window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spekulasi: Mazda CX-30 CKD Malaysia bakal terima "sunroof", harga lagi murah seawal 2023!

Haris Β· Nov 8, 2022 10:15 AM

Spekulasi: Mazda CX-30 CKD Malaysia bakal terima

Model pasaran Thailand

Bermaz telah banyak mempertaruhkan model SUV sebagai model jualan larisnya maka tidak hairanlah jika Mazda CX-30 adalah model seterusnya untuk mendapat peluang besar dalam menarik pembeli.

Mazda CX-30 yang hadir sebagai model import (CBU) akan beralih kepada pemasangan secara tempatan (CKD) di Malaysia. Projek itu juga membuka kepada peningkatan ciri kelengkapannya.

Spekulasi: Mazda CX-30 CKD Malaysia bakal terima

Sumber yang arif mengenai perkara itu memberitahu Wapcar.my bahawa tugas penyediaan untuk pemasangan Mazda CX-30 di Kulim sedang dijalankan. Malah, spekulasi ini telah dilaporkan pada tahun 2021 justeru mengambil kira persediaan kilang dan isu bekalan, nampaknya garis masa ini telah dipenuhi dengan penghantaran dijangka akan bermula menjelang suku pertama 2023.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Pintu but auto buka dah canggih, tapi lambat macam siput? Ini cara Mazda selesaikan masalah pada CX-30

Spekulasi: Mazda CX-30 CKD Malaysia bakal terima

Spesifikasi dikhabarkan hampir sama dengan apa yang dijual sekarang (CBU Jepun) tetapi dengan beberapa penambahan baharu.

Peningkatan paling ketara dikatakan hadir dalam bentuk bumbung suria yang memberikan perasaan yang luas pada kabin dalaman. Hasil daripada kelebihan cukai untuk kereta pemasangan tempatan juga akan membawa kepada pengurangan harga sekitar 10 hingga 20 peratus.

Menariknya, pelanggan yang telah menempah Mazda CX-30 mereka sebelum 30-Jun 2022 akan menikmati harga yang dikecualikan SST, dengan syarat kereta mereka dihantar sebelum 31-Mac 2023. Sumber berkenaan turut memberitahu bahawa pertukaran kepada model CKD (dalam tempoh yang disebutkan) adalah mungkin tetapi tertakluk kepada syarat.

Harga Mazda CX-30 2022 yang dijual (CBU) adalah seperti berikut:

  • CX-30 2.0G Core 2WD - RM 149,000
  • CX-30 2.0G High 2WD - RM 164,000
  • CX-30 2.0G Ignite 2WD - RM 173,000
  • CX-30 1.8D High 2WD - RM 173,000
  • CX-30 2.0G Ignite AWD - RM 185,000

Baca: SAH: Bermaz akan lancar model CKD Mazda yang ke-3 di Malaysia – MX-30 2022 atau CX-30?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Mazda CX-30 2.0G 2WD Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda