Peugeot 308 2021 serba baru telah dilancarkan secara rasmi sebentar tadi. Hatchback buatan Perancis ini nampaknya tampil dengan logo Peugeot yang baru.
Juga baca: Pengedar & logo baru, mampukah Peugeot ‘tawan’ pasaran Malaysia?
Peugeot 308 2021 serba baru telah dilancarkan secara rasmi sebentar tadi. Hatchback buatan Perancis ini nampaknya tampil dengan logo Peugeot yang baru.
Juga baca: Pengedar & logo baru, mampukah Peugeot ‘tawan’ pasaran Malaysia?
Pada bahagian depan, lampu DRL LED ala taring dan beberapa elemen rekaan Peugeot yang terkini membuatkannya nampak sama seperti Peugeot 508.
Di bahagian belakang, ia didatangkan dengan rekaan lampu yang seksi dan profil yang lebih berlekuk. Dengan siluet yang cukup landai, Peugeot 308 memiliki kadar aerodinamik serendah 0.28 Cd.
Berbanding model sebelum ini, Peugeot 308 2021 mempunyai dimensi seperti berikut:
Pada bahagian dalam pula, kabin Peugeot 308 baharu nampak cukup moden. Terdapat pelbagai teknologi baru yang diterapkan pada bahagian interior ini. Antaranya seperti sistem infotainment sesentuh 10 inci, pengecas telefon tanpa wayar, dan 2 port USB C.
Dari segi mekanikal, Peugeot 308 2021 menggunakan asas platform EMP2. Untuk maklumat anda, platform ini turut dikongsi dengan beberapa model Citroen. Varian petrol konvensional menggunakan enjin 1.2L turbo 3 silinder (130 PS, 230 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan.
Varian plug-in hybrid (PHEV) pula dikuasakan oleh enjin 1.6L turbo 4 silinder dengan dua pilihan kuasa, 150 PS atau 180 PS. Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan. Pada masa yang sama, varian ini mempunyai bateri 12.4 kWh yang mana pemanduan elektriknya boleh pergi sejauh 60 km dengan sekali cas.
Secara umum, Peugeot 308 boleh didatangkan dengan pelbagai sistem ADAS. Antaranya seperti:
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2017 Peugeot 308 THP Active
Upgrade
Add your car