Sebelum ini, Wapcar.my pernah melaporkan bahawa Suzuki berkemungkinan akan kembali ke Malaysia. Nampaknya, ramalanku benar belaka apabila beberapa unit Suzuki Swift Sport 2021 telah pun dikesan dalam perjalanan ke bilik pameran.
Sebelum ini, Wapcar.my pernah melaporkan bahawa Suzuki berkemungkinan akan kembali ke Malaysia. Nampaknya, ramalanku benar belaka apabila beberapa unit Suzuki Swift Sport 2021 telah pun dikesan dalam perjalanan ke bilik pameran.
Pembaca Wapcar.my, Emmanuel Shirley telah berkongsi beberapa imej dan video ketika beliau sedang dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang. Adakah ini petanda bahawa Suzuki Swift Sport akan hadir sebagai sebuah unit CBU?
Selain itu, 3 warna yang kelihatan ada pada trelar adalah warna Prime Burning Red, Metallic Speedy Blue, dan Pearl Pure White. Suzuki Swift Sport dijangka akan menjadi model pengenalan untuk menandakan kepulangan jenama Suzuki di Malaysia selepas 5 tahun keluar dari pasaran ini.
Perincian lain yang dapat dikongsikan pada unit rasmi Suzuki Swift Sport adalah ia mengenakan rekaan rim 16 inci; lebih tepat lagi profail tayar 195/50 R16. Hal ini berbeza dengan unit recond yang selalu dibawa masuk ke Malaysia di mana rim 17 inci digunakan.
Untuk rujukan, Suzuki Swift Sport dipacu oleh enjin empat silinder 1.4 liter turbo Boosterjet dengan padanan transmisi CVT automatik atau manual 6 kelajuan. Kesemua kuasa yang mampu dihasilkan adalah sebanyak 140 PS kuasa kuda dan 230 Nm tork.
Suzuki sememangnya mempunyai peminat yang tersendiri di Malaysia, apatah lagi model Suzuki Swift dikenali dengan julukan “MINI dari Asia” disebabkan oleh kendalian pemanduan yang mantap. Harga bagi model ini, ditambah dengan cukai unit CBU mungkin tidak begitu mesra mangsa SOP berat sebelah. Anda dah teruja?
Bacaan lanjut:
Galeri: Suzuki Swift generasi 4 di BIMS 2021, akan kembali ke Malaysia?
Suzuki Swift Sport (ZC32S) terpakai: Serendah RM 50k – baik beli ni dari Myvi atau Iriz?
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2021 Suzuki Swift Sport
Upgrade
Add your car
2017 Mercedes-Benz A180 Urban Line 1.6
RM 153,000
2017 Perodua Myvi Advance 1.5
Komen