window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan: Honda Civic FB serendah RM 65k, ini kebaikan memilih model Civic yang kurang perhatian!

Haris · Oct 31, 2021 08:00 PM

Panduan: Honda Civic FB serendah RM 65k, ini kebaikan memilih model Civic yang kurang perhatian! 01

Honda Civic FB generasi ke-9 adalah model pertengahan (antara model FD dan FC) yang kurang perhatian berbanding generasi Civic FD dan Civic FC yang jauh lebih popular.

Sudah tentu Honda Civic FD dan FC, mempunyai pengikut yang lebih ramai memandangkan kedua-duanya memperkenalkan peningkatan yang lebih signifiakan dari segi reka bentuk, kelengkapan dan teknologi trenkuasa.

Panduan: Honda Civic FB serendah RM 65k, ini kebaikan memilih model Civic yang kurang perhatian! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun penambahbaikan pada Civic FB ini kurang menerima perhatian dengan reka bentuknya yang lebih elegan, bukannya sporty - membuatkan ramai yang terlupa bahawa Honda Civic FB adalah salah satu generasi Civic yang paling elegan, lengkap, dan praktikal berbanding semua generasi Civic yang ada.

Malah, lebih kurang dikenali adalah apa disebalik rekaan luaran tersebut - Honda Civic FB juga lebih murah dan lebih mudah dijaga berbanding model-model yang ada sebelum dan sesudahnya, memandangkan kejuruteraan ringkas yang kekal utuh.

Baca: Panduan Honda Civic FD terpakai - serendah RM 40k, best ke kereta orang lenjan?

Varian Honda Civic FB yang ditawarkan di Malaysia

Panduan: Honda Civic FB serendah RM 65k, ini kebaikan memilih model Civic yang kurang perhatian! 01

Honda Civic FB pertama kali diperkenalkan di Malaysia dalam empat varian merentasi 3 pilihan kuasa. Seperti Honda Civic FD yang datang sebelum itu, Honda Civic FB dilancarkan dengan enjin 1.8 liter NA, 2.0 liter NA dan 1.5 liter hibrid.

Panduan: Honda Civic FB serendah RM 65k, ini kebaikan memilih model Civic yang kurang perhatian! 02

Harga Honda Civic FB ketika pelancaran adalah seperti berikut:

  • Civic 1.8S: RM 116k
  • Civic 2.0S: RM 132k
  • Civic 2.0S Navi: RM 137k (infotainment skrin sesentuh dan kamera belakang)
  • Civic 1.5 Hybrid: RM 120k

Panduan: Honda Civic FB serendah RM 65k, ini kebaikan memilih model Civic yang kurang perhatian! 03

Sistem navigasi Honda Civic 2.0S

Enjin lagenda 2.0 liter DOHC pada Honda Civic FD tidak diteruskan di sini, digantikan dengan enjin 1.8 liter dan 2.0 liter SOHC daripada kod R. 

Enjin 1.8 liter R18 menghasilkan 141 PS dan 174 Nm, manakala 2.0 liter R20 menghasilkan 155 PS dan tork puncak 190 Nm.

Kedua-duanya menyalurkan kuasa ke roda hadapan menggunakan transmisi automatik 5-kelajuan

Panduan: Honda Civic FB serendah RM 65k, ini kebaikan memilih model Civic yang kurang perhatian! 04

Ramai yang kecewa dengan pengguguran enjin K20

Bagi Honda Civic FB Hibrid, ia dikuasakan oleh enjin 1.5 liter yang dibantu oleh sistem hibrid ringan IMA untuk jumlah kuasa 110 PS dan 172 Nm.

Pada bahagian casis – Honda Civic FB menampilkan topang MacPherson untuk bahagian hadapan dan gantungan multilink pautan bebas pada bahagian belakang. Kuasa brek disediakan oleh cakera berventilasi untuk hadapan dan cakera pejal untuk gandar belakang.

Panduan: Honda Civic FB serendah RM 65k, ini kebaikan memilih model Civic yang kurang perhatian! 05

Honda Civic FB 1.8S dengan rim 16-inci

Varian 1.8S menampilkan rim 16-inci, dibalut dengan tayar 205/55 R16. Varian 2.0S pula memggunakan rim 17-inci dengan tayar R5 215/45.

Memandangkan jangka hayat Civic FB yang agak singkat (bertahan sekitar empat tahun sahaja), Honda Malaysia memperkenalkan Civic FB facelift pada tahun 2014. Perubahan estetik facelift ini adalah minuskul – terhad kepada tawaran warna baharu dan gril hadapan yang digayakan semula dan saluran udara tengah.

Panduan: Honda Civic FB serendah RM 65k, ini kebaikan memilih model Civic yang kurang perhatian! 06

Walau bagaimanapun, perubahan terbesar ialah semua kelengkapan yang dipertingkatkan ditawarkan pada harga yang lebih rendah.

Varian 1.8S memperoleh kemasukan dan suis penghidup tanpa kunci, kawalan jelajah dan lampu depan automatik serta penurunan harga RM 2k (RM 114k dari RM 116k).

Varian 2.0S pula menambah lampu depan automatik, tambahan 2 beg udara tirai dengan jumlah keseluruhan 6 beg udara, berharga RM 6k kurang (RM 126k berbanding RM 132k sebelumnya).

Panduan: Honda Civic FB serendah RM 65k, ini kebaikan memilih model Civic yang kurang perhatian! 07

Varian 2.0S Navi juga menerima skrin sesentuh 7-inci yang lebih besar dengan fungsi Mirrorlink pada harga RM 4k kurang daripada pra-facelift (RM 133k).

Sebagai ringkasan, artikel ini akan menumpukan pada varian 1.8S dan 2.0S yang lebih popular, dan bukan varian Honda Civic Hibrid.

Varian mana yang lebih berbaloi?

Panduan: Honda Civic FB serendah RM 65k, ini kebaikan memilih model Civic yang kurang perhatian! 08

Honda Civic FB 1.8S

Memandangkan kedua-dua Honda Civic FB 1.8S dan 2.0S dikuasakan oleh keluarga enjin yang sama, kebolehpercayaan dan kos operasinya tak banyak berbeza.

Sama seperti Honda Civic FD, model Civic FB 1.8S yang kurang berkuasa menawarkan penjimatan bahan api yang lebih baik justeru lebih sesuai untuk pemilik yang rata-ratanya memandu di bandar.

Panduan: Honda Civic FB serendah RM 65k, ini kebaikan memilih model Civic yang kurang perhatian! 09

Bagi varian 2.0S, ia lebih memihak kepada peminat dan pemandu jarak jauh yang mampu memanfaatkan enjinnya yang lebih tork.

Berikut adalah senarai pendek kos pemilikan asas antara kedua-dua model.

Kos pemilikan asas Honda Civic FD
Varian 1.8S 2.0S
Cukai Jalan (RM) 280 380
Saiz Tayar 205/55 R16 215/45 R17
Tayar/biji (RM) 240 280
Bateri (NS60L) 250

Harga pasaran terpakai Honda Civic FB?

Panduan: Honda Civic FB serendah RM 65k, ini kebaikan memilih model Civic yang kurang perhatian! 10

Harga untuk unit pra-facelift 2012 – 2013 bagi rangkaian Civic FB bermula dari RM 40k untuk varian 1.8S sehingga RM 60k untuk varian 2.0S Navi bergantung pada keadaan dan jarak tempuh.

Unit facelift 2014 – 2015 pula bermula pada RM 44k untuk unit 1.8S termurah sehingga RM 65k untuk unit Navi 2.0S hujung tahun 2015.

Panduan: Honda Civic FB serendah RM 65k, ini kebaikan memilih model Civic yang kurang perhatian! 11

Walaupun kurang populariti jika dibandingkan dengan generasi Honda Civic FD dan Civic FC, Honda Civic FB tetap mengekalkan sehingga 50% nilai asalnya – justeru nilai jualan semula ini adalah setanding dengan model popular lain daripada Honda.

Jika dilihat dari sudut lain mengenai sebab untuk membeli Civic FB, berbanding Civic FD atau FC, adalah peluang yang lebih baik untuk mendapatkan unit yang tidak diubah dan asli. 2 aspek ini adalah ciri terbaik untuk diperhatikan jika anda mencari kenderaan terpakai.

Panduan: Honda Civic FB serendah RM 65k, ini kebaikan memilih model Civic yang kurang perhatian! 12

Seperti biasa, sejarah servis yang komprehensif membantu anda untuk merancang dan melaksanakan penyelenggaraan seterusnya dengan betul.

Panduan: Honda Civic FB serendah RM 65k, ini kebaikan memilih model Civic yang kurang perhatian! 13

Ketika artikel ini ditulis, terdapat dua unit Honda Civic FB yang diperakui oleh Carsome untuk dijual.

Semua kenderaan Carsome Certified dilengkapi dengan 'Carsome Promise' yang merangkumi pemeriksaan 175 titik, penyesuaian semula kenderaan secara profesional, harga tetap tanpa kos tersembunyi.

Sekiranya anda tidak berpuas hati, jualan Carsome merangkumi jaminan wang dikembalikan 5 hari dengan jaminan 1 tahun.

Masalah biasa Honda Civic FB?

Panduan: Honda Civic FB serendah RM 65k, ini kebaikan memilih model Civic yang kurang perhatian! 14

Honda Civic FB masih lagi sebuah kenderaan yang boleh dipercayai untuk tahun-tahun mendatang.

Kedua-dua enjin R18 dan R20 adalah enjin yang terbukti akan mencatatkan ratusan ribu kilometer dengan penyelenggaraan yang teliti dan tepat pada masanya.

Panduan: Honda Civic FB serendah RM 65k, ini kebaikan memilih model Civic yang kurang perhatian! 15

Begitu juga transmisi automatik 5-kelajuan yang juga menawarkan kebolehpercayaan yang luar biasa dan kos penyelenggaraan yang sangat berpatutan.

Berikut ialah jadual ringkas jadual penyelenggaraan asas Honda Civic FB:

Jadual penyelenggaraan asas Honda Civic FB 
Servis / Sela  Barang Kos (RM)
Minyak enjin / 10k km Minyak enjin, penapis dan palam pembersihan minyak 300
Penapis udara / 20k km Penapis udara enjin 100 
Penuras kabin / 20k km Penapis habuk dan debunga  210
Penapis minyak / 80k km Penapis minyak dengan pemegang 400
Brek / 60k km Cecair brek 50
Kotak gear / 60k km Minyak ATF dan penapis 150
Cecair Penyejuk / 100k km Cecair Penyejuk 150
Palam pencucuh / 100k km Palam pencucuh 450 (Iridium)

Penyelenggaraan Honda Civic FB adalah setanding Honda Civic FD yang lebih lama. Sela penyelenggaraan juga tersebar lebih lama justeru menjimatkan beberapa komponen tertentu (misalnya palam pencucuh dan penapis minyak). Kos komponen juga secara amnya lebih rendah daripada Honda Civic FD.

Peningkatan kelengkapan yang signifikan pada Honda Civic FB adalah pemasangan sistem Electric Power Steering (EPS) untuk kedua-dua varian. Hal ini kerana, ia jauh lebih baik berbanding sistem stereng hidraulik yang mudah bocor pada Honda Civic FD (1.8S), menelan kos tinggi untuk diperbaiki.

Panduan: Honda Civic FB serendah RM 65k, ini kebaikan memilih model Civic yang kurang perhatian! 16

Selain daripada penyelenggaraan rutin, terdapat beberapa masalah umum yang harus diperhatikan oleh pembeli berminat.

Masalah biasa Honda Civic FD
Komponen Simptom Kos
(RM)
Fan belt tensioner Bunyi 'meraung' 550
Lower arm depan  Peningkatan gegaran / penyerap kejutan 750 (original)
Mounting enjin Gegaran enjin makin terasa 600 (complete kit)
Kebocoran enjin Penutup sesondol (cam) / solenoid i-VTEC  100 / 400

Selain kebocoran minyak kecil dari penutup sesondol dan solenoid i-VTEC, terdapat juga kes kebocoran aci engkol (crankshaft) dan penutup aci sesondol (camshaft seal), dan kebanyakannya disebabkan oleh penyelenggaraan yang tidak teratur dan/atau menggunakan minyak enjin berkualiti rendah.

Senario terburuk ialah kebocoran pada pengedap bearing utama enjin (antara enjin dan kotak gear), tetapi ini adalah kes yang sangat jarang berlaku, disebabkan oleh sebab sama yang dinyatakan di atas.

Panduan: Honda Civic FB serendah RM 65k, ini kebaikan memilih model Civic yang kurang perhatian! 17

Enjin R18 dan R20 juga keluarga enjin yang dipercayai 

Anggarkaan bajet sekitar RM1,400 sekiranya berlaku kebocoran enjin seperti yang dinyatakan kerana enjin dan kotak gear perlu dikeluarkan untuk dibaiki.

Konklusi

Honda Civic FB seharusnya berada di kedudukan tertinggi dalam senarai model bagi mereka yang sedang mencari sedan segmen-C yang selesa dan praktikal. Malah, ia juga boleh dipercayai dan akan bertahan dalam jangka masa yang lama dengan penyelenggaraan dan penjagaan yang setimpal.

Panduan: Honda Civic FB serendah RM 65k, ini kebaikan memilih model Civic yang kurang perhatian! 18

Jika anda mampu melihat disebalik rekaan luaran - Honda Civic FB memperkenalkan peningkatan yang 'tersembunyi' seperti mengurangkan kos penyelenggaraan dan menangani banyak kerosakan Civic FD. Aspek ini tidak segah peningkatan kuasa enjin, pemanduan yang lebih sedap dan sebagainya justeri ia sering diabaikan apabila melihat kepada Honda Civic FB.

Boleh dikatakan, mungkin Honda Civic FB bukanlah sebuah sedan tipikal untuk peminat Honda atau Civic, menjadikannya kereta yang lebih baik untuk dibeli terpakai secara keseluruhan.

Panduan: Honda Civic FB serendah RM 65k, ini kebaikan memilih model Civic yang kurang perhatian! 19

Untuk ketenangan fikiran, apa kata bawa Honda Civic FB ke GoCar Garage. Dikendalikan oleh kumpulan Tan Chong dan berpusat di Petaling Jaya, GoCar Garage menawarkan pengalaman servis tahap pengeluar tetapi terbuka untuk semua jenama dan model.

Baca: Honda Civic FD, model Civic terhebat dalam sejarah Honda?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda