window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Serena C27 facelift 2022 akan dilancar di Malaysia pada Julai - anggaran RM 150k, AEB, BSM, RCTA

Faisal · Jun 13, 2022 05:17 PM

Nissan Serena C27 facelift 2022 akan dilancar di Malaysia pada Julai - anggaran RM 150k, AEB, BSM, RCTA 01

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) sebentar tadi baru mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan Nissan Serena S-Hybrid facelift 2022 ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Tempahan juga telah dibuka dengan bayaran minimum RM 1,000.

Setakat ini, ETCM hanya mendedahkan anggaran harga dan ia bermula di bawah RM 150,000 untuk varian asas dan RM 165,000 untuk varian Premium.

Seperti sebelum ini, kesemua model Serena yang dijual di Malaysia datang dengan trim Highway Star.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nissan Serena C27 facelift 2022 akan dilancar di Malaysia pada Julai - anggaran RM 150k, AEB, BSM, RCTA 01

Penyerahan hak milik pula akan bermula pada bulan Julai. Secara tidak langsung, pemilik MPV ini tidak dapat menikmati harga termasuk insentif diskaun SST (jikalau tiada lanjutan dari kerajaan).

Nissan Serena C27 facelift 2022 akan dilancar di Malaysia pada Julai - anggaran RM 150k, AEB, BSM, RCTA 02

Tawaran untuk penempah awal

Apapun, sesiapa yang membuat tempahan sekarang akan menerima pakej penyelenggaraan percuma selama 5 tahun (termasuk alat ganti & upah). Tawaran ini akan diberi untuk servis 10,000 km, 30,000 km, 50,000 km, 70,000 dan 90,000 km.

Secara teknikal, Nissan Serena S-Hybrid facelift kekal dengan enjin 2.0L NA dan transmisi CVT. Bagi anda yang belum tahu, Nissan memanggil enjin ini sebagai S-Hybrid tetapi ia sebenarnya hanya motor penghidup yang dinaik taraf. Fungsi hibrid atau mod elektrik sebenarnya tidak ada.

Nissan Serena C27 facelift 2022 akan dilancar di Malaysia pada Julai - anggaran RM 150k, AEB, BSM, RCTA 03

Model di pasaran Jepun.

Kini dengan ADAS yang lebih menyeluruh

Nissan Serena S-Hybrid 2022 juga bakal hadir dengan ADAS lebih mantap yang mana ia merangkumi ciri:

  • Intelligent Predictive Forward Collision Warning
  • Intelligent Forward Collision Braking
  • Lane Departure Warning
  • Blind Spot Warning
  • Rear Cross Traffic Alert
  • Kamera 360-darjah Around View Monitor

Sama seperti dahulu, 6 beg udara, ABS dan kawalan kestabilan akan dilengkapkan sebagai standard.

Maklumat selebihnya pula akan dikongsi menjelang pelancaran pada Julai 2022 nanti.

Juga bacaReview Pemilik: Nissan Serena S-Hybrid 2013 - MPV keluarga serba boleh, selesa, jimat minyak!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Nissan Serena S-Hybrid Highway Star

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda