window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sistem pengambilan udara sejuk ('cold air intake') pada Toyota Yaris G Limited 2024 - apa fungsi dia? Lagi 'power' ke?

Zamil Syaheer · Apr 26, 2024 03:00 PM

Sistem pengambilan udara sejuk ('cold air intake') pada Toyota Yaris G Limited 2024 - apa fungsi dia? Lagi 'power' ke? 01

Semalam, UMW Toyota Motor (UMWT) telah memperkenalkan Toyota Yaris G Limited di Malaysia, sebuah varian terhad pada 600 unit yang berharga RM 99,600.

Untuk harga itu, Yaris G Limited 2024 menambah sebuah kit badan aerodinamik dan kemas kini estetik, peningkatan kawalan (bar pengukuh casis serta penyerap hentak sporty), dan sistem pengambilan udara sejuk (‘cold air intake’) yang meningkatkan kuasa.

Menariknya, kami melihat ruangan komen di laman FB dan mendapati ramai warga netizen yang mempersoalkan tentang fungsi sistem pengambilan udara sejuk ini. Adakah ia setakat gimik ataupun betul boleh meningkatkan kuasa? Jom kita kupas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Toyota Yaris G Limited 2024 dilancarkan di Malaysia - RM 99k, 600 unit, ada naik taraf 'Performance'

Apa fungsi sistem pengambilan udara sejuk?

Sistem pengambilan udara sejuk ('cold air intake') pada Toyota Yaris G Limited 2024 - apa fungsi dia? Lagi 'power' ke? 01

Untuk memahaminya, mari kembali kepada asas. Sebarang enjin pembakaran dalaman yang menggunakan petrol memerlukan 3 perkara iaitu udara (oksigen), bahan api, percikan untuk mencipta letupan kecil yang terkawal, memandu piston, dan kemudian enjin secara keseluruhan.

Udara disedut melalui saluran kemasukan udara (‘air intake inlet’), dialirkan melalui penapis udara dan kemudian di sepanjang pancarongga saliran udara (‘intake manifold’) di mana ia dicampur dengan petrol dan dihantar ke enjin untuk diletupkan oleh palam pencucuh (‘spark plug’).

Namun begitu, anda sedia maklum bahawa ruangan enjin adalah tempat yang panas. Kesemua komponen seperti enjin, transmisi, aksesori enjin dan suhu ambien dari luar menyumbang kepada banyak haba yang terperangkap (‘heatsoak’) di bawah bonet hadapan anda.

Jika anda dapat membuat udara itu menjadi lebih sejuk, ia menjadikan molekul oksigen lebih padat, bermakna proses pembakaran akan menjadi lebih baik dan seterusnya memberi lebih banyak kuasa. Inilah prinsip utama sistem saliran udara sejuk.

Jadi bagaimana sistem pengambilan udara sejuk berfungsi?

Sistem pengambilan udara sejuk ('cold air intake') pada Toyota Yaris G Limited 2024 - apa fungsi dia? Lagi 'power' ke? 02

Sistem pengambilan udara sejuk menarik udara dari bahagian hadapan atau bahagian enjin yang lebih sejuk. Kredit

Sistem pengambilan udara sejuk menarik udara dari bahagian hadapan atau bahagian enjin yang lebih sejuk.

Secara ringkas, sistem pengambilan udara sejuk direka untuk menarik udara dari bahagian enjin yang paling sejuk dan mengalirkannya lebih cepat ke enjin. Udara yang paling sejuk dalam enjin sebenarnya adalah yang datang dari luar (melalui gril hadapan) atau paling jauh dari pancarongga ekzos (‘exhaust manifold’), yang merupakan bahagian yang paling panas dalam enjin.

Sistem pengambilan udara asal (dengan saluran di bawah kotak udara) sudah berada dalam ruang enjin yang panas dan berdekatan dengan pancarongga ekzos. Jika anda lihat reka bentuk sistem pengambilan udara sejuk di Yaris G Limited, ia diarahkan dari bahagian kiri atas ruang enjin yang lebih jauh dari pancarongga ekzos.

Sistem pengambilan udara sejuk ('cold air intake') pada Toyota Yaris G Limited 2024 - apa fungsi dia? Lagi 'power' ke? 03

Selain itu, sistem pengambilan udara sejuk merangkumi penapis udara jenis kon yang direka untuk meningkatkan aliran udara (berbanding dengan penapis jenis kartrij asal) dan mengalirkannya ke enjin dengan lebih cepat. Oleh itu, dengan udara yang lebih sejuk dan aliran udara yang lebih baik, ia menghasilkan lebih banyak kuasa.

Walau bagaimanapun,sistem pengambilan udara sejuk tidak bermaksud udara itu sejuk; ianya cuma kurang ‘panas’ daripada sistem asal. Selain itu, ia tidak menarik atau memaksa udara masuk ke dalam enjin; itu adalah tugas sistem turbo.

Apa-apapun, ia menarik aliran udara yang lebih baik ke enjin hasil dari reka bentuknya. Jika kita lihat sistem Yaris G, kita dapat melihat ia menggunakan saluran yang agak kecil dengan putaran yang lancar yang direka untuk memberikan laluan yang tidak terhalang bagi udara mencapai enjin.

Apakah manfaat sistem pengambilan udara sejuk?

Sistem pengambilan udara sejuk ('cold air intake') pada Toyota Yaris G Limited 2024 - apa fungsi dia? Lagi 'power' ke? 04

Manfaat sistem pengambilan udara sejuk yang direka dengan baik dapat memberikan antara 2 hingga 5 peratus lebih banyak kuasa (berbanding dengan standard) untuk enjin aspirasi natural dan lebih banyak pada enjin turbo.

Selain itu, sistem pengambilan udara sejuk yang baik juga boleh memberikan manfaat lain:

  • Respons enjin yang lebih baik: Kerana udara mencapai enjin lebih cepat, ia dapat memberikan pecutan yang lebih cepat.
  • Kecekapan bahan api yang lebih baik: Pembakaran yang lebih baik disebabkan oleh lebih banyak oksigen juga meningkatkan ekonomi bahan api.
  • Bunyi yang lebih sedap: Berikutan aliran udara yang lebih cepat (terutamanya jika anda menggunakan penapis jenis kon), ia juga menghasilkan nada yang berdengung ketika memecut.

Dengan sistem ini, Yaris G Limited boleh menghasilkan antara 1 dan 3 PS lebih daripada angka standard 107 PS dan 140 Nm yang dihasilkan oleh enjin 1.5 liter 4-silinder aspiral natural 2NR-FE. Perlu juga diingat, Yaris G dilengkapi dengan pengawal input minyak (‘throttle controller’) untuk tindak balas enjin yang lebih cepat.

Lebih baik lagi, kesemua naik taraf yang diberikan pada Yaris G Limited juga dilengkapi dengan jaminan selama 1 tahun/20,000 km.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda