrid dilancarkan di Malaysia yang mana ia dipasang di Tan Chong Motor Assemblies di Segambut.

Setelah 5 tahun di pasaran global, pengganti Serena C27 pasti ditunggu oleh ramai. Untuk maklumat anda, pelancaran Nissan Serena 2022 serba baru dijangka pada tahun hadapan. Model ini juga mungkin dipertontonkan seawal Oktober tahun ini.

Nissan Serena 2022 serba baru - enjin e-Power sahaja, S-Hybrid bakal digugurkan? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut beberapa laporan dari media Jepun, Nissan Serena generasi seterusnya bakal hadir dengan trenkuasa e-Power sahaja.

Dalam erti kata lain, varian S-Hybrid yang ada sekarang tidak akan beransur.

Juga bacaNissan Serena 2021 generasi baru bakal debut Oktober ini? Depan macam Elgrand!

Nissan Serena 2022 serba baru - enjin e-Power sahaja, S-Hybrid bakal digugurkan? 01

Untuk pengetahuan anda, e-Power adalah sistem hibrid penuh milik Nissan. Tidak seperti Honda mahupun Toyota yang menggunakan hibrid penuh jenis parallel, e-Power sebenarnya menggunakan jenis series yang mana enjin tidak digunakan untuk memandu roda. Secara teknikal, ia lebih kepada penjana untuk mengecas bateri hibrid yang bervoltan tinggi.

Nissan Serena 2022 serba baru - enjin e-Power sahaja, S-Hybrid bakal digugurkan? 02

Dalam istilah lain, e-Power diibarat seperti sebuah kenderaan elektrik tetapi dengan penjana sendiri. Menurut Nissan, sistem hibrid series ini lebih murah dan menawarkan penjimatan minyak yang hebat. Secara tidak langsung, enjin tersebut lebih kompak, Malah, kos dan berat juga dapat dikurangkan. Tambahan pula, kereta boleh dipandu oleh kuasa elektrik sepenuhnya. Memandang enjinnya tidak perlu menggerakkan roda, ia boleh beroperasi dengan jauh lebih efisien.

Nissan Serena 2022 serba baru - enjin e-Power sahaja, S-Hybrid bakal digugurkan? 03

Kalau anda nak tahu, e-Power sebenarnya sudah beransur sejak Mac 2018 lagi, iaitu pada Serena C27 facelift.

Di Jepun, Nissan Serena generasi sekarang ditawarkan dengan pilihan trenkuasa:

  • Enjin HR12DE 1.2L 3 silinder e-Power hibrid siri + motor EM57
  • Enjin MR20DD 2.0L 4 silinder S-Hybrid sederhana + motor SM24 (di pasaran kita)

Nissan Serena 2022 serba baru - enjin e-Power sahaja, S-Hybrid bakal digugurkan? 04

Untuk Singapura dan Hong Kong, Nissan Serena C27 hanya ditawarkan dengan trenkuasa e-Power sahaja.

Pasaran Indonesia pula hadir dengan enjin M20DD seperti di Malaysia tetapi tanpa motor S-Hybrid SM24.

Nissan Serena 2022 serba baru - enjin e-Power sahaja, S-Hybrid bakal digugurkan? 05

Kesemua enjin dipadankan dengan transmisi CVT.

Nissan Serena C27 e-Power yang ada sekarang menghasilkan 136 PS dan 320 Nm tork. Motor EM57 menjana sebanyak 95 PS. Enjin 1.2 HR12DE 1.2L 3 silinder pula menghembuskan 84 PS dan 103 Nm tork. Tetapi perlu dimaklumkan bahawa output keseluruhan untuk trenkuasa hibrid tidak dikira secara campuran.

Nissan Serena 2022 serba baru - enjin e-Power sahaja, S-Hybrid bakal digugurkan? 06

e-Power.

Menariknya, Serena S-Hybrid (150 PS, 200 Nm tork) sebenarnya lebih berkuasa daripada e-Power tetapi jumlah torknya lebih rendah.

Apa yang penting ialah kadar penggunaan minyak (standard WLTC) yang mana varian e-Power mampu capai serendah 5.6 liter/100 km, berbanding 7.6 liter/100 km untuk varian S-Hybrid. Perbezaan ini agak ketara di Jepun yang mana pemilik menggunakan petrol RON 90 yang berharga RM 5.60/liter.

Nissan Serena 2022 serba baru - enjin e-Power sahaja, S-Hybrid bakal digugurkan? 07

Apapun, Nissan Serena varian e-Power berharga 20% lebih mahal daripada S-Hybrid.

Setakat ini, masih belum dapat dipastikan sama ada Nissan Serena serba baru nanti akan kekal dalam barisan model Edaran Tan Chong Motor. Hal ini sering dijadikan persoalan kerana MPV ini ada sejarah yang tidak menentu di Malaysia.

Nissan Serena 2022 serba baru - enjin e-Power sahaja, S-Hybrid bakal digugurkan? 08

Pintu gelangsar lebih sesuai untuk kegunaan keluarga.

Walau bagaimanapun, kami berharap agar Nissan Serena kekal di pasaran Malaysia kerana ia adalah kereta keluarga yang paling praktikal.

Juga bacaRebiu: Nissan Serena MPV yang bagus, tapi ada pilihan lain yang lebih baik

Nissan Serena 2022 serba baru - enjin e-Power sahaja, S-Hybrid bakal digugurkan? 09

Kenapa SUV/MPV lain tiada pintu but belakang sebegini?

Untuk mereka yang mementingkan praktikaliti, kebolehan yang ada pada Nissan Serena sebenarnya sukar untuk ditandingi. Antaranya seperti ciri pintu gelangsar berkuasa dengan bukaan yang cukup besar. Malah, MPV ini tidak terlalu tinggi untuk dinaik turun oleh kanak-kanak dan orang tua. Di samping itu, pintu but belakang yang boleh dibuka secara asing juga adalah antara keajaiban Nissan Serena sehinggakan kami terfikir mengapa kereta lain tiada ciri sebegini?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Nissan Serena S-Hybrid Highway Star

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda