window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan Honda Civic FD terpakai - serendah RM 40k, best ke kereta orang lenjan?

Haris · Jun 20, 2021 08:00 PM

Panduan Honda Civic FD terpakai - serendah RM 40k, best ke kereta orang lenjan? 01

Lagenda, purist JDM, ikonik dan macam-macam lagi pujian yang dihamburkan kepada Honda Civic FD. Tak perlu diperkenalkan lagi, Honda Civic FD pastinya menjadi buruan di pasaran terpakai. Kalau bukan sekarang, mungkin tak lama lagi atau akan datang?

Panduan Honda Civic FD terpakai - serendah RM 40k, best ke kereta orang lenjan? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lagi pula dengan kebangkitan harga Honda Civic generasi EK yang sama mengarut, ini mungkin masanya untuk bertanya; adakah anda patut membeli kereta sport sedan digemari ramai?

Generasi Honda Civic FD

Panduan Honda Civic FD terpakai - serendah RM 40k, best ke kereta orang lenjan? 01

Pertama kali dilancarkan pada tahun 2006, Honda Civic FD merupakan keseinambungan daripada Honda Civic ES / generasi ke-7 / Ferio. Ia merupakan suatu anjakan paradigma jika dibandingkan dengan Honda Civic Ferio, malah Corolla Altis dan Mazda 3 ketika itu juga jauh berbeza dari segi rekaan.

Panduan Honda Civic FD terpakai - serendah RM 40k, best ke kereta orang lenjan? 02

Honda Civic ES

Ditawarkan dalam 2 pilihan enjin iaitu 1.8S dan 2.0S, tak banyak perbezaan ketara antara keduanya - hanya berbalik kepada pilihan pembeli. Selain itu, perbezaan Honda Civic 1.8S adalah stereng kuasa hidraulik manakala Honda Civic 2.0S menggunakan stereng kuasa elektronik.

Panduan Honda Civic FD terpakai - serendah RM 40k, best ke kereta orang lenjan? 03

Model facelift - lihat rekaan perumah lampu kabus

Pada tahun 2009, Honda Civic FD telah menerima facelift tanpa sebarang perubahan ketara. Hal ini disebabkan Civic FD pra-facelift direka terlalu mendahului zaman, tak banyak yang boleh ditingkatkan lagi. Susulan daripada itu, varian baharu 1.8S-L pula telah diperkenalkan pada tahun 2010.

Panduan Honda Civic FD terpakai - serendah RM 40k, best ke kereta orang lenjan? 04

Honda Civic FD2 Type R

Sebagai sisipan, Honda Civic FD2 Type R telah menjengah ke Malaysia sekitar tahun 2007. Hanya Jepun dan Malaysia sahaja negara di dunia yang menjual model ini secara rasmi lalu menguatkan lagi kumpulan peminat Honda Civic di Malaysia. Kesannya? Hari ini Honda Civic menyingkirkan pesaing segmen C lain kepada unit CBU atau keluar terus dari Malaysia.

Masalah Honda Civic FD

Panduan Honda Civic FD terpakai - serendah RM 40k, best ke kereta orang lenjan? 05

Antara bengkel pakar Honda Civic FD adalah FM Auto Garage, di mana pemilik/pomen merupakan bekas pensyarah dalam bidang automotif, encik Faizal Mansor.

Beliau ada menerangkan beberapa masalah mengenai Honda Civic FD menurut pandangan beliau malah terdapat juga beberapa pemilik yang turut menyumbang dan mengesahkan masalah berikut:

Panduan Honda Civic FD terpakai - serendah RM 40k, best ke kereta orang lenjan? 06

Masalah Kos baik pulih
Bearing tayar karat atau pecah - simptom bunyi bising, berdengung RM 240
Tensioner berbunyi atau patah. Selalu terjadi pada model awal sekitar 2006-2007 - disarankan tukar pada jarak perbatuan 100,000 km RM 520
Pautan (mounting) enjin RM 640
Valve cover gasket enjin bocor - dapat tengok kebocoran minyak petrol pada enjin RM 380

*harga anggaran

Jika anda mempunyai sebarang pengalaman, sila letakkan di bahagian komen untuk rujukan.

Panduan penyelenggaraan Honda Civic FD untuk 100,000 km

Panduan Honda Civic FD terpakai - serendah RM 40k, best ke kereta orang lenjan? 07

Selain itu, berikut adalah panduan penyelenggaraan Honda Civic FD untuk major servis 100,000 km

Komponen Kos 
Seal gasket head (original)

enjin 1.8 - RM 380

enjin 2.0 - RM 450

Tensioner + Belt (original) RM 520
Flush power steering fluid 5 liter RM 150
Penapis minyak (Fuel Filter) RM 350 - RM 400
Penapis udara (Air Filter) RM 75
Flushing brake fluid RM 60 / liter
Spark plug (Laser iridium) RM 250 - RM 350 / 4 biji
Radiator cap rujuk bengkel
Power steering fluid rujuk bengkel

Panduan Honda Civic FD terpakai - serendah RM 40k, best ke kereta orang lenjan? 08

Seperti biasa, major servis diperlukan untuk kenderaan selepas mencapai jarak 100,000 km. Senarai di atas adalah sekadar panduan. FM Auto Garage juga ada berkongsi panduan ini dengan lebih mendalam, rujuk di sini.

Kesimpulan

Panduan Honda Civic FD terpakai - serendah RM 40k, best ke kereta orang lenjan? 09

Terdapat 2 pecahan paradigma di sini. Anda boleh menemui Honda Civic FD yang dijaga dengan baik kerana pemilik asal adalah peminat kereta, anda juga boleh menemui Honda Civic FD yang barai kerana pemilik asal adalah ‘peminat’ kereta. Jika anda tahu barang modifikasi kereta apa yang dipasang, apa salahnya? Kedua-duanya adalah risiko dan kelebihan untuk model JDM seperti ini.

Panduan Honda Civic FD terpakai - serendah RM 40k, best ke kereta orang lenjan? 10

Nak mencari model dengan jarak tempuh yang rendah juga sukar, apatah lagi dengan kelengkapan standard dan stok. Jika ada, harganya pasti melambung justeru pemburu Civic FD ini kembali ke dilema asal. Nak elok, tak murah. Nak murah, tak elok?

Bacaan Lanjut:

Panduan membeli: Honda Jazz GE, hatchback premium atas 100k kini di bawah RM 50k!

Panduan kereta terpakai - Macam mana nak periksa saman kereta?

Panduan: Honda Accord G9 terpakai kini serendah RM 60k, penjimatan dengan ruang yang luas?

Panduan Honda Civic FD terpakai - serendah RM 40k, best ke kereta orang lenjan? 11

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda