window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Review Pemilik: Perodua Axia Style 2020 saya – ‘Best’ untuk cilok-cilok di jalan raya Malaysia

Mersita · Oct 10, 2021 06:00 PM

Review Pemilik: Perodua Axia Style 2020 saya – ‘Best’ untuk cilok-cilok di jalan raya Malaysia 01

Jika ada yang mencari kereta serba baharu pada harga paling bajet di Malaysia, pastinya jawapan paling kerap diberi (dan juga paling bagus) ialah Perodua Axia. Inilah kereta pertama paling masuk akal bagi graduan baharu atau sesiapa sahaja yang hanya perlukan kereta untuk bergerak ke sana ke mari tanpa banyak ragam dan kos besar. Ia boleh diharap, dan didatangkan dengan kelengkapan asas penting yang diperlukan di dalam sebuah kereta.

Kami amat berbesar hati menerima rebiu asli dari seorang pembaca WapCar.my yang menceritakan pengalaman pemilikan sebenar beliau sebagai pemilik Perodua Axia Style 2020. Rebiu ini pada asalnya dimuatnaik di forum peminat kereta popular kami, WapCar Community. Jika anda berminat untuk berkongsi pengalaman anda sendiri, dapatkan pautannya di penghujung artikel ini.

Maklumat asas tentang kereta saya

Review Pemilik: Perodua Axia Style 2020 saya – ‘Best’ untuk cilok-cilok di jalan raya Malaysia 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua Axia Style 2020

Tujuan saya membeli Perodua Axia Style 2020

Dahulu, saya memandu sebuah kereta tempatan dari jenama berbeza, namun saya menjualnya sebelum ia menambah lagi pening kepala saya dan kemudiannya saya membeli sebuah motosikal. Saya gunakan motosikal ini untuk perjalanan harian. Ia memang juara dalam ketika jalan raya sesak, namun seperti biasa terpaksalah lepak bawah jambatan ketika cuaca hujan.

Disebabkan saya sampai ke pejabat dengan pakaian basah kuyup sampaikan terpaksa pakai t-shirt pagoda dan kain pelikat sepanjang hari, saya kian sedar yang saya memang perlukan sebuah kereta.

Proses pemilihan kereta

  • Saya ada bajet RM 50,000
  • Antara model yang turut dipertimbangkan ialah Perodua Myvi

Sebab saya memilih Perodua Axia Style 2020

Review Pemilik: Perodua Axia Style 2020 saya – ‘Best’ untuk cilok-cilok di jalan raya Malaysia 01

Saya bukannya peminat kereta terpakai mahupun ‘recond’. Sejarah servis, masalah, dan kemalangan seringkali tidak diketahui dan ini menakutkan saya. Oleh itu, saya hanya mencari kereta serba baharu dan Myvi generasi terbaharu betul-betul menarik perhatian saya. Tak lama selepas itu datang pula idea untuk Axia Style.

Sebelum ini, saya sering melihat Axia digunakan sebagai kereta sekolah memandu dan ia nampak seperti satu pembelian kurang berbaloi. Namun, Axia versi ini benar-benar membuatkan saya mempertimbangkannya semula kerana ia adalah kereta paling kecil, tangkas, dan mudah dipandu. Senang nak cilok-cilok di bandar. Tambahan pula, penggunaan minyaknya lebih rendah berbanding motosikal saya.

Pengalaman pemanduan Perodua Axia Style 2020

Review Pemilik: Perodua Axia Style 2020 saya – ‘Best’ untuk cilok-cilok di jalan raya Malaysia 02

  • Saya sudah memandunya sejauh 30,000 km.
  • Purata penggunaan minyak kereta saya ialah 18 km/liter.

Pengendalian standardnya memang teruk. Tayar hadapannya terasa terapung ketika di selekoh, lebuh raya, dan terdapat ‘lag’ atau jurang ketara pada sterengnya. Ketika dipandu pada kelajuan rendah, saya perlu memperbetulkan semula sterengnya kerana ia tidak kembali ke posisi asal dengan sendirinya.

Disebabkan ia sangat ringan, saya boleh rasakan kereta ini ditolak angin ketika meluncur di lebuh raya. Kuasa enjinnya masih boleh diterima, namun ia ‘mendaki’ dengan perlahan selepas mencecah lebih 120 km/jam. Selain itu, terdapat ‘lag’ pada tindakbalas ‘throttle’ dan ini membuatkan saya rasa kurang selesa ketika memotong kereta bersaiz lebih panjang seperti trak kontena di jalan raya.

Review Pemilik: Perodua Axia Style 2020 saya – ‘Best’ untuk cilok-cilok di jalan raya Malaysia 03

Oleh itu, saya buat beberapa modifikasi pada kereta ini. Saya memasang ‘strut bar’ hadapan untuk lebih kestabilan, ‘anti roll bar’ di bahagian bawah belakang kereta bagi mengurangkan ‘body roll’ ketika membelok di selekoh, dan juga ‘arm braces’ di bahagian bawah hadapan kereta yang memperbaiki pengendaliannya, memastikan ‘front camber’ dan sudut tayar kekal berada di tempatnya sepanjang masa. ‘Auto return’ pada sterengnya juga kini sudah dibetulkan supaya saya tak perlu memperbetulkan semula stereng selepas setiap selekoh.

Review Pemilik: Perodua Axia Style 2020 saya – ‘Best’ untuk cilok-cilok di jalan raya Malaysia 04

Semua modifikasi ini merubah kereta saya, daripada sebuah ‘sampan’ beroda kepada kereta berserta ‘handling’ ala-pro. Sekarang, saya rasa lebih daripada puas kerana Axia saya sudah sangat seronok untuk dipandu.

Saya juga memasang sistem ‘intake’ ‘aftermarket’ dan ia meningkatkan kelakuan enjin saya. Kini, ia amat mudah untuk capai ‘top speed’ (bukan untuk berlumba, ya. Hanya untuk lebih kuasa apabila diperlukan), dan pengawal ‘throttle’ juga sudah dipasang bagi menyingkirkan sebarang rasa ‘lag’ pada pedal pacuan saya.

Review Pemilik: Perodua Axia Style 2020 saya – ‘Best’ untuk cilok-cilok di jalan raya Malaysia 05

Selain itu, radio standard Axia Style ini juga mempunyai kualiti bunyi yang cukup baik. Namun, bagi saya yang meminati sistem audio, saya memasang satu pemain Android dan semua ‘speaker’ pintu juga sudah ditukar dengan jenama lebih bagus yang boleh menghasilkan bunyi lebih sedap. ‘Subwoofer’ bawah kerusi juga sudah dipasang untuk lebih ‘kick’.

Review Pemilik: Perodua Axia Style 2020 saya – ‘Best’ untuk cilok-cilok di jalan raya Malaysia 06

Kelebihan dan Kekurangan

Kelebihan Perodua Axia Style 2020

  • Kecil dan memudahkan saya mencari tempat letak kereta.
  • Penjimatan minyak yang sangat hebat.
  • Sangat seronok untuk dipandu.
  • Kualiti material dan binaan yang agak bagus.
  • Sebagai kereta bersaiz kecil, ruang keseluruhan masih boleh diterima.
  • Comel

Review Pemilik: Perodua Axia Style 2020 saya – ‘Best’ untuk cilok-cilok di jalan raya Malaysia 07

Kekurangan Perodua Axia Style 2020

  • Bukannya kereta untuk pikat awek. Haha.
  • Pengendalian standardnya teruk, ada ‘lag’ pada pacuan dan stereng. Semua ini perlu dinaiktaraf oleh pemilik itu sendiri.
  • Penebat bunyi tak bagus langsung.

Penilaian Perodua Axia Style 2020

Skor Keseluruhan: 4/5

Prestasi: 4/5

Kualiti dan Kelengkapan: 4/5

Ruang kabin: 4/5

Keselesaan Perjalanan/Pemanduan: 4/5

Penjimatan Minyak: 5/5

Harga dan Kos: 5/5

Rumusan

Review Pemilik: Perodua Axia Style 2020 saya – ‘Best’ untuk cilok-cilok di jalan raya Malaysia 08

Ia adalah sebuah kereta yang bagus untuk dimiliki. Amat disarankan sebagai kereta harian atau kereta kedua. Kualiti binaannya, penjimatan minyak, dan enjin juga cukup bagus. Sebagai kereta bajet rendah, pastinya ia ada beberapa kekurangan dalam pelbagai aspek dan ini bergantung kepada si pemilik itu sendiri untuk membuat beberapa ubah suai supaya pemanduannya jadi lebih baik.

Saya amat kagum dengan kereta saya sejak hari pertama lagi dengannya, dan saya masih rasa benda yang sama sehingga ke hari ini. Kereta ini pastinya cukup bagus dan menyeronokkan.

Perkara menarik tentang kereta ini

Saya masih lagi menggunakan rim asal dari kilang kerana saya dapat tahu yang rim standard ini dihasilkan oleh Enkei.

Review Pemilik: Perodua Axia Style 2020 saya – ‘Best’ untuk cilok-cilok di jalan raya Malaysia 09

Anda berminat untuk kongsikan pengalaman pemilikan anda dan bercerita tentang kereta kesayangan anda? Kami di WapCar amat berbesar hati untuk menerima nukilan anda dan mengongsikannya di forum popular kami, cuma klik pautan di dalam gambar di atas!

Tambahan pula, anda boleh menerima cenderahati istimewa dari kami. Jom daftar untuk dapatkan maklumat lanjut! Staf kami akan hubungi anda secepat mungkin sejurus selepas pendaftaran anda dihantar. Tunggu apa lagi? Jom!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda