window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Peminat Initial D, Kedai Fujiwara Tofa jadi tarikan terbaru di Ipoh!

Mersita · Jan 19, 2021 10:00 AM

Peminat Initial D, Kedai Fujiwara Tofa jadi tarikan terbaru di Ipoh! 01

Jika anda salah seorang peminat siri manga Initial D, mata anda pasti bersinar-sinar melihat kafe terbaru yang dibuka di Ipoh ini!

Kedai Fujiwara Tofa ini memaparkan konsep berasaskan animasi popular Initial D yang mencetus minat ‘drifting’ di kalangan peminat kereta sejak dari dulu lagi – lengkap dengan model kereta Toyota Corolla AE86 yang digayakan ‘sebijik’ seperti yang dipandu oleh karakter utama siri manga tersebut, Takumi Fujiwara!

Peminat Initial D, Kedai Fujiwara Tofa jadi tarikan terbaru di Ipoh! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rekaan kafe ini juga digayakan dengan bumbung hadapan yang sama, persis kedai yang dilihat dalam siri animasi popular tersebut. Kafe ini terbahagi kepada dua ruang – salah satu dihiasi dengan elemen-elemen tradisi Jepun yang boleh buat anda angan-angan makan tofu seperti Takumi dan ayahnya, Bunta Fujiwara.

Peminat Initial D, Kedai Fujiwara Tofa jadi tarikan terbaru di Ipoh! 01

Manakala ruang yang satu lagi memaparkan koleksi model-model diecast kereta-kereta yang dilumba di dalam siri popular tersebut.

Peminat Initial D, Kedai Fujiwara Tofa jadi tarikan terbaru di Ipoh! 02

Pengunjung juga berpeluang untuk bergambar di mural khas di luar ruang makan kafe tersebut. Cuma ubah tetapan kamera anda kepada efek hitam putih dan anda dah dapat satu ‘shot’ ala-ala karakter Initial D untuk ‘post’ terbaru anda!

Peminat Initial D, Kedai Fujiwara Tofa jadi tarikan terbaru di Ipoh! 03

Juga tak dilupakan pelbagai kereta yang diparkir betul-betul di hadapan kedai tofu ini. Selain daripada Toyota Corolla AE86 yang menjadi tarikan utama di hadapan kedai tersebut, model-model kereta lain yang dipaparkan di dalam siri manga itu juga kadangkala ‘turun padang’ dan turut ditayang bersama untuk tatapan pengunjung. Antaranya termasuklah Mitsubishi Lancer Evo dan Subaru Impreza WRX STi.

Juga ada di Subang Jaya, Selangor!

Jika anda berminat untuk mengambil gambar ala-ala Initial D di hadapan Fujiwara Tofa Store, anda bolehlah berkunjung ke lokasi mereka di Subang Jaya.

Peminat Initial D, Kedai Fujiwara Tofa jadi tarikan terbaru di Ipoh! 04

Kedai ini juga pernah dibina untuk 'remake' filem Initial D yang dikeluarkan pada tahun 2005. Menarik, bukan? Warga Ipoh dan Subang bolehlah rancang untuk berkunjung ke sini dan ambil gambar dengan kereta kesayangan anda.

Peminat Initial D, Kedai Fujiwara Tofa jadi tarikan terbaru di Ipoh! 05

Fujiwara Tofu Store dari filem aksi sebenar Initial D (2005) di Jepun.

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda