window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pandu uji Honda BR-V generasi baru di Indonesia, lebih baik daripada Avanza dan Xpander?

Haris ยท Feb 18, 2022 06:00 PM

Pandu uji Honda BR-V generasi baru di Indonesia, lebih baik daripada Avanza dan Xpander? 01

Umum mengetahui Honda BR-V generasi kedua telah melakukan penampilan pertama di Indonesia dan masih belum dilancarkan di mana-mana pasaran lain di dunia setakat ini. Oleh yang demikian, rakan sekerja kami di Autofun.co.id baru-baru ini telah diberi peluang untuk memandu Honda BR-V 2022 serba baharu ini, khususnya varian paling atas iaitu BR-V Prestige CVT yang dipenuhi dengan ciri terbaik, termasuk Honda Sensing.

Sementelahan itu, apa kata kita lihat sedikit video rebiu yang dimuat naik oleh rakan sekerja kami di Indonesia mengenai Honda BR-V generasi baharu 2022 ini. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai rujukan, Honda BR-V adalah produk hasil daripada pejabat Honda R&D Asia Pacific dan telah dilancarkan pada September 2021. Ia membawa bersama reka bentuk luaran yang diperbaharui, kabin dalam yang dikemas kini dan penambahbaikan yang penting untuk aspek keselamatan.

Baca: Honda BR-V generasi baru 2022 didedahkan - 1.5 liter i-VTEC, harga dari RM 73k!

Pandu uji Honda BR-V generasi baru di Indonesia, lebih baik daripada Avanza dan Xpander? 01

Honda BR-V serba baharu ialah model terkini yang menerima enjin DOHC baharu Honda, menggantikan unit SOHC yang berkhidmat lama serta telah menjana model generasi pertama.

Enjin 1.5 liter aspirasi semula jadi DOHC petrol ini turut ditampilkan dalam Honda City generasi sekarang - menghasilkan 121 PS dan 145 Nm.

Pandu uji Honda BR-V generasi baru di Indonesia, lebih baik daripada Avanza dan Xpander? 02

Ia boleh dipadankan sama ada dengan transmisi CVT atau manual, tetapi kita boleh menjangkakan bahawa transmisi CVT adalah spesifikasi yang akan ditawarkan di Malaysia.

Baca: Honda BR-V generasi baharu dah mula pengeluaran, pintas Avanza yang masih sepi

Pandu uji Honda BR-V generasi baru di Indonesia, lebih baik daripada Avanza dan Xpander? 03

Di samping itu, Honda BR-V juga boleh didapati dengan 6 beg udara, peningkatan terbesar berbanding 2 beg udara kecil model terdahulu.

Honda BR-V 2022 serba baharu juga akhirnya mendapat ciri Honda Sensing, yang merangkumi ciri berikut:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Collision Mitigation Brake System (CMBS)
  • Auto High Beam (AHB)
  • Lead Car Departure Notification (LCDN) 

LCDN ialah ciri tambahan terbaharu kepada suite Honda Sensing yang turut dilengkapi pada model Honda Civic FE 2022.

Baca: Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz?

Pandu uji Honda BR-V generasi baru di Indonesia, lebih baik daripada Avanza dan Xpander? 04

Toyota Avanza 2022 dilancarkan di Indonesia selepas BR-V

Untuk rangkuman, rebiu Autofun Indonesia memberitahu bahawa kelebihan Honda BR-V serba baharu ini adalah pada enjinnya yang sangat berkuasa, sehingga mampu memberikan pemanduan yang mudah dan paling lancar dalam kelasnya. Selain itu, talaan suspensi juga lebih baik berbanding Avanza, setanding Xpander.

Ada satu kekurangan terbesarnya dan ini mungkin akan diperbetulkan untuk model pasaran Malaysia yang lebih sensitif deria tersebut. Nak tahu apa? Rujuk video rebiu di atas!

Baca: Honda BR-V vs Toyota Avanza: Generasi baru dah tiba, yang mana patut jadi pilihan anda? 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda