window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua D55L 2021 akan guna enjin Axia versi turbo?

Faisal · Nov 12, 2020 12:00 PM

Perodua D55L 2021 akan guna enjin Axia versi turbo? 01

Akan dilancarkan pada awal tahun hadapan, Perodua D55L bakal menjadi keluaran yang paling inovatif untuk syarikat Perodua.

Antara yang pertama buat syarikat Perodua ialah penggunaan enjin turbo pada SUV segmen B ini.

Perodua D55L 2021 akan guna enjin Axia versi turbo? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Enjin 1KR-VET yang bakal digunakan pada Perodua D55L ini adalah sebuah enjin Axia yang mempunyai turbo. Enjin ini mula digunakan pada tahun 2016 oleh Daihatsu Thor di Jepun. Selepas itu, enjin ini beransur ke Daihatsu Rocky/Toyota Raize pada tahun 2019.

Perodua D55L 2021 akan guna enjin Axia versi turbo? 01

Untuk maklumat anda, unit 1KR-VE yang beraspirasi natural menghasilkan 68 PS pada 6,000 rpm dan 91 Nm tork pada 4,400 rpm. Sebagai perbandingan, versi turbo menghasilkan 98 PS pada 6,000 rpm dan 140 Nm tork bermula 2,400 rpm hingga 4,000 rpm.

Jumlah tenaga
Model Kuasa (PS) Tork (Nm)
Perodua D55L 98 140
Perodua Axia 68 91

Perodua D55L 2021 akan guna enjin Axia versi turbo? 02

Walaupun angka ini tidak menyerlah, ia sebenarnya lebih daripada mencukupi untuk sebuah Raize dan Rocky memandangkan mereka hanya mempunyai berat sebanyak 980 kg. Malah ia jauh lebih ringan daripada Proton X50 yang mempunyai berat sebanyak 1,370 kg.

Perodua D55L 2021 akan guna enjin Axia versi turbo? 03

Selain daripada enjin turbo, Perodua D55L juga dijangka menggunakan transmisi CVT. Untuk pengetahuan anda, transmisi ini juga adalah yang pertama buat Perodua memandangkan mereka telah menggunakan transmisi automatik 4 kelajuan setelah sekian lama.

Namun begitu, kita belum mengetahui sama ada Perodua D55L akan menggunakan transmisi Direct Shift-CVT daripada Daihatsu ataupun sebaliknya.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda