window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Nissan Serena C28 generasi baharu ditemui di Thailand, tapi tak pernah dijual di sana!

Haris · Aug 9, 2022 09:00 AM

Spyshot: Nissan Serena C28 generasi baharu ditemui di Thailand, tapi tak pernah dijual di sana! 01

Kredit: Car2Day

Baru sahaja bulan lepas Edaran Tan Chong Motors (ETCM) memperkenalkan 2022 Nissan Serena S-Hybrid facelift baharu. Walaupun tampil dengan perubahan yang agak kecil, Nissan Serena generasi C27 yang dijual sekarang telah menapak di Malaysia sejak tahun 2016.

Spyshot: Nissan Serena C28 generasi baharu ditemui di Thailand, tapi tak pernah dijual di sana! 02

Nissan Serena pernah menjadi MPV paling popular di Jepun tetapi ia jelas menunjukkan usianya apabila kini tidak lagi berbisa malah jatuh dari segi jualan. Saingan seperti Toyota Noah/Voxy dan Honda Stepwgn telah tampil dengan generasi baharu pada tahun 2022 jadi persoalannya sekarang bilakah Nissan akan menaik taraf MPV lamanya ini?

Spyshot: Nissan Serena C28 generasi baharu ditemui di Thailand, tapi tak pernah dijual di sana! 03

Kredit: Car2Day

Mungkin ia akan berlaku tidak lama lagi kerana gambar intipan daripada portal penerbitan Thailand, Car2Day telah membuktikan tugas-tugas naik taraf tersebut kini sedang dikaji. Menurut portal itu lagi, Nissan Serena dengan samaran ini berkemungkinan diberi kod nama C28, telah dikesan di sekitar Sukhumvit yang mempunyai plat pendaftaran kereta ujian Thailand.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Nissan Serena C28 generasi baharu ditemui di Thailand, tapi tak pernah dijual di sana! 01

Credit: Car2Day

Walaupun semua petanda menuding kepada model generasi seterusnya serba baharu, bentuk keseluruhannya kekal seperti kotak yang sama seperti generasi C27 semasa.

Dengan samaran yang hampir ditutup sepenuhnya, kita dapat melihat beberapa petunjuk bahawa Serena generasi seterusnya mungkin menampilkan lampu belakang LED dan terdapat juga terdapat kemungkinan untuk nama SERENA ditaip terpampang di bahagian pintu belakang.

Spyshot: Nissan Serena C28 generasi baharu ditemui di Thailand, tapi tak pernah dijual di sana! 02

Apa yang lebih menarik adalah Nissan Serena tidak pernah ditawarkan secara rasmi di Thailand walaupun unit ujian ini dikesan di negara itu. Sebaliknya, Nissan Serena hanya ditawarkan untuk dijual melalui grey import jadi mungkin terdapat kemungkinan bahawa unit ini hanya digunakan untuk ujian dalaman sahaja dan bukannya unit model generasi baharu.

Spyshot: Nissan Serena C28 generasi baharu ditemui di Thailand, tapi tak pernah dijual di sana! 03

Kredit: Car2Day

Ini bukan kali pertama NissanSerena generasi seterusnya dikesan di pasaran yang ia tidak pernah ditawarkan. Sebelum ini, gambar intipan seorang dilihat di Colorado pada bulan Jun memperlihatkan Nissan NV200 generasi seterusnya lalu menarik minat media Amerika. Nissan NV200 juga dikenali dengan van Nissan Vanette NV200 di sini yang pernah berada dalam kenangan anda.

Nissan Serena generasi C27 semasa hanya ditawarkan di beberapa pasaran termasuk Jepun, Hong Kong, Indonesia, dan Singapura yang menawarkan MPV segmen C ini dengan unit hibrid e-Power atau unit S-Hybrid MHEV.

Spyshot: Nissan Serena C28 generasi baharu ditemui di Thailand, tapi tak pernah dijual di sana! 04

Unit e-Power menggabungkan enjin 3-silinder 1.2 liter dengan motor AC (136 PS/320 Nm) manakala varian S-Hybrid dikuasakan oleh enjin 2.0 liter (150 PS/200 Nm). Enjin 2.0 liter ini berkemungkinan besar akan dibawa ke dalam Nissan Serena C28 dengan beberapa kemas kini kuasa.

Baca: Khabar angin: Toyota Estima akan kembali menjelang 2025, ingin cabar semula Nissan Serena?

Mengikuti pesaing-pesaingnya yang serba baharu, Serena generasi seterusnya mungkin menawarkan suite ADAS ProPilot generasi terbaru, digelar ProPilot 2.0 yang menawarkan ciri seperti Tesla Autopilot termasuk pemanduan lebuh raya bebas tangan dan penukaran lorong berpandu secara hands-on.

Spyshot: Nissan Serena C28 generasi baharu ditemui di Thailand, tapi tak pernah dijual di sana! 05

Nissan Serena serba baharu mungkin akan membuat penampilan sulung di Jepun sekitar September 2022 tetapi Serena C28 ini mungkin tidak akan tiba di Malaysia seawal mungkin. Sekadar rujukan ringkas, Nissan Serena S-Hybrid facelift yang baru dilancarkan (pasangan tempatan, CKD) boleh didapati dalam dua varian, Highway Star (dari RM 149,888) dan Premium Highway Star (dari RM 162,888).

Baca: Nissan Serena 2022 facelift dilancarkan di Malaysia - kini dengan ADAS, harga dari RM 149,888

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Nissan Serena S-Hybrid Highway Star

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda