window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Terlalu 'mahal', 2021 mungkin tak masuk Malaysia

Faisal Ā· Mar 8, 2021 04:00 PM

Terlalu 'mahal',  2021 mungkin tak masuk Malaysia 01

Honda HR-V 2021 telah membuat debut global di Jepun pada pertengahan bulan lepas. Ia diperkenalkan untuk mengganti generasi sebelumnya yang sudah berada di pasaran sejak tahun 2013.

Terlalu 'mahal',  2021 mungkin tak masuk Malaysia 02

Jika dibandingkan dengan model sebelum ini, Honda HR-V baharu nampak lebih gah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Terlalu 'mahal',  2021 mungkin tak masuk Malaysia 01

Bahagian belakangnya juga nampak lebih futuristik.

Terlalu 'mahal',  2021 mungkin tak masuk Malaysia 02

Pada bahagian dalam, Honda HR-V 2021 tampil dengan kabin yang lebih kemas dan premium.

Adakah ia akan masuk Malaysia?

Terlalu 'mahal',  2021 mungkin tak masuk Malaysia 03

Jawapannya mungkin ya mungkin tidak. Apa yang pasti ialah harganya akan meningkat.

Terlalu 'mahal',  2021 mungkin tak masuk Malaysia 04

Comel tetapi bukan citarasa orang Malaysia.

Mari kami kaitkan sedikit dengan Honda Jazz baru. Sewaktu ia diperkenalkan pada lewat tahun 2019, ketua pembangunannya pernah menyatakan bahawa kereta kompak tersebut hanya akan ditawarkan di pasaran Jepun, Eropah, China, dan Singapura sahaja.

Juga baca: Honda Jazz 2020 serba baru di China

Pada masa yang sama, pembeli di pasaran yang membangun seperti Malaysia berpendapat bahawa Honda Jazz baru nampak terlalu ‘funky’. Rekaan stereng dua bilah, kabin yang terlalu ringkas, dan eksterior yang terlalu comel sebenarnya tidak kena dengan citarasa kita.

Juga baca: 3 sebab utama Honda Jazz keluar dari pasaran Malaysia

Terlalu 'mahal',  2021 mungkin tak masuk Malaysia 05

Sebagai alternatif, pembeli di pasaran yang membangun ditawarkan dengan Honda City Hatchback. Model ini membuat debut global di Thailand pada akhir tahun lepas. Baru-baru ini, Honda City Hatchback telahpun dilancarkan di Indonesia. Nampaknya, giliran Malaysia akan tiba tidak lama lagi.

Juga bacaHonda Jazz digugurkan, City Hatchback sebagai ganti. Tindakan bijak atau tidak?

Disebabkan itu, kami tidak hairan sekiranya perkara yang sama turut dilakukan pada Honda HR-V baru.

Honda WR-V boleh jadi alternatif yang baik

Terlalu 'mahal',  2021 mungkin tak masuk Malaysia 06

Honda WR-V generasi sekarang

Untuk itu, kami jangkakan bahawa Honda WR-V generasi seterusnya akan ditawarkan di Malaysia. Untuk pengetahuan anda, model ini adalah Honda Jazz generasi GK tetapi versi SUV. Buat masa sekarang, ia dijual di pasaran India dan Brazil.

Terlalu 'mahal',  2021 mungkin tak masuk Malaysia 07

Untuk generasi seterusnya, Honda WR-V akan menjadi lebih premium kerana ia perlu merapatkan jurang diantaranya dengan Honda HR-V baru yang semakin ‘atas’.

Juga bacaHonda WR-V 2022 serba baru ada potensi cantas Perodua D55L?

Sanggupkah anda bayar lebih untuk sebuah Honda HR-V?

Terlalu 'mahal',  2021 mungkin tak masuk Malaysia 08

Kemungkinan yang kedua ialah Honda HR-V baru akan tetap ditawarkan di Malaysia, tetapi dengan harga yang lebih tinggi. Di pasaran kita, Honda HR-V dijual dengan harga yang bermula dari RM 104k hingga RM 119k. Honda CR-V pula berharga diantara RM 140k ke RM 163k. Untuk model baru nanti, Honda HR-V tidak akan lagi dijual dengan harga yang rendah sebegitu.

Terlalu 'mahal',  2021 mungkin tak masuk Malaysia 09

Apapun, Honda WR-V generasi seterusnya akan ditawarkan di Malaysia kerana ia perlu mengisi jurang harga yang ditinggalkan oleh Honda HR-V yang dijangka lebih mahal berbanding model sebelum ini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda