window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Prebiu: 2023 Peugeot Landtrek di Malaysia - dari RM 123k, enjin 1.9L turbodiesel dalam dua varian!

Haris Β· Jan 16, 2023 12:30 PM

Prebiu: 2023 Peugeot Landtrek di Malaysia - dari RM 123k, enjin 1.9L turbodiesel dalam dua varian! 01

Ford Ranger bakal menerima saingan baharu dalam bentuk Peugeot Landtrek 2023, trak pikap serba baharu oleh pengedar Peugeot yang baru dilantik, Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB).

Peugeot Landtrek adalah model Peugeot keempat BAASB di sini, selepas Peugeot 2008, Peugeot 3008, dan Peugeot 5008. Walaubagaimanapun, trak pikap ini tidak dipasang secara tempatan seperti barisan 3 model tersebut tetapi diimport sepenuhnya (CBU) dari China.

Prebiu: 2023 Peugeot Landtrek di Malaysia - dari RM 123k, enjin 1.9L turbodiesel dalam dua varian! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut desas-desus awal, sebanyak dua varian akan ditawarkan apabila ia dilancarkan akhir bulan ini, dengan harga dianggarkan bermula dari harga RM 123k. Nama varian juga masih belum didedahkan.

Prebiu: 2023 Peugeot Landtrek di Malaysia - dari RM 123k, enjin 1.9L turbodiesel dalam dua varian! 01

Kuasa untuk Peugeot Landtrek spesifikasi Malaysia hadir daripada enjin 4-silinder 1.9 liter turbodiesel yang menghamburkan 152 PS dan 350 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan, memandu keempat-empat roda (4WD).

Prebiu: 2023 Peugeot Landtrek di Malaysia - dari RM 123k, enjin 1.9L turbodiesel dalam dua varian! 02

Prebiu: 2023 Peugeot Landtrek di Malaysia - dari RM 123k, enjin 1.9L turbodiesel dalam dua varian! 03

Spesifikasi terperinci tidak didedahkan semasa prebiu ini. Antara kedua-dua model Peugeot Landtrek yang dipratonton, satu-satunya perbezaan yang dapat kami perhatikan adalah petak kargo belakang pada unit berwarna hijau sudah dilapisi plastik keras manakala petak kargo belakang unit berwarna kelabu adalah logam kosong. Boleh jadi ini adalah unit awal untuk kajian dalaman.

Prebiu: 2023 Peugeot Landtrek di Malaysia - dari RM 123k, enjin 1.9L turbodiesel dalam dua varian! 04

Pada harga yang dispekulasi itu, Peugeot Landtrek sebenarnya dilengkapi banyak ciri peralatan; kedua-dua varian menawarkan ciri-ciri seperti lampu depan LED dengan lampu siang DRL LED, lampu belakang LED, rim aloi 18-inci, dan rel bumbung. Kedua-dua varian Landtrek juga menawarkan soket kuasa 12V di dalam petak kargo belakang.

Prebiu: 2023 Peugeot Landtrek di Malaysia - dari RM 123k, enjin 1.9L turbodiesel dalam dua varian! 05

Terdapat juga paparan infotainment 10-inci besar dengan sokongan untuk Android Auto dan Apple CarPlay, stereng kulit, serta kluster instrumen gabungan digital dan analog.

Baca: Kenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Prebiu: 2023 Peugeot Landtrek di Malaysia - dari RM 123k, enjin 1.9L turbodiesel dalam dua varian! 06

Upholsteri kulit, kerusi pemandu boleh laras kuasa, penghawa dingin dwi-zon automatik dan lubang penghawa dingin belakang adalah kesesuaian standard.

Prebiu: 2023 Peugeot Landtrek di Malaysia - dari RM 123k, enjin 1.9L turbodiesel dalam dua varian! 07

Dari segi keselamatan, 6 beg udara ditawarkan sebagai standard. Tiada ciri ADAS, tetapi Peugeot menawarkan Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) dan Lane Keeping Alert (LKA).

Prebiu: 2023 Peugeot Landtrek di Malaysia - dari RM 123k, enjin 1.9L turbodiesel dalam dua varian! 08

Malaysia adalah negara kedua selepas Afrika Selatan untuk menawarkan Peugeot Landtrek. Selepas Malaysia, Thailand juga dijangka akan membuat penampilan sulung trak pikap ini.

Peugeot Landtrek akan bersaing dengan model seperti Isuzu D-Max 1.9 serta Mazda BT-50 1.9 dalam saingan trak pikap. Adakah ia akan menawarkan servis percuma selama 5 tahun seperti model Peugeot lain? Sama-sama kita nantikan!

Baca: Intipan: Peugeot Landtrek 2020 trak pikap di Malaysia, akan dijual disini?

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Peugeot Landtrek 1.9D DCAB 4WD AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda