window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pentingkah jenama mewah BMW atau Mercedes untuk jaga imej dalam bisnes?

Mersita ยท Mar 21, 2021 02:00 PM

Pentingkah jenama mewah BMW atau Mercedes untuk jaga imej dalam bisnes? 01

Proses pemilihan kereta dikalangan pembeli selalunya berbeza antara satu sama lain. Jikalau kita beli untuk keperluan, ada pula yang beli bagi tujuan tertentu seperti untuk mengagumkan orang atasan ataupun untuk ‘jaga muka’ depan kawan-kawan. Pasti ada yang tertanya-tanya, "betapa pentingnya imej sosial yang ditayangkan dalam bentuk kenderaan?"

Pentingkah jenama mewah BMW atau Mercedes untuk jaga imej dalam bisnes? 02

Faktor kemewahan

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ramai ahli perniagaan di luar sana yang rasa ‘terpaksa’ memandu kereta yang sekurang-kurangnya berlencana BMW atau Mercedes untuk menghadiri temu janji. Semua ini demi penampilan yang baik dan kadangkala untuk memastikan reputasi kita setaraf dengan kemampuan atau kejayaan.

Pentingkah jenama mewah BMW atau Mercedes untuk jaga imej dalam bisnes? 01

Contohnya, apabila seorang eksekutif berpangkat tinggi hadir ke satu temu janji membawa sebuah Proton Saga Iswara buruk, kredibilitinya berkemungkinan untuk diragui. Perkara ini sememangnya pernah terjadi dan hakikatnya, memang ada industri atau sesetengah orang yang mempunyai tanggapan sebegini.

Rakan penulis kami pernah ditanya oleh seorang kenalan yang juga seorang ejen insurans tentang kereta yang patut dibeli olehnya dengan dana sekitar RM 250,000. Saranan mudah yang diberi kepadanya ialah kereta jenis Mk7 Golf GTI atas sebab ia satu pembelian berbaloi. Namun akhirnya dia membeli F30 BMW 316i - besar kemungkinan atas faktor jenama.

Pentingkah jenama mewah BMW atau Mercedes untuk jaga imej dalam bisnes? 02

Suka atau tidak, kepentingan jenama sememangnya memainkan peranan besar dalam beberapa industri. Peguam, doktor, ejen insurans, ahli perniagaan, dan kontraktor misalnya mementingkan ‘penampilan’ di kalangan mereka yang terutamanya berpangkat tinggi.

Pernahkah anda tertanya mengapa beberapa jenama mewah menawarkan diskaun kepada golongan profesional seperti peguam dan doktor? Imej sosial perniagaan amat penting dan bagi menunjukkan ‘kejayaan’ masing-masing. Jika perkara ini bagus untuk perniagaan, apa salahnya?

Pentingkah jenama mewah BMW atau Mercedes untuk jaga imej dalam bisnes? 03

Ford Mustang cukup popular dikalangan pemain-pemain MLM

Ejen-ejen insurans atau ‘trust fund’ juga memerlukan kereta-kereta mewah bagi memberi inspirasi kepada ‘downline’ mereka dan meningkatkan motivasi. Kecamlah seberapa banyak kali yang anda mahu, namun peranan kereta mewah dalam meningkatkan reputasi telah menjadi simbol kejayaan bagi sesetengah orang.

Pentingkah jenama mewah BMW atau Mercedes untuk jaga imej dalam bisnes? 04

Myvi atau Merc? Nak tak nak, manusia biasa pasti akan ada tanggapan semulajadi bila lihat kereta mewah

Tak salah jika kita reka satu sasaran dalam minda kerana ini boleh merubah cara kita berfikir dan tabiat kita apabila bekerja. Memang cukup puas bila kita berjaya kecapi sesuatu setelah bekerja keras dan berhempas pulas. Jika kepuasan itu boleh dicapai dengan pandangan bangga yang diperoleh dari masyarakat, kereta berjenama boleh memberi kepuasan yang dicari. Bergantung pada diri masing-masing.

Pentingkah jenama mewah BMW atau Mercedes untuk jaga imej dalam bisnes? 05

Ya, orang yang berkereta mewah tak semestinya betul-betul berjaya. Terpulang pada diri sendiri, ada saja yang hutang kereta 9 tahun walaupun keretanya Mercedes C200. Ada juga yang sebaliknya - beli Perodua atau Proton tapi bayar 'cash' misalnya.

Kereta 'entry-level Premium'?

Pentingkah jenama mewah BMW atau Mercedes untuk jaga imej dalam bisnes? 06

Lagipun, ada banyak pembiayaan yang fleksibel yang ditawarkan bagi memudahkan pelanggan untuk membeli kereta-kereta mewah. Oleh itu, banyak pembuat kereta premium yang perasan akan jurang pasaran ini dan mengambil peluang untuk menyediakan servis pembiayaan mudah.

Pentingkah jenama mewah BMW atau Mercedes untuk jaga imej dalam bisnes? 07

Model-model seperti Mercedes C200 atau BMW 320i ditawarkan untuk mengambil peluang dari minat pembeli yang hanya mahukan lencana mewah tapi tak memerlukan kelengkapan hebat seperti yang ada dalam model berspesifikasi tinggi. Jika langkah ini bermaksud pembuat kereta boleh buat untung, apa salahnya?

Pentingkah jenama mewah BMW atau Mercedes untuk jaga imej dalam bisnes? 08

Beli kereta biar puas hati

Apa-apa pun, belilah kereta yang buat anda puas hati. Tapi, berhati-hati juga dengan kemampuan anda. Jika imej sosial terlalu penting bagi anda, belilah kereta yang membuatkan anda nampak berjaya dan bertaraf tinggi. Tepuk dada, tanya selera. Semua orang ada pilihan masing-masing dan pendapat tak semestinya sama, oleh itu pilihlah kereta yang tak buat anda mengeluh setiap hari.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda