Spyshot: 2022 Peugeot 308 generasi baharu atas jalan, ramai tertanya-tanya bila nak lancar?
Haris Β· Sep 30, 2022 03:00 PM
0
0
Peminat kereta Perancis mungkin sudah tahu status 2022 Peugeot 308 serba baharu yang asyik ditemui di Malaysia.
Dengan kod nama P5, Peugeot 308 2022 serba baharu membuat penampilan sulung globalnya pada Mac 2021. Ia juga memperkenalkan logo Peugeot terbaru dan varian plug-in hybrid (PHEV) dalam penawarannya.
Misalnya hatchback merah menyala ini, ihsan daripada The Ajerul, menggunakan plat dagangan "K650A" yang pernah dilihat pada unit ujian Peugeot 2008 pada awal 2021. Terdapat juga pelekat pemanduan sebelah kiri di sebelah kanan pintu belakang.
Perlu diingatkan bahawa organisasi induk Peugeot, Stellantis, telah mengambil alih kilang Naza di Gurun, Kedah. Hal ini menjelaskan mengapa Peugeot 308 ini memakai plat dagangan Kedah, sama seperti dalam imej intipan Peugeot sebelum ini.
Ketika ini, kilang Gurun ini memasang Peugeot 2008, Peugeot 3008, dan Peugeot 5008, untuk jualan domestik dan eksport.
Bila ia akan dilancarkan di Malaysia?
Walaupun Peugeot 308 telah dikesan di Malaysia, jangan tunggu untuk pelancaran tempatan dalam masa terdekat. Peugeot mempunyai pusat latihan serantau di Petaling Jaya, justeru unit intipan 308 ini mungkin merupakan unit latihan untuk kakitangan mereka secara dalaman.
Berkemungkinan juga Peugeot 308 ini berada di Malaysia untuk tujuan ujian ketahanan.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.