window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Land Cruiser 300 serba baharu 2022 dilancar ke Indonesia – 2 varian, dari RM 680k!

Faisal · Jan 14, 2022 04:00 PM

Toyota Land Cruiser 300 serba baharu 2022 dilancar ke Indonesia – 2 varian, dari RM 680k! 01

PT Toyota-Astra Motor (TAM), iaitu pengedar Toyota di Indonesia baru sahaja melancarkan Land Cruiser 300 ke pasaran sana.

Toyota Land Cruiser 300 serba baharu 2022 dilancar ke Indonesia – 2 varian, dari RM 680k! 02

Raja segala SUV ini ditawarkan dengan varian VX-R dan GR Sport. Di sana, harga Land Cruiser VX-R bermula pada 2.33 bilion Rupiah (~RM 680k). Varian GR Sport pula ditawarkan pada 2.38 bilion Rupiah (~RM 696k) dan kedua-duanya diimport (CBU) dari Jepun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaToyota Land Cruiser GR-Sport tiada logo, hanya tulis TOYOTA sahaja di depan! Rekaan baru?

Toyota Land Cruiser 300 serba baharu 2022 dilancar ke Indonesia – 2 varian, dari RM 680k! 01

Varian VX-R.

Menariknya, Land Cruiser 300 di Indonesia hadir dengan lencana 70th Anniversary pada bahagian tepi dan belakang beserta di bahagian penghadang keluar masuk kenderaan. Sentuhan yang cukup istimewa ini adalah bersempena dengan ulang tahun Land Cruiser yang ke-70.

Toyota Land Cruiser 300 serba baharu 2022 dilancar ke Indonesia – 2 varian, dari RM 680k! 02

Dari segi enjin, ia dikuasakan oleh janaan 3.3L diesel V6 twin-turbo (305 PS, 700 Nm). Uniknya, angka yang TAM rasmikan adalah 4 PS lebih rendah berbanding apa yang dikeluarkan sewaktu debut global.

Hembusan kuasa sebanyak ini dihantar ke empat-empat roda melalui transmisi automatik 10 kelajuan.

Toyota Land Cruiser 300 serba baharu 2022 dilancar ke Indonesia – 2 varian, dari RM 680k! 03

Secara amnya, LC 300 dibangunkan berasaskan platform TNGA-F. Dengan platform baharu, jurutera Toyota berupaya meletakkan sistem suspensi double wishbone di depan dan coil spring 4-link di belakang.

Toyota Land Cruiser 300 serba baharu 2022 dilancar ke Indonesia – 2 varian, dari RM 680k! 04

Khusus untuk GR Sport adalah ciri kawalan kestabilan dan suspensi adaptif yang ditala istimewa oleh pemandu rali Dakar. Sistem E-KDSS (Electronic Kinetic Dynamic Suspension System) ini lengkap dengan kunci differential elektronik untuk roda depan dan juga belakang.

Juga bacaToyota Hilux 'hardcore' dengan enjin V6 Land Cruiser 300 bertanding dalam rali Dakar 2022

Toyota Land Cruiser 300 serba baharu 2022 dilancar ke Indonesia – 2 varian, dari RM 680k! 05

Satu lagi ciri yang patut disebut adalah Auto-MTS (Multi-Terrain Select). Sistem ini boleh mengesan kualiti dan sudut jalan dan ia akan mengubah suai komponen yang berkait untuk cengkaman tayar yang mantap di permukaan mencabar seperti pasir, batu, lumpur dan sebagainya.

Toyota Land Cruiser 300 serba baharu 2022 dilancar ke Indonesia – 2 varian, dari RM 680k! 06

Secara standard, Land Cruiser 300 dilengkapkan dengan ciri seperti:

  • Pengecas telefon tanpa wayar
  • Sistem hiburan di tempat duduk belakang
  • Perakam video pemanduan
  • Tempat duduk kulit

Toyota Land Cruiser 300 serba baharu 2022 dilancar ke Indonesia – 2 varian, dari RM 680k! 07

Varian VX-R.

Berkenaan ciri keselamatan, Land Cruise 300 di pasaran Indonesia hadir dengan 8 beg udara, amaran titik buta, Downhill Assist Control (DAC) dan ADAS Toyota Safety Sense yang mana ia merangkumi:

  • Pre-Collision System (PCS)
  • Lane Departure Alert (LDA)
  • Rear Camera Detection (RCD)
  • Adaptive High Beam (AHB)
  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)

Toyota Land Cruiser 300 serba baharu 2022 dilancar ke Indonesia – 2 varian, dari RM 680k! 08

Model recond varian GR Sport di Thailand.

Apapun, ketibaan SUV ini ke pasaran Malaysia masih belum dapat dipastikan. Untuk pengetahuan anda, kali terakhir Land Cruiser dijual secara rasmi adalah model Land Cruiser 80 (Ninja Turtle). Kalau ada pun mungkin melalui pengimport recond. Itu pun perlu sedikit masa.

Juga bacaToyota Land Cruiser 300 'recond' kini di Thailand, sekatan jualan semula tidak menjadi?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda