window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pencabar skuter 'Adventure' dah tiba, WMoto XTreme 150i, fork USD, ABS, harga sekitar RM 10k!

Khairil ยท Apr 21, 2021 02:00 PM

Pencabar skuter 'Adventure' dah tiba, WMoto XTreme 150i, fork USD, ABS, harga sekitar RM 10k! 01

Skuter yang dijangka bakal memberikan saingan sengit dalam segmen 'Adventure', WMoto XTreme 150i akhirnya dipertontonkan buat pertama kali bagi pasaran tempatan dengan harga pengenalan cukup menarik, sekitar RM 10,000.

Pencabar skuter 'Adventure' dah tiba, WMoto XTreme 150i, fork USD, ABS, harga sekitar RM 10k! 02

Perkembangan menarik itu diumumkan oleh pengedar jenama berkenaan, MForce Bike Holdings pada majlis buka puasa bersama media dan pratonton model baharu, semalam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menariknya, WMoto XTreme 150i adalah model skuter ketiga dari WMoto yang baru-baru ini turut melancarkan skuter cilik ES125 dan skuter Maxi, RT3. Model berkenaan dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada Mei atau Jun ini.

Juga baca: WMoto lancar skuter ES125, dua varian, harga bermula RM4,588

Pencabar skuter 'Adventure' dah tiba, WMoto XTreme 150i, fork USD, ABS, harga sekitar RM 10k! 01

Jika dipandang dari sudut reka bentuk, tidak dapat dinafikan WMoto Xtreme 150i tampil dengan rekaan cukup sporty dan berpotensi untuk mencetus fenomena.

Dikatakan berkemampuan untuk 'melayan' laluan offroad ringan, motosikal ini menggunakan trenkuasa bersesaran 149.3 cc, 4 Lejang, SOHC, Penyejuk Cecair, 1 Silnder.

Juga baca: WMoto lancar skuter maxi RT3, lebih berkuasa & padu, harga RM 15,188

Pencabar skuter 'Adventure' dah tiba, WMoto XTreme 150i, fork USD, ABS, harga sekitar RM 10k! 02

Di atas kertas, enjin yang patuh piawaian emisi Euro 4 itu dikatakan hanya menghamburkan kuasa 12 Hp pada 8,500 rpm dan tork 11.8 Nm pada 5,000 rpm. Ia tampak seperti tidak mencukupi namun menurut MForce, anda perlu menunggangnya terlebih dahulu.

Pencabar skuter 'Adventure' dah tiba, WMoto XTreme 150i, fork USD, ABS, harga sekitar RM 10k! 03

Sebagai skuter Adventure ringan, kelebihan motosikal ini turut terletak kepada sistem suspensi di mana ia menggunakan fork dari jenis terbalik (USD) dan monoshock boleh laras di bahagian belakang.

Juga baca: TDM dapat aset baharu perkasa Op Benteng, motosikal scrambler WMoto SXR 300 cc!

Pencabar skuter 'Adventure' dah tiba, WMoto XTreme 150i, fork USD, ABS, harga sekitar RM 10k! 04

Dari sudut keselamatan dan tunggangan, WMoto XTreme 150i menggunakan sistem brek cakera tunggal depan dan belakang. Untuk brek depan, ia turut dipadankan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Pencabar skuter 'Adventure' dah tiba, WMoto XTreme 150i, fork USD, ABS, harga sekitar RM 10k! 05

Tayar yang digunakan oleh motosikal ini adalah dari jenis 'All-Terrain' dengan saiz roda pula adalah 100/80 di bahagian depan dan 120/70 Rim belakang bersama rim 14 inci.

Pencabar skuter 'Adventure' dah tiba, WMoto XTreme 150i, fork USD, ABS, harga sekitar RM 10k! 06

Dipadankan dengan kapasiti tangki bahan api 11 liter, MForce mendakwa motosikal yang dilengkapi dengan ciri start-stop ini boleh menempuh jarak perjalanan hingga 400 km untuk satu isian penuh jika ditunggang pada kelajuan 80 kmj.

Bagi paparan panel meter, jenis yang digunakan adalah LCD penuh yang memaparkan segala maklumat tunggangan spidometer, odometer, takometer, trip perjalanan, bar petrol, jam dan lain-lain.

Pencabar skuter 'Adventure' dah tiba, WMoto XTreme 150i, fork USD, ABS, harga sekitar RM 10k! 07

Menambahkan lagi rupa 'hensem' motosikal ini, sistem lampunya menggunakan jenis LED dengan lampu depan dengan rekaan menarik turut dipadankan dengan lampu siang (DRL) yang berbentuk seakan tulang.

Pencabar skuter 'Adventure' dah tiba, WMoto XTreme 150i, fork USD, ABS, harga sekitar RM 10k! 08

Ciri-ciri menarik lain adalah ia turut mempunyai pelindung angin boleh laras yang mudah diselaraskan hanya menggunakan tangan, ruang simpanan bawah pelana bersaiz 13 liter, dua port pengecas dari jenis USB dan soket 12v.

Pencabar skuter 'Adventure' dah tiba, WMoto XTreme 150i, fork USD, ABS, harga sekitar RM 10k! 09

Perincian lain adalah dari sudut dimensi, motosikal seberat 143 kg ini mempunyai panjang 1,925 mm, lebar 760 mm dan tinggi 1,290 mm dan jarak roda 1,320 mm. Ketinggian pelana pula adalah 765 mm dengan jarak lega yang cukup dalam segmen berkenaan iaitu 180 mm.

Ayuh tonton sesi pra-tonton motosikal ini di bawah.

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda