window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Porsche Taycan Cross Turismo kini di Malaysia, Taycan ala crossover, dari RM 645k

Faisal · Oct 13, 2021 06:30 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sime Darby Auto Performance (SDAP) menawarkan Cross Utility Vehicle (CUV) ini dengan tiga varian iaitu:

  • Taycan 4 Cross Turismo - RM 645,209
  • Taycan 4S Cross Turismo - RM 728,727
  • Taycan Turbo Cross Turismo - RM 968,928

Porsche Taycan Cross Turismo kini di Malaysia, Taycan ala crossover, dari RM 645k 01

Taycan AWD.

Kesemua harga adalah termasuk diskaun SST sebanyak 50% yang mana ia sah sehingga 31 Disember 2021. Sebagai perbandingan, varian pengenalan buat Taycan Cross Turismo lebih mahal daripada Taycan RWD, iaitu sebanyak RM 60,000.

Porsche Taycan Cross Turismo kini di Malaysia, Taycan ala crossover, dari RM 645k 02

Namun demikian, Taycan Cross Turismo datang standard dengan pacuan semua roda (AWD). Jadi, ia sebenarnya RM 70,000 lebih murah daripada Taycan 4S, iaitu Taycan pacuan semua roda.

Porsche Taycan Cross Turismo kini di Malaysia, Taycan ala crossover, dari RM 645k 03

Bercakap mengenai standard, ketiga-tiga varian turut hadir dengan Performance Battery Plus dan suspensi udara adaptif.

Spesifikasi Porsche Taycan Cross Turismo
Varian Spesifikasi
Taycan 4 380 PS
0-100 km/j: 5.1 saat
Kelajuan tertinggi: 220 km/j
Jarak pandu: 437 km
Taycan 4S 490 PS
0-100 km/j: 4.1 saat
Kelajuan tertinggi: 240 km/j
Jarak pandu: 436 km
Taycan Turbo 625 PS
0-100 km/j: 3.3 saat
Kelajuan tertinggi: 250 km/j
Jarak pandu: 425 km

Porsche Taycan Cross Turismo kini di Malaysia, Taycan ala crossover, dari RM 645k 04

Berbanding Taycan biasa, Taycan Cross Turismo mempunyai 20 mm tambahan dari segi kelegaan tanah. Malah untuk pembeli yang menambah pakej Offroad Design, kelegaan tanah ditambahkan lagi 30 mm.

Porsche Taycan Cross Turismo kini di Malaysia, Taycan ala crossover, dari RM 645k 05

Arca roda dan elemen yang ranggi bukanlah sekadar gaya kerana jentera ini juga boleh dipandu secara offroad melalui mod Gravel yang didatangkan eksklusif untuk CUV ini.

Porsche Taycan Cross Turismo kini di Malaysia, Taycan ala crossover, dari RM 645k 06

Pembeli yang berminat boleh melawat ke Porsche Centre seluruh negara tidak lama lagi. Buat masa ini, anda boleh membuat temujanji di sini.

Juga bacaSah! Projek CKD Porsche di Malaysia akan bermula pada 2022

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Porsche Taycan RWD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda