Toyota Estima telah ditamatkan pengeluaran oleh Toyota pada tahun 2019. Model MPV popular tersebut melalui penjualan generasi akhir yang sukar kerana dibayangi oleh model Toyota Alphard dan Toyota Vellfire yang lebih premium.
Toyota Estima telah ditamatkan pengeluaran oleh Toyota pada tahun 2019. Model MPV popular tersebut melalui penjualan generasi akhir yang sukar kerana dibayangi oleh model Toyota Alphard dan Toyota Vellfire yang lebih premium.
Walaubagaimanapun, MPV dengan pelbagai konfigurasi penumpang ini masih popular di Malaysia. Ia masih boleh dibeli oleh penjual kereta recond dan terpakai.
Toyota Estima merupakan MPV yang boleh dinaiki dengan selesa pada tempat duduk baris ketiga dengan harga yang lebih mesra poket.
Jarak kelegaan tanah yang rendah, kapasiti but yang besar (lebih besar dari Alphard dan Vellfire) dan kebolehpercayaan yang tinggi pada jenama Toyota seolah-oleh menepati citarasa rakyat Malaysia.
Terdapat banyak spesifikasi Toyota Estima untuk dibincangkan kerana model ini selalu hadir ke pasaran Malaysia dalam bentuk recond. Walaubagaimanapun secara umumnya terdapat 3 generasi Toyota Estima hadir ke pasaran sebelum ditamatkan pengeluaran.
Generasi yang akan diketengahkan di sini adalah generasi paling akhir iaitu Toyota Estima ACR50.
Toyota Estima ACR50 adalah antara model paling lama dalam pengeluaran Toyota iaitu dari tahun 2006 hingga 2019. 13 tahun dalam pasaran dengan 3 kali facelift pada tahun 2009, 2012 dan 2016.
Tambahan: Model tahun 2006 - 2016 menggunakan lampu hadapan HID manakala 2016 ke atas menggunakan lampu LED dengan lampu DRL sisi yang mengalir ke bawah.
Varian untuk Toyota Estima bolehlah mengikut panduan berikut:
Model | Varian |
Toyota Estima X | Bawah |
Toyota Estima Aeras | Pertengahan |
Toyota Estima Aeras Premium | Atas |
Kami merujuk dengan Encik Amir dari Toyota CBU Specialist, pakar membaiki dan menyelenggara Toyota Estima yang bertempat di Shah Alam dan Kajang.
Bagi Toyota Estima dengan usia kurang 5 Tahun:
- Jika penukaran Auto Filter tidak diambil berat, tak ditukar mengikut jadual servis (sebaiknya setiap 2 kali servis minyak gearbox / setiap 40,000km); kos RM500 - RM700++ bergantung kepada jenama komponen dan upah pemasangan.
- Bearing Absorber berbunyi bagi sesetengah kereta.
Bagi Toyota Estima dengan usia lebih 5 tahun:
- Balance Shaft lambat ditukar, tak mengikut jarak yg disarankan (80,000-100,000km), enjin boleh rosak; kos sekitar RM1.2k - RM1.7k bergantung pada jenis pakej.
- Kos menukar enjin pula atas RM5k.
- Simptom bahagian stereng (Rack, Coupling, Column/Shaft) yang sangat terkenal dengan bunyi ‘kok-kok’; kos sekitar RM750 - RM5k bergantung pada komponen & jenama produk.
- Penggunaan bateri yang tidak sesuai. Disarankan untuk menggunakan bateri berkapasiti 80D ke atas; kos atas RM400 bergantung pada jenama produk.
- Cooling Parts yang sudah tamat tempoh, reput dan bocor; kos bergantung pada komponen yg ditukar.
- Lain-lain masalah Wear & Tear bergantung pada komponen apa yg ditukar.
Selain daripada masalah dan kos penyelenggaraan Toyota Estima ACR50, Encik Amir dari Toyota CBU Specialist juga memberikan sedikit tips untuk membeli Toyota Estima.
Beli model recond:
- Periksa Auction Report yg asli (Recond dan sebagainya). Cari gred atas daripada 4 untuk mengelakkan sebarang masalah besar.
- Periksa jarak perbatuan (mileage) pada odometer dan bandingkan dengan Auction Report yg asli.
- Pandu uji & pastikan tiada bunyi-bunyian yang kurang menyenangkan.
Beli 2nd hand / Used Car:
- Periksa bahagian chassis jika ada sebarang kesan eksiden.
- Periksa bahagian lantai dan atas enjin dan kotak gear jika ada sebarang kesan kebocoran.
- Pandu uji kereta (nilai bergantung kepada tahun buatan dan jarak perbatuan).
- Periksa lampu ignition jika ada yang tak menyala, terutamanya lampu enjin. (On suis kunci tanpa start engine)
- Semak tahun tayar.
- Minta warranti dari pihak penjual dan buat pemeriksaan sepenuhnya semasa masih dalam warranti untuk tuntutan jika terdapat sebarang masalah.
Pemeriksaan boleh dilakukan di Toyota CBU Specialist bertempat di Shah Alam dan Kajang atau bengkel pilihan anda atau Pusat Servis Toyota oleh UMW Toyotsu Motors Sdn Bhd di Rawang dan Shah Alam.
Pusat servis Toyota akan mengenakan bayaran yang sedikit mahal jika dibandingkan dengan bengkel luar.
Toyota Estima sememangnya sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai sebuah kenderaan muatan ramai yang selesa pada harga yang lebih tercapai.
Disebabkan oleh populariti itu, harga bagi Toyota Estima juga masih boleh tahan walaupun (selalunya) tidak dibawakan secara rasmi di Malaysia. UMW Toyota Malaysia pernah membawa masuk Toyota Estima dengan nama Toyota Previa pada tahun 2014.
Sayangnya, model tersebut yang dijana dengan pilihan enjin 2.4 liter tersebut kurang mendapat sambutan. Hal ini kerana pasaran kereta recond menyajikan lebih banyak pilihan berbanding saluran rasmi.
Tidak lagi dikeluarkan oleh Toyota, model Toyota Estima kini kelihatan lebih ikonik. Adakah ini akan menaikkan atau menurunkan harganya? Nyatakan di bahagian komen.
Kredit: Toyota CBU Specialist, Toyota Estima Marketplace, Abang Japar Mekanika
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2022 Honda HR-V 1.5 S
Upgrade
Add your car
Komen